05 August 2014

Koleksi Buku Ku Bertambah Lagi

 
Assalamualaikum olz.  Setiap orang ada hobi masing-masing.  Macam Aima ne suka membaca, rasanya dalam sehari f tak membaca memang tak sah, serba tak kena.  Tak kira la buku, majalah, surat kabar tu dah baca berapa puluh kali sekali pun, f takde yang terbaru, baca la lagi yang lama-lama tu, tak kan boring punya.  Mr Hubby pulak yang boring tengok.  Katanya tak boring ke baca berulang kali, eheheee....

Agaknya tabiat membaca ne dah bersemi sejak dulu lagi.  Aima memang gila buku sejak zaman remaja lagi.  Agaknya sebab tu la Aima minat sangat ngan subjek karangan n sastera.  Sampai cuba nasib hantar cerpen, sajak, kisah misteri n artikel kat surat kabar.  Masa zaman sekolah dulu ada gak hantar karya Aima (cewah.....ahahaaaa...) kat majalah budak-budak sekolah iaitu Majalah Mekar terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, ada gak yang berjaya dan ada yang masuk bakul sampah. eheheee...

Sikap gila membaca ne menurun pulak kat anak-anak Aima, Alhamdulillah..  Aima suka membaca buku/majalah tak kira di mana, kat toilet pun boleh, ahahahaaaa...(syhhhhhhh....)  Memang tabit membaca kat toilet tak baik tapi nak buat cane, dah hobi, eheheeee....

Beberapa bulan lepas (dah berbulan-bulan baru nak citer kan, ehehee....) Aima ada beli buku dari penulis kegemaran Aima iaitu Abdul Jalil Ali.  Aima memang minta giler kat penulis ne sejak kat bangku sekolah lagi.  Masa tu Aima suka sangat baca majalah yang mama beli, dan tulisan beliau kat majalah tu lah yang membuatkan Aima menjadi peminat setia dia sampailah sekarang.  Dah tau beliau ada koleksi, apa lagi terus beli la.  F takde kat sini, Aima sanggup kirim kat kawan-kawan jika dorang ada makan angin kat Malaysia, punya la minat.

Ne la buku koleksi beliau yang baru Aima beli tu.  Sebenarnya buku ne ada yang dah lama keluar cuma baru je nampak ada jual kat kedai.  Pernah jugak la kirim kat kawan buku Kopi 0 Tanpa Gula kat KL tapi kata penjual buku tu, buku ne dah lama, dorang dah tak order dah, eheheee...

    

Buku pertama beliau yang Aima beli adalah Asam Garam Gula & Kopi beli kat sini jugak.  Yang kedua pulak Teh Tarik Kurang Manis, ne kawan  yang tolong beli kat KL. Dan sejak ada 2 koleksi buku ne memang Aima ternanti-nanti la buku koleksi terbaru beliau.  Dan setiap bulan pasti Aima beli majalah Seri Dewi & keluarga serta Majalah MIDI sebab ada karya beliau dalam majalah tu, minat la katakan, eheheeee....Harap-harap ada lagi la koleksi karya beliau di buku kan. 

Dan sorang lagi penulis yang Aima minat yang seakan-akan sama ngan beliau adalah Muhamad Mat Yakim.  Semuanya bermula bila kawan yang ada gi Kuala Lumpur belikan sekali buku koleksi beliau.  Dan bila dah mula baca, terdetik dalam hati. aiii macam pernah baca je sebelum ne.  Dah baca sampai habis buku tu baru perasan yang karya beliau jugak pernah Aima baca kat majalah mama dulu tapi tak ingat kat majalah mana.

Buku koleksi pertama beliau yang mula-mula Aima dapat adalah Aduhai Suami hadiah dari kawan beberapa tahun lepas.  Sebab dia tau yang Aima ne giler buku so apa je buku keluaran Alaf 21 yang tengah hot ke, tentu dia tolong belikan.  Kawan Aima ne berbangsa cina, so tiap kali dia beli buku o novel melayu tentu jurujual kedai buku tu heran, dia siap tanya lagi apa novel terbaru atau novel apa yang paling laris, ahahaaa...

    
Selepas dapat buku hasil karya beliau ne, tertunggu lak koleksi terbaru beliau.  hinggalah masa tengah jalan ngan Mr Hubby kat kedai buku ternampak la koleksi terbaru beliau iaitu Aduhai Isteri.  Maka teruslah beli tanpa fikir panjang, ahahaaa...Sebenarnya Aima tau koleksi terbaru beliau ne dari tenet jugak cuma malas nak order, eheheee... So kena la tunggu ada jual kat kedai kat sini.  Akhirnya dapat jugak beli ^,^  Semoga ada lagi koleksi terbaru dari 2 orang penulis kegemaran Aima ne.



~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com