03 May 2010

salam ahad..hari ne mood mmng tgh moody..nak wat keje ofis yg bawak blk umah pun malas..mmang tkde mood lngsung hari ne..nak bwk anak2 jln pn mls, cuma td pg je temankan adik beli sayur n cikit brng..nak masak pun malas so tapau ‘Ayamku’ n kolo mee tuk sndiri, adik n anak2..anak2 pun tau mama dorng moody, smua buat hal sndiri, alhamdulillah..
kbetulan plak adik yg ke 6 bseday hari ne..so adik bngsu kirimkanlah ucapan kat Rangkaian Harmoni..tp syg adik yg besday tu tak smpat dngr..bkn rezeki kau gaknya dik..tnggu la taun dpn g ey..

tuk makan mlm baru la Aima masak..cian nnti mr hubby blk keje nak mkn..Aima masak udang masak merah, sayur lamiding, tengiri goreng..walaupun hati msh sdih tp tugas ttp tugas kan..tnggungjwb sbagai isteri n ibu ttp kena jlnkan..
Udang Masak Merah
Bahan2:
1/2 kilo udang segar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 biji tomato
1 batang serai - dititik
1 biji buah keras
sedikit halia
sos tomato
sos cili
garam
gula

Cara2nya:
-tumbuk bawang merah, putih, halia dan buah keras
-tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi
-masukkan sos cili dan sos tomato dan tumis hingga pecah minyak
-kemudia masukkan udang, tomato biji dan bawang besar
-perasakan dengan garam dan gula


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

02 May 2010

salam olz..hari ne adalah hari sabtu plng sedih dlm hidup Aima..rasa cm nak lari je tp tak tau nak pi mana, sob sob..hari yg penuh kenangan..gara2 ikan masak kari pertengkaran terjadi..=( tp takpe lah Aima jadikan hari ini sbagai panduan tuk hari mndatang..walaupun Aima rasa diri ini tak salah tp takpe..ini lah asam garam kehdupan..sehiris peria secawan madu..

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Kulit Wantan


As salam pagi sabtu..dlm ksibukkan keje Aima curi2 jap update blog ksygan Aima ne..nsb baik gak hari ne miss boss tgh kuar, dpt lah ilex jap, ahaaa..Aima nak share buat kulit wantan..resipi ne Aima dpt dr beshfen Aima, alaaa yg kuat mkn tu tp bdn tak gak beso..cuma bdn kiter je yg mngembang, heeee...last mth Aima dh upload resipi wantan so hari ne upload cara buat kulit wantan la plak..f rajin cuba2 lah ye...

Kulit Wantan
Bahan2:
600 gm tepung serbaguna
sedikit tepung jagung (untuk menabur)
400 ml air – boleh tambah jika perlu
1 biji telur
1 sudu teh garam

Cara2nya:
-gaulkan tepung serbaguna dan garam bersama air (sebaik2nya air hendaklah di masukkan sedikit demi sedikit bagi memastikan ianya sesuai dengan adunan tepung)
-uli hingga menjadi doh yang lembut
-rehatkan doh selama 30 minit dan tutup dengan tuala lembab
-setelah 30 minit, uli lagi doh tadi dan biarkan 10 minit
-canai doh hingga nipis dan tabur dengan sedikit tepung jagung supaya tidak melekat
-terap dengan acuan berbentuk 4 segi atau potong mengikut suka
-lapiskan tiap-tiap keping wantan dengan tepung jagung supaya tidak melekat dan simpan dalam peti sejuk
selamat bercuti hujung minggu smua..

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

01 May 2010

salam jumaat..hari ne Aima keje 1/2 day cos keje dh siap n nak tenangkan fkran yg serabut..mr hubby pun off so dpt lah nak bmanja2 jap, yer lah tu...pas smyng jumaat, mr hubby ajak2 jln p Gadong..kakak tak nak ikut cos dia takut babah dia ajak pi Mall..kakak ne bila sbut je Mall tntu taknak jln, bkn apa kakak ne gayat bila tmpt tinggi..so cuma 'abang' je yg ikut..kakak n anak bngsu Aima tinggal ngan anty dorg kat umah..

mula2 ingat nk pi Mall..tp tak jadi cos tngok Mall n kawasan Gadong sesak n penuh ngan keta..rupenya ada function kt Rizqun..berapa kali pusing2 nk cari park tp tak jumpa, punyalah sesak pai keta pun jln cam siput..abg plak kata lapar so singgahlah kat resto H. Yusuf di Q-lap..

Aima order nasi ngan kailan wiv beef..mr hubby plak mee goreng mamak (feberet mr hubby) n abang order nasi goreng..manakala tuk anak2 n bibik kat umah Aima tapau nasi ayam..
pas mkn baru lah jalan2 beli brng cikit tuk anak2 n mr hubby..hari ne mr hubby moody, ngantuk gaknya baru blk keje td pagi..so tngk mr hubby moody, Aima diam je ..ermmm...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Isteriku Itu Adalah Sebaik-baik Wanita Bagiku


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta’ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi S.A.W.:

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta’ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com