Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

30 January 2012

Murtabak Cream Crackers

sebenarnya ne n3 lama. dah lama terperap dlm draft, nak delete syg lak kan so hari ne Aima share lah resipi Murtabak Cream Crackers. ne adalah antara makanan feberet Mr Hubby, anak2 pulak tak berapa suka. f buat murtabak ne cuma Aima n Mr Hubby je makan, selebihnya Aima sedekahkan kat umah belakang. tapi sori ek tak dpt nak kasi sukatan sebenar resipi ne sbb Aima main campak baling je, ahaaaa... agak2 lah caner nak buat ek =)

Bahan2:
daging cincang
bawang besar potong dadu
santan sederhana pekat
1 tin besar susu cair
biskut cream crackers
daun sup
daun bawang
telur
garam secukup rasa
kari daging,
minyak 
10 biji lada merah dihiris bulat )

Bahan Kisar:
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 cm halia

Cara-caranya:_
Panaskan minyak. Tumiskan rempah dan bahan-bahan yang dikisar hingga wangi.
-Masukkan daging, garam dan akhir sekali bawang besar.
-Masak hingga kering dan sejukkan.
-Masak susu dan santan biar hingga mendidih.
-Masukkan sedikit garam dan angkat.
-Masukkan biskut satu persatu dalam susu dan santan yang masih panas dan atur dalam acuan (8x8 inci) yang disapu mentega dibawah dan tepi.
-Alaskan kertas cuma di bahagian bawah sahaja...Biskutnya jangan direndam nanti terus lembik...
-Bila dah celupkan dalam santan terus di atur dalam acuan.
-Susun 9 keping biskut dalam acuan. Tabur daging, daun sup/bawang, lada.
-Jiruskan 2 biji telur yang telah dikocok dulu.
-Buat berulang-ulang, 4 lapis biskut (9x4 lapis=36 biskut) dan 3 lapis daging.
-2 biji telur yang terakhir jangan dihabiskan...
-Diakhir lapisan paling atas sekali dijiruskan atas biskut.
-Begitu juga dengan lebihan santan, dijiruskan agak-agak 6 senduk.
-Bakar lebih kurang 1 hingga 1 setengah jam dalam oven dengan kepanasan suhu 150 darjah celsius.
-Setelah masak, sejukkan sebentar.... Kalau dah cukup sejuknya (mungkin panas sikit) boleh dikeluarkan dari acuan macam sebiji kek..

Selamat mencuba!!!!

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

22 January 2012

Onde-Onde

Bahan-bahan:
1 paket tepung pulut
1 cawan air daun pandan ( jika tiada boleh guna pewarna hijau)
air secukupnya
1 keping gula Melaka } dipotong dadu
½ biji kelapa } diparut dan digaul dgn secubit garam

Cara membuatnya:
- Uli tepung pulut bersama air daun pandan dan air paip secukupnya sehingga sebati dan menjadi doh
- Bulatkan adunan kecil-kecil dan masukkan gula Melaka di dlmnya
- Didihkan air dan masukkan adunan ke dlmnya
- Biarkan seketika hingga masak (timbul)
- Angkat dan toskan
- Kemudian gaulkan dgn kelapa parut dan sedia utk dinikmati

** agar kelapa parut tahan lama dan tidak cepat basi, hendaklah kelapa parut dikukus terlebih dahulu sehingga lembut, Insya allah akan tahan lama

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

06 May 2010

Samosa

salam..korg pandai mkn samosa? bentuk samosa lbh kurang cam popia cuma bentuk 4 segi..samosa ne femes time puasa..sbnarnya susah gak nak dptkan samosa ne kn??biasa ada dijual kat resto mamak bulan puasa..hari2 biasa mmng susah nak jumpa..Aima n mr hubby cukup suka ngan samosa ne..anak2 tak suka cos rasa dia pedas2 cikit..kdng bila time 'tsliur' Aima ajak lah mr hubby p resto kat serusop area. tmpt biasa Aima beli time puasa..puas kuar masuk resto tnya ada samosa tak?? satu resto pun tak jual, mamak tu kata bulan puasa saja dorng jual, hari2 biasa mmng takde..alahaii!!! time nak mkn ne lah tak jmpa2..so last2 Aima tnya kat kwn bngsa India caner nak buat samosa ne..aduhaiii!!! senang rupanya..sama je cam buat popia cuma yg berbeza adalah lada hitam n cara mmbungkus je, ahaaa...so jgn lupa try resipi samosa ori dr India ne ey..

Bahan2:
1/2 kilo daging/ayam cincang
1/2 kilo ubi kentang - potong dadu
bawang besar - potong dadu
bawang putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar rempah kurma
daun sup
daun bawang
1 sudu teh lada hitam
garam
serbuk perasa

Cara2nya:
-tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam hingga naik bau
-kemudian masukkan rempah kurma, serbuk jintan manis dan jintan putih yang telah dicampur dengan sedikit air. masak hingga pecah minyak
-masukkan daging cincang dan goreng hingga masak
-kemudian campurkan kentang dan masak hingga kentang empuk
-bubuh sedikit air untuk mengempukkan kentang
-setelah agak kering, perasakan dengan garam dan serbuk perasa
-lastly masukkan daun sup dan daun bawang
-sejukkan terlebih dahulu baru dibungkus dengan kulit popia
-lipat segitiga atau ikut kepandaian masing2..
-goreng menggunakan minyak yang panas

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

26 April 2010

Cakoi

salam..baru smlm mkn cakoi kawin..hari ne terasa plak nk mkn lagi..mmang sdap f beli kan?? tak payah susah nak uli tepung n goreng..tp bak kata my mom masakan yg dihasilkan dr air tangan isteri n ibu ne berkat..bak kata pepatah ikat suami dari perutnya (f slh maflah ye, eheee..) n f anak2 dh biasa mkn mskan ibu dr kecil walau dimana pun dia berada, walau setinggi mana pun dia terbang jauh pasti mskan ibu juga yg dicari..tp bila ingat2 betul juga kata org tua ne kn..cam Aima sndiri, msk apa pun kat umah, tak kiralah eastern o western food tntu mskan my mom jga yg plng sdap n d best kat dunia ne walaupun cuma telur dadar..
so bila anak2 request nak mkn cakoi kawin, Aima mintaklah resipi cakoi ne kat anty..n alhamdulillah mnjadi cuma taklah segebu cakoi yg kat gerai, eheee.. p takpelah kn janji ada =) tntang pict cakoi yg Aima buat tu nnti upload ek..skng e-speed kat umah ne dh jadi e-siput..pict yg ada ne Aima pnjam jap dr net..:)
Cakoi
Bahan2:
1/2kg tepung gandum
1 gelas air suam
11/2 sudu makan ragi segera
2 sudu makan susu manis
3 ulas bawang putih – ditumbul
2 sudu makan gula
1 sudu makan mentega
Secubit garam

Cara2nya:
-satukan air suam bersama dengan ragi, susu manis dan bawang putih. Diamkan sebentar
-masukkan tepung, mentega, gula dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul bersama bancuhan ragi tadi
-uli hingga adunan lembut dan tidak melekat di jari
-tutup dengan tuala basah dan diamkan hinnga kembang selama 2 jam
-kemudian uli lagi untuk meratakan angin dalam adunan..diamkan lagi 1 jam
-canai dan potong memanjang sebelum digoreng
-setelah masak boleh juga disapukan dengan mentega atau kaya ditengah2 untuk dijadikan cakoi kawin..

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

22 April 2010

Kuih Lenggang (Kuih Ketayap)

salam pagi rabu..tntu smua dah tau kuih tradisional ne kan..kat Brunei di panggil Kuih Lenggang, myb sbb diambil nama sempena melenggang adunan tepung semasa proses untuk buat kulit didalam pan (dlm bahasa Brunei 'plinggangan')..myb sal tu lah nama dia Kuih Lenggang, eheee...kuih lenggang ne bnyk di jual di gerai2, tamu, pasar malam dan kedai2 runcit..rasanya manis dan lemak..

Bahan2 Untuk Kulit:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
secubit garam
1 sudu besar air pandan
1 biji telur
sedikit pewarna hijau

Bahan2 Inti:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula
secubit garam
sedikit air

Cara membuat kulit:
-campurkan semua bahan dan pastikan tidak terlalu pekat dan tapis
-panaskan kuali leper (pan non stick) dan sapu minyak bersama daun pandan
-masukkan satu sudu besar adunan tepung dan lenggang2kan (pusing2kan) hingga rata dan menjadi kuih dadar
-angkat dan ketepikan

Cara membuat inti:
-masak gula bersama air dan daun pandan sehingga larut dan pekat
-setelah pekat, masukkan kelapa parut dan secubit garam
-masak hingga kering dan bertukar warna kekuningan
-kemudian bubuh inti di atas kulit tadi dan gulung
-sedia tuk dihidang

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Sekaya Labu

sebelum ne Aima ada share bingka labu so hari ne Aima share sekaya labu plak..anak2 suka mkn sekaya ne sbb rasa dia lembut bila di makan..resipi pun simple..senang nak cari bahan2 ne kat rumah..try ey..


Sekaya Labu
Bahan2:
1/2 biji labu kuning
5 biji telur
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
sedikit pewarna kuning


Cara2nya:
-rebus buah labu n lecek hingga lumat
-masukkan labu dan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga halus.
-panaskan kukusan
-alas loyang dengan kertas minyak dan sapu sedikit marjerin
-tuangkan bahan yang di blend tadi ke dalam loyang ukuran
-kukus selama 30 minit atau hingga kuih masak (cucuk dengan garfu, jika tidak ada yang melekat tu tandanya dah masak)
-sejukkan dahulu sebelum dipotong


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

21 April 2010

Puding Jagung Kastard

smlm anak dara Aima request pudding atau agar2..dr ptg lg kakak merengek suh Aima buat desert tuk mlm..biasa org mkn desert pas mkn tp anak2 Aima suka makan desert time tngok tv..so Aima bukak almari n cari pape bahan yg ada..tngok ada kastard n susu cair..terpacul la idea nk wat pudding kastard jagung yg simple..memang simple pun, bubuh je smua bahan dlm blender, dah tu kukus..ne lah kes amplas (malas), ahaaa.. nsb baik menjadi..alhamdulillah
Puding Jagung Kastard
Bahan2:
1 tin susu cair
1 tin jagung
3 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu manis
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara2nya:
-blend semua bahan menggunakan blender
-tapis kedalam Loyang
-kukus selama 25 minit atau hingga keras
-sejukkan sebelum dipotong..lagi sedap jika di simpan semalaman dlm peti sejuk

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

14 April 2010

Yam Cake (Kuih Keladi)

salam..hari ne Aima nak share resipi Yam Cake, masakan cina..resipi ne dah lama, Aima dapat dari bespren berbangsa cina dari Kucing Sarawak..mula2 buat memang tak menjadi..kali kedua barulah ok, tu pun bespren Aima yg tolong, eheee...

Bahan2:
-600gm keladi – potong dadu
-340gm tepung beras
-50g tepung ubi
-1.2 litre air (dibahagi kpd 2 bhgn)
-4 cendawan kering – rendam dan hiris halus
-5 sudu teh udang kering – tumbuk halus
-150 gm isi ikan – potong dadu
-6 ulas bawang putih - cincang
-garam,gula dan lada sulah
-sedikit kiub ayam
Untuk hiasan:
-bawang goreng
-hirisan adun bawamg
-hirisan cili merah

Cara2nya:
-campurkan tepung beras dan tepung ubi dengan 1 bahagian air. Kacau rata dan ketepikan (A)
-tumis bawang putih dan udang kering hingga naik bau. Masukkan isi ikan dan cendawn. Tumis hingga masak. Ketepikan (B)
-dalam periuk berasingan, masukkan keladi, 1 bahagian air, kiub ayam, lada sulah, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api (C)
-setelah itu masukkan adunan tepung (A) kedalam masakan (C). Gaul hingga adunan pekat.
-kemudian masukkan bahan (B) dan kacau seketika. tutup api
-masukkan bahan tadi ke dalam Loyang yang telah disapu majerin dan di alas dengan kertas minyak
-kukus selama 45 minit atau hingga masak
-setelah masak taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.
-tunggu sejuk barulah di hidangkan

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Kusui

Bahan2:
5 cawan air }
3 keping gula melaka } masakkan semua dan sejukkan
3 sudu besar gula pasir }
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi
1/2 sudu kecil kapur kuih
kelapa parut putih
sedikit garam

Cara2nya:
-panaskan kukusan
-ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
-bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang.
-kukus sehingga masak.
-tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong.
-gaulkan garam dan kelapa.
-lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi

kuih kusui ne feberet anak dara Aima..biasa yg buat kuih ne nenek sebelah emak..beliau f buat kuih kusui ne memang sedap, lemak berkrim gitu..p syg beliau dah kembali kepada Nya...:( resipi ne Aima amik dr internet..dulu pnah gak mntak resipi ne dari nenek p lupa letak kat mana..emmmm... Aima dah plan ujung minggu ne nak try ..dulu pnah gak buat p tak menjadilah, lembik je..so bila kuih kusui ne menjadi nanti, Aima upload pict dia ek...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

13 April 2010

Seri Muka

Bahan2 A:
1/2kg beras pulut - dicuci
2 gelas santan
Secubit garam

Bahan2 B:
1 1/2 gelas santan
1/2 gelas air pandan
2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung ubi
1 1/4 cawan gula pasir
sedikit warna hijau
1 biji telur

Cara2nya:
Bahan A
-kukus beras pulut bersama santan dan garam hingga masak
-setelah masak, masukkan pulut kedalam Loyang dan tekan hingga padat

Bahan B
-satukan semua bahan B dan masak di atas api yang sederhana hingga separuh pekat
-kemudian tuangkan di atas pulut
-kukus selama 10-15 minit
-sejukkan dahulu sebelum dipotong

p/s: ini resipi warisan dari nenek..try tau
~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

09 April 2010

Bingka Labu

salam…jmpa lagi di hari Jumaat yg mulia ini..ptg nnti plan nk buat bingka yg simple tuk minum petang (sempat ke, blk keje dh jam 5, eheee…) tak kira lah tuk minum petang ke tau nak ratah masa tngok tv..resipi ne simple je, nak taruh pape buah pun ok, sukatan smua sama..ne kira bahan asas lah..resipi ne dpt dari my anty yg pakar dalam bab masak memasak ne..cara sukatan pn senang, guna pape gelas lah yg ada kt umah..plan nk buat bingka labu cos labu balance hari tu msh ada lg, so drpd ter expired plak nnti lbh bek buat ssuatu yg blh mengenyangkan..jadi takdelah membazir kan..jom kita layanzzz resipi bingka labu..
Bingka Labu
Bahan2:
1 gelas gula
2 gelas tepung gandum
2 gelas santan
2 sudu nasi marjerin
2 biji telur
buah labu (direbus dan dilecek) – ikut suka
Note: boleh juga guna buah2 lain spt cempedak, durian, jagung etc..

Cara2nya:
-satukan semua bahan ke dalam mangkuk yg besar
-gaul hingga rata
-kemudian kisar kesemua bahan tadi menggunakan blender hingga halus
-sapu Loyang dengan sedikit marjerin dan lapis dengan ekrtas minyak
-masukan adunan tadi dan ratakan
-bakar pada suhu 145c selama 1 jam atau hingga bingka tersebut masak…


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

07 April 2010

Kuih Sapit

salam..tentu smua org tahu kuih sapit (semperti) kn..f zaman nenek moyang dulu kuih sapit ne cuma ada satu rasa je..tp skng ada mcm2 rasa..ada rasa keladi, rasa pandan, rasa coklet pun ada..tp lidah melayu tetap gak suka yg rasa ori cam nenek buat dulu..nenek Aima dulu org kg ayer, allahyarhamah nenek memang pandai buat kuih tradisi..masak2 pun sedap sama cam masakan my mom kt umah..sedap hingga menjilat tapak tangan =) resipi ne Aima mintak dari anty yg pakar buat kuih muih ne..katanya resipi ne anty dpt dr nenek..kira resipi turun temurun lah..tp org dulu2 tak pakai gram kan??main campak n agak je..so anty ubah lah ikut peredaran masa..tp hasilnya tetap sama..

Bahan2:
600gm tepung gandum } diayak bersama
300gm tepung ubi }
320gm gula pasir
1 biji telur
1½ biji kelapa – ambil santannya
Sedikit garam

Cara2nya:
- pukul telur dan gula hingga sedikit kembang menggunakan mixer
- masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang di ayak tadi sedikit demi sedikit
- pukul hingga sebati.
- kemudian masukkan santan dan garam. Adun hingga rata
- panaskan acuan kuih sapit ke dalam minyak panas.
- tuangkan adunan pada acuan dan terus celupkan kedalam minyak panas dan biarkan hingga adunan kering kekuningan
- setelah masak keluarkan dari acuan kuih dan gulung serta merta.
- simpan dalam bekas dan tutup rapat2
- makin lama disimpan makin sedap rasanya

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com