Pages

Wednesday, February 1, 2012

Petua Erat Kemesraan Suami Isteri


Silap wanita sendiri jika mengambil mudah hubungan bersama suami.  Meskipun suami baik umpama pijak semut pun tidak mati, isteri perlu berwaspada agar tidak menyesal kelak.  Jikalau bimbang suami berpaling cinta, sebenarnya banyak cara yang diredai dan boleh di amalkan darpada memilih jalan songsang.  Sebenarnya. Kandungan al Quran itu sendiri terlalu banyak azimat dan pendinding yang boleh di amalkan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Antaranya:
  • Surah Al-Fatihah yang dibaca setiap kali bersolat boleh dijadikan sebagain surah pengasih.  Baca 311x setiap hari.
  • Surah An-Nas juga boleh dijadikan pengasih.  Antara kelebihan surah ini boleh mengundang rasa mahabbah iaitu rasa cinta.  Daya undangannya cukup hebat sehingga orang yang kita tujukan cinta itu walau berada jauh di seberang sana, Insya-Allah tetap akan datang.  Terlebih dahulu hendaklah berpuasa 7 hari dan sepanjang berpuasa, pada malamnya baca surah An-Nas 1,000x.
  • Pengasih Asma Allah bertujuan agar sentiasa dikasihi setiap orang yang memandang.  Amalkan membaca Ya Rahim sebanyak 100x setiap hari, Insya-Allah anda sentiasa di kasihi. 
  • Supaya suami sentiasa mengingati kita walau di mana dia pergi, amalkan membaca al Kalimu, al Waliyu, al Hamidu, sebanyak yang mampu dan hembuskan pada muka/ubun kepala suami
 Selain ayat al-Quran, beberapa cara boleh dilakukan isteri untuk memikat suami:
  • Air mani suami banyak kegunaannya.  Misalnya sapu pada pusat sapu searah kemudian selawat 3x.  Insya-Allah suami sentiasa mengingati kita walau di mana jua dia pergi
  • Air mani juga boleh menegang dan memengkalkan payudara dan pungung.  Caranya, sapu air mani pada payudara dan punggung, urut menghala ke atas.  Lebih elok sekiranya tangan suami yang mengurut, ia lebih berkesan dan meningkatkan kemesraan
  • Ia juga boleh di sapu pada muka sebagai penyeri
  • Manjakani memang diketahui berkhasiat terutama dalam perhubungan suami isteri.  Untuk mengembalikan tempat sulit seperti anak dara, ambil segenggam manjakani lalu direbus seketika.  kemudian kangkang kaki dan biarkan wap air rebusan tadi naik pada bahagian sulit.  Amalkan 2x seminggu
  • Juga boleh gunakan serbuk teh direbus bersama daun pandan supaya lebih wangi.  Guna cara yang sama seperti air rebusan manjakani
Segala petua dan amalan yang di lakukan biarlah berlandaskan syariat Islam.  Yang penting niat perlu ikhlas untuk kebahagiaan rumahtangga..Insya-Allah


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

6 comments:

  1. Eee sapu kat muka. Ina buat tp bau tepung..segarr

    ReplyDelete
  2. Ina..yang sapu kat muka tu Aima pun tak try lagi, lum brani nak try =)

    ReplyDelete
  3. maaf nak tanya.. kalau yg ni, boleh tak diamalkan untuk mengeratkan kembai persahabatan anatara 2 org yg saling membenci?

    "Surah An-Nas juga boleh dijadikan pengasih. Antara kelebihan surah ini boleh mengundang rasa mahabbah iaitu rasa cinta. Daya undangannya cukup hebat sehingga orang yang kita tujukan cinta itu walau berada jauh di seberang sana, Insya-Allah tetap akan datang. Terlebih dahulu hendaklah berpuasa 7 hari dan sepanjang berpuasa, pada malamnya baca surah An-Nas 1,000x."

    ReplyDelete
  4. Insya Allah boleh..Aima pun pernah try dan Alhamdulillah dengan izin Allah perselisihan faham setelah sekian lama akibat salah faham antara Aima ngan seseorang itu terlerai jua dan persahabatan kami kembali erat seperti sebelumnya. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. cuba lah ye ^_^

    ReplyDelete
  5. Dear Sis Aima..

    Amaln surah An Nas tu cuma berpuasa n baca surah tu sebelah malam selepas solat isyak boleh ke?

    ReplyDelete
  6. Setiap yang kita buat hendaklah berlandaskan Al quran dan hukum Allah, saya pernah mengamalkan semua ayat-ayat dari kalam Allah semasa saya belum lagi menjadi isteri. Banyak dugaan yang saya tempuhi. Ujian dari Allah yang amat hebat ialah bila saya putus hubungan dan bergaduh dengan suami saya selama setahun. Tetapi saya tidak putus harapan, saya berpuasa, bangun tahajud, membaca al quran dan sentiasa berdoa. Alhamdullilah setelah 7 tahun, maka doa saya itu Allah makbulkan. Antara doa yang selalu saya amalkan ialah :

    1. surah yusuf selepas solat fardhu
    2. surah al harsh - ayat 21
    3. al fatihan (teramat banyak sangat kebebihan surah ini)
    4. ya rahman ya rahim 100x
    5. surah toha - ayat 1 - 5

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com