25 January 2023

Doa Mengelakkan Sihir Dan Santau

 Buletin At-Tauhid
Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk mengelak dari terkena sihir:

~ Membaca Surah Al Fatihah Dan Membaca 3 Surah Terakhir atau 3 Qul Setiap Hari
 Ia berdasarkan hadith :
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu."
 
~ Membaca Ayat Qursi Selepas Sembahyang (Surah Al-Baqarah Ayat 255)
Dalilnya :
Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga”   

~ Membaca : “BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI’UL ‘ALIM” 3x Sehari.
Dalilnya :
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA WAKTU MALAM
Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)

MEMBACA ZIKIR : “LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR ” ( SEPULUH KALI )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

MEMBACA : ” A’UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN SYARRIMA KHALAQ
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Yeayyy I'm Back

Assalamualaikum.  Dah lama tak update apa-apakan.  Blog pun dah lama tak dibukak.  Bukan tak sayang dengan blog ne cuma terlupa apa emailnya, hehee..  Dah beberapa tahun try & eror tetap tak dapat-dapat emailnya.  Sehinggalah masa kemas-kemas almari weekend hari tu terjumpa 1 dairy ne, skali bukak laaa kat sini rupanya Aima simpan segala email terdahulu.  So Aima try bukak tadi pagi, Alhamdulillah cun dan tepat sekali, hahaha..  Alahai rindu gilerr nak blogging lagi.

So hari ne Aima nak post 1 entry yang dah terperap dari tahun 2015, memang menititk airmata Aima baca.  Aima post tanpa edit apa-apa, untuk kenangan di masa akan datang. Jom layan...

Tengok dalam draft punyalah banyak n3 terperap, kalau makanan dah lama berulat dah, ehehee..  Sebenarnya rindu jugak nak update citer terbaru cuma masa tak mengizinkan dan mood nak blogging bagaikan hilang di bawa arus, semangat bagaikan di kunci.

Sejak kehilangan mama tercinta semangat Aima bagaikan pudar, tapi sekarang Alhamdulillah dah kembali pulih sedikit demi sedikit.  Memang rasa kehilangan sangat.  Memang Aima akui terlalu mengikutkan perasaan, terlalu ikutkan hati.  Tapi demi Mr Hubby, anak-anak dan bapa tercinta Aima kena kuatkan diri.  Dan Alhamdulilah sekarang ne Aima dah ok, hidup mesti di teruskan, satu hari nanti pun kita akan ke sana juga kan.

Mama Aima meninggal tahun lepas, ngam 2 bulan balik dari Hospital kerana sakit.  Selama 2 bulan mama admit kat Hospital memang banyak masa Aima ke sana ke mari, ulang alik dari rumah ke hospital.  Ada masanya Aima bermalam di hospital dengan izin Mr Hubby untuk jaga mama.  Aima rawat mama dengan penuh kasih sayang.  Aima jaga mama sebaiknya, masih ingat lagi kata-kata mama kat Aima atau sesiapa pun yang datang menlawat, kata mama f Aima ada kat sisi mama, mama rasa selamat dan di kasihi, Allahuakhbar..

Selebihnya mama di jaga oleh bapa dan adik Aima yang bungsu yang mana masa tu hendak melangsungkan perkahwinan dalam masa 2 bulan saja lagi, memang kelam kabut rasanya.  Sebagai anak perempuan yang sulung memang segala-galanya tergalas di bahu ini.  Kesian jugak la kat adik Aima sorang tu, mana sibuk menjaga mama sakit, mana sibuk hendak attend kursus kahwin, mana nak buat persiapan lagi.

Setelah 2 bulan mama di hospital, melihat ada perubahan kat mama doktor pun membenarkan mama balik untuk berehat di rumah.  Dari mula mama balik ke rumah, memang banyak masa Aima ulang alik dari rumah Aima ke rumah mama, nasib baik dekat, cuma beberapa langkah je jaraknya, ehehee..

Setiap pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah, Aima terus ke rumah mama untuk tukarkan pampers dan membersihkan badan mama sebab mama tak dapat banyak bergerak, kena pakaikan pampers, berak kencing semua dalam pampers.  So tugas Aima setiap pagi adalah tukarkan pampers dan siapkan berus gigi tuk mama serta buatkan susu.

Malam pula bapa yang akan menjaga mama termasuklah menukarkan pampers dan melap badan mama.  Jika hendak di fikirkan memang bertuah mama dapat suami seperti bapa, tak geli langsung nak cuci kencing berak mama.  Bapa jaga mama dengan penuh kasih sayang, Alhamdulillah.

Dalam ramai anak-anak mama adik Aima yang bungsu yang paling banyak berjasa dan berkorban tuk jaga mama.  Dia korban zaman bujangnya dengan menjaga mama di hospital dan di rumah.  Padahal dia dah nak kawin pun.  Pernah mama kata dah adik kawin nanti sapa la yg jaga mama.  Ya Allah menitik airmata Aima dengar.  So Aima kata mama tak payah fikir banyak k, Aima kan ada, Aima sentiasa ada untuk mama :( 

Sorry ye nanti Aima sambung lagi, tak sanggup nak teruskan..


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Ciri-Ciri Anak ASD

 Signs and Symptoms of Autism Spectrum Disorder in Toddlers - Speech & OT

1. Lewat/tidak bertutur tak semestinya ASD tapi ASD sudah pasti lewat/tidak bertutur;
 
2. Lasak/hiperaktif tak semestinya ADHD/ASD/Dyslexia tapi ADHD & Dyslexia sudah pasti lasak/hiperaktif;
 
3. Kurang/tiada fokus pasti ada pada ASD/ADHD/Dyslexia;
 
4. Agak sukar untuk pakar membuat diagnose bagi anak2 bawah usia 5 tahun kerana anak2 normal juga turut ada ciri2 yg mirip ASD/ADHD/Dyslexia KECUALI anak tersebut mempunyai simtom yg amat ketara atau signifikan, maka mudah untuk pakar buat keputusan;
 
5. Lewat bertutur & masalah pembelajaran boleh ditangani melalui terapi tetapi ASD/ADHD/Dyslexia adalah sepanjang hayat
 
Disebabkan pertindihan ciri2 itu maka pakar tak galakkan ibubapa untuk membuat self-diagnose daripada mana2 sumber tanpa mendapat pemeriksaan yg terperinci daripada pakar psikiatri kanak2 / pakar perkembangan kanak2 / pakar pediatrik / pakar psikiatri. Maklumat yg ada cukup sekadar untuk panduan sahaja bagi memudahkan ibubapa untuk mengambil langkah seterusnya.
 
**saya bukan pakar/doktor/therapist/guru PPKI
**saya ibu seorang anak istimewa yg tak pernah putus asa mencari ilmu sebanyak mungkin


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Deep Reminder

Premium Vector | Cute muslim couple with umbrella
Kalau anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri...
 
1. *Bila Kita Tua*
Luangkan waktu bersama pasangan kita karena salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu & yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yg indah.
 
2. *Bila Kita Tua*
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja pun susah, sementara masih berkemampuan, jalan-jalanlah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, untuk mengagumi keindahan ciptaan NYA.
 
3. *Bila Kita Tua*
Jangan susahkan diri untuk memikirkan anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma usahakan agar hutang kita lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan dan berpesan-pesanlah kepada mereka tentang kematian!
 
4. *Bila Kita Tua*
Luangkan waktu bersama rakan² lama karena peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu...
 
5. *Bila Kita Tua*
Terimalah penyakit apa adanya karena semua sama, kaya atau miskin pasti akan melalui proses yang sama iaitu: lahir bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit & mati.
 
Pin on Islamic Quotes
*Nasihat Bijak*
"Cari kawan yang seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yang seperti duit logam, depan lain belakang lain"

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com