18 February 2012

~Rahsia Watak Anak-Anak~


Salam Sabtu. Hari yang best sebab keje setengah hari.  Petang nanti bolehlah rehat n luangkan msa ngan Mr Hubby n anak2, bestnyeeee...Dan Alhamdulillah awal pagi tadi semua urusan dan kerja telah dapat Aima selesaikan dengan baik dan berjaya. Dan masa yang sikit ne sempat gak nak update blog, curi2 masa jap, jgn marah ye Puan Bos, ehee...

Semalam masa bukak tenet ternampak satu artikel dari Pakar Motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah berkenaan dengan rahsia perwatakan anak-anak melalui bentuk fizikal,tarikh lahir ,warna dan urutan dalam keluarga.  Jom kita cek,ngam ke tidak...

Dari Segi Fizikal:
~Bertubuh Kurus~

Seorang yang agak gemuruh, kelam kabut tapi sangat kreatif.aktif dan pantas bergerak. Agak penakut.suka mendapat penghargaan dan belaian orang lain.
 

~Bertubuh Sederhana~ 
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat tetapi selalu kurang berfikir panjang sebelum melakukan suatu tindakan. Sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaaan.
 

~Bertubuh Gemuk~
 Seorang yang tenang. Penyayang, mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja, agak lambat ketika berfikir tetapi ingatannya tajam, cabar dan jarang marah.

Dari Tarikh Lahir
 ~Bulan 2,4,6,8,9,11,12~
 Kelam kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa mahu cari kehebatan.
 

 ~Bulan1,3,5,6,7,10,12~
 Tenang ,mudah bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.

~Bulan 2,3,4,7,8,9~

 Emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung.


Dari Segi Warna 
~Hijau~
 Menyukai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis dan banyak idea.

~Hitam~

Serius, tinggi iltizam dan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

~Putih~

 Optimis, sabar, baik sangka baik dan suka kedamaian.

~Merah Jambu~

Penyayang, bersungguh-bersungguh dan punya keinginan tinggi.

~Oren~

 Suka kebebasasn, kreatif, aktif, agak kelam kabut, ramai kawan, dan ber semangat tinggi.

~Kuning~

 Ceria, tahan lasak dan suka berkawan.
 

~Biru muda~
 Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama dan sedia berkorban untuk orang lain.

~Emas/ perak~

 Suka kepada kejayaan




Urutan Dalam Keluarga 
~Anak sulung~
 Cakap serupa bikin,cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik-adik ,pandai pujuk, dan suka kawal orang lain

~Anak tengah~

 Suka jadi pendamai, pemurah ,mudah berkawan dan mudah bertolak ansur.

~Anak bongsu~

 Berani ambil risiko, bertolak ansur dan peramah serta kreatif

~Anak tunggal~
Berkeyakinan tinggi, tak bergantung pada orang lain, cermat, teliti dan terperinci, cita-cita tinggi serta pemurah

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com