Pages

Monday, February 13, 2012

Risiko Bersalin Secara Pembedahan

Salam olz.  Isnin kembali lagi.  Semalam Aima ada tengok kat TV sejenis krim tuk menghilangkan parut luka seperti luka pembedahan semasa bersalin atau lebih senang disebut caeser. Bila tengok iklan tu teringat saat Aima dibedah tuk melahirkan adik.  Pada mulanya Aima yang mintak sendiri tuk di caeser sebabAima rasa Aima tak boleh bersalin secara normal seperti anak-anak Aima yang lain, jarak anatara abang kedua ngan adik adalah 6 tahun.  Caner sakit nak bersalin pun Aima dah tak ingat lagi.  Lagipula di semester terakhir mengandung Aima menghidap buasir yang kronik jugaklah, dahlah sakit mata n gigi.  Dah tu tekanan darah pulak tinggi dan tak turun2.  Doktor pulak meramalkan baby besar, mana tak takut.  Mulanya doktor kata, Aima kena masuk ubat awal sebab takut baby makin besar tapi Aima tak nak.  Hati Aaima dah bulat tak nak bersalin  secara normal, Aima dah berdoa siang malam mintak petunjuk dari Allah s.w.t agar memberikan Aima jalan yang terbaik samada bersalin secara normal atau pembedahan.  Dan akhirnya, Aima dapat petunjuk yang Aima kena melahirkan secara caesar.  Dan atas kuasa Allah juga Doktor suruh Aima tuk caesar sebab degupan jantung anak yang di kesan melalui CTG tidak seperti biasa.

Akhirnya sampai lah masa tuk di bedah.  Sejak malam lagi Aima tak rasa cuak atau takut sedikit pun, Aima pasrah je, tak pernah Aima sepasrah ini, cewahhh.. eheeee...  Dan kerana petunjuk Allah juga, rupanya baby Aima tertelan najis sendiri ketika dalam perut, doktor kata 'Granting'.  Nasib baik Aima tergerak hati mintak tuk di caesar,Subahanallah...
Orang kata bersalin secara caesar ini ada kelebihan dan kekuranganya.  Aima yang merasa di caesar buat pertama kali ini memang percaya kelebihan dan kekurangannya, sendiri merasa tentu sendiri tahu kan.  So selepas melahirkan adik tahun lepas, Aima ada google risiko melahirkan secara pembedahan ini, terlambat kan, dah beranak baru nak google, ahaaa...
 
Berikut adalah risiko melahirkan bayi cara pembedahan yang perlu anda ketahui.

Jangkitan Kuman
Jangkitan pada rahim antara risiko yang mungkin berlaku apatah lagi jika sudah berlaku jangkitan sebelumnya. Malah, jika antibiotik yang diberikan tidak kuat, rahim boleh terkena jangkitan dengan mudah.
Kecederaan Pembuluh Darah Dan Pundi Kencing
Penggunaan pisau dan gunting sewaktu bersalin cara pembedahan berisiko mencederakan pembuluh darah. Inilah sebab mengapa adakalanya darah lebih banyak keluar sewaktu kelahiran cara pembedahan berbanding secara normal. Malah, pundi kencing juga berisiko mungkin terpotong atau cedera jika kecuaian berlaku sewaktu proses bersalin caeser ini.
Keracunan Darah
Keracunan darah pada proses kelahiran cara pembedahan boleh berlaku jika sebelumnya si ibu mengalami jangkitan. Wanita hamil pada peringkat awal disahkan mengalami jangkitan rahim bahagian bawah dan disahkan air ketubannya mengandungi kuman. Apabila air ketuban pecah, kuman akan menjadi aktif hingga menimbulkan bau yang tidak enak pada vagina. Dan ketika kelahiran dilakukan secara pembedahan, keadaan tersebut akan membuat kuman mudah masuk ke dalam pembuluh darah dan tersebar ke seluruh tubuh yang menjadikan keracunan darah.
Kematian
Kematian antara risiko terburuk yang boleh berlaku, secara umumnya kematian sewaktu melahirkan cara pembedahan boleh diakibatkan kerana salah bius atau masalah pendarahan yang tidak ditangani dengan segera. Air ketuban yang masuk ke dalam pembuluh darah juga boleh menyebabkan kematian. Ini kerana sewaktu proses kelahiran caeser, pembuluh darah berada dalam keadaan terbuka dan berisiko menyebabkan komplikasi kemasukan air ketuban ke dalam pembuluh darah yang boleh menyebabkan jantung dan pernafasan si ibu terhenti secara tiba-tiba.
Walaupun pelbagai risiko dan komplikasi dikaitkan dengan kelahiran cara pembedahan, anda jangan terlalu gusar dan takut memikirkannya. Yang penting, anda yakinkan diri bahawa anda boleh melahirkan bayi dengan selamat walau dengan apa cara sekalipun selain menitikberatkan soal penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan.

Note:  Tak perlu takut jika Doktor kata 'Potong', semuanya Kuasa Allah s.w.t.  Segala kesakitan yang kita alami akan hilang dengan sendirinya setelah melihat baby.  Insya Allah nanti Aima kongsikan pengalaman Aima selepas pembedahan...


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com