20 June 2014

Fasa Perkahwinan

 
Assalamualaikum n selamat pagi Jumaat semua. Pagi yang tenang, cerah, ceria dan damai sangat hari ini.  Otak pun dah tak berserabut seperti sebelum ne.  Alhamdulillah banyak perkara penting dan bermakna terjadi dalam kehidupan Aima.  Hidup pun rasa tenang je, Alhamdulillah.  Betul lah kata orang tua-tua umur mematangkan fikiran dan perkahwinan membuatkan kita lebih dewasa.  

Macam kehidupan Aima ne, memang kadang timbul rasa tak percaya melihat anak-anak dah besar panjang.  Rasa baru je tengok anak-anak lahir, merangkak dan belajar berjalan, tup tup sekarang ne dan besar, dah ada anak dara pun ^_^

Kehidupan berumahtangga pun semakin hari semakin tenang, lancar dan dah malas nak bertekak jika hanya di sebabkan hal remeh temeh, Alhamdulillah..  Semoga kebahagian dalam kehidupan kami ini akan berkekalan buat selamnya, Amin..
 
Jika teringat kembali kehidupan mula-mula berumahtangga memang ada pasang surutnya, ada suka dukanya, ada menangis ada tawanya, ada gaduh ada manjanya. ada susah ada senangnya, ada masam ada manisnya.  Alhamdulillah tahun ini pada bulan Februari yang lalu genaplah 15 tahun perkahwinan kami dengan di kurniakan 4 orang cahayamata.  Sepanjang 15 tahun hidup bersama, banyak suka duka, susah senang kami harungi bersama.  

Mula berkahwin tinggal dengan ibu bapa hinggalah di kurniakan anak pertama.  Genap setahun umur kakak, Aima n Mr Hubby mula belajar hidup berdikari.  Kami berpindah ke rumah yang di khaskan oleh pihak Syarikat tempat Aima keje.  Bermula dari 0 kami memulakan hidup berkeluarga dengan berdikit-dikit, dari rumah tak banyak isi sampai lah penuh dengan isi-isian.  Dari cuma ada sebuah kereta akhirnya ada 3 kereta.  Dari cuma ada sorang anak, dah bertambah menjadi tiga orang anak.

Kat rumah tersebut banyak suka duka yang di lalui bersama.  Rezeki pun bertambah-tambah.  Setiap kali nak dapat anak, Mr Hubby di naikkan pangkat, itu lah kata orang rezeki anak, Alhamdulillah.

Genap 7 tahun, kami berpindah ke rumah yang lebih besar sedikit iaitu rumah teres yang di sediakan untuk anggota berunifom.  Duduk kat rumah tersebut tak lama cuma dalam 2 tahun sebab Mr Hubby dah nak pencen dan hendak berpindah ke rumah sendiri hasil titik peluh Mr Hubby n Aima keje tuk anak-anak dan kehidupan masa depan.

Kemudian kami berpindah ke rumah baru (rumah yang sekarang ne) dan lepas ne Insya Allah tak pindah lagi la, rumah sendiri punya.  Memang tak terbayang dalam fikiran dalam usia 32 tahun n Mr Hubby 33 tahun kami mempunyai rumah sendiri, takde hutang ngan bank atau mana-mana pihak, Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.  Walaupun rumah kecik dan tak semewah mana tapi bagi kami inilah syurga dunia kami.

Kat rumah sekarang ne Allah bagi kami rezeki lagi, tahun kedua duduk rumah sendiri, lahirlah seorang lagi putera  dalam kehidupan kami bagi menambah ahli keluarga dan keturunan kami, Alhamdulillah.
Dan Syukur Alhamdulillah, kehidupan kat rumah baru ne semakin lancar, rezeki datang mencurah-curah.  Ini semua berkat kesabaran dan jua berkat doa ibu bapa. 

Betul lah kata orang tua-tua, fasa kehidupan berubah dari masa ke semasa.  Aima setuju sangat dengan kata-kata orang tua dulu, fasa pertama perkahwinan memang hadapi sedikit kepayahan, kesusahan dan kesempitan.  Fasa kedua perkahwinan lebih stabil dari segala sudut.  Dan fasa ketiga perkahwinan hidup lebih tenang dan Allah kurniakan berbagai-bagai kemanisan dalam perkahwinan kita, Alhamdulillah.   

Korang pula bagaimana?

Orang tua-tua kata,
5 tahun perkahwinan (Fasa 1)
Sentiasa di uji dengan kesempitan & kekurangan harta (ada je yang tak cukup, kena banyak belajar sabar)

Masuk 10 tahun perkahwinan (Fasa ke 2)
Allah dah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.

Masuk 15 tahun perkahwinan (Fasa ke 3)
Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala sudut.
Mudah-Mudahan Allah memberi kemudahan & kekuatan dalam menjalani kehidupan bersama anak-anak, suami & isteri tercinta sehingga Syurga.. Ameen
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

1 comment:

  1. salam kenal..

    semoga berbahagia selalu hingga ke jannah

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com