Assalamualaikum. Dah lama tak update apa-apakan. Blog pun dah lama tak dibukak. Bukan tak sayang dengan blog ne cuma terlupa apa emailnya, hehee.. Dah beberapa tahun try & eror tetap tak dapat-dapat emailnya. Sehinggalah masa kemas-kemas almari weekend hari tu terjumpa 1 dairy ne, skali bukak laaa kat sini rupanya Aima simpan segala email terdahulu. So Aima try bukak tadi pagi, Alhamdulillah cun dan tepat sekali, hahaha.. Alahai rindu gilerr nak blogging lagi.
So hari ne Aima nak post 1 entry yang dah terperap dari tahun 2015, memang menititk airmata Aima baca. Aima post tanpa edit apa-apa, untuk kenangan di masa akan datang. Jom layan...
Tengok dalam draft punyalah banyak n3 terperap, kalau makanan dah lama berulat dah, ehehee.. Sebenarnya rindu jugak nak update citer terbaru cuma masa tak mengizinkan dan mood nak blogging bagaikan hilang di bawa arus, semangat bagaikan di kunci.
Sejak kehilangan mama tercinta semangat Aima bagaikan pudar, tapi sekarang Alhamdulillah dah kembali pulih sedikit demi sedikit. Memang rasa kehilangan sangat. Memang Aima akui terlalu mengikutkan perasaan, terlalu ikutkan hati. Tapi demi Mr Hubby, anak-anak dan bapa tercinta Aima kena kuatkan diri. Dan Alhamdulilah sekarang ne Aima dah ok, hidup mesti di teruskan, satu hari nanti pun kita akan ke sana juga kan.
Mama Aima meninggal tahun lepas, ngam 2 bulan balik dari Hospital kerana sakit. Selama 2 bulan mama admit kat Hospital memang banyak masa Aima ke sana ke mari, ulang alik dari rumah ke hospital. Ada masanya Aima bermalam di hospital dengan izin Mr Hubby untuk jaga mama. Aima rawat mama dengan penuh kasih sayang. Aima jaga mama sebaiknya, masih ingat lagi kata-kata mama kat Aima atau sesiapa pun yang datang menlawat, kata mama f Aima ada kat sisi mama, mama rasa selamat dan di kasihi, Allahuakhbar..
Selebihnya mama di jaga oleh bapa dan adik Aima yang bungsu yang mana masa tu hendak melangsungkan perkahwinan dalam masa 2 bulan saja lagi, memang kelam kabut rasanya. Sebagai anak perempuan yang sulung memang segala-galanya tergalas di bahu ini. Kesian jugak la kat adik Aima sorang tu, mana sibuk menjaga mama sakit, mana sibuk hendak attend kursus kahwin, mana nak buat persiapan lagi.
Setelah 2 bulan mama di hospital, melihat ada perubahan kat mama doktor pun membenarkan mama balik untuk berehat di rumah. Dari mula mama balik ke rumah, memang banyak masa Aima ulang alik dari rumah Aima ke rumah mama, nasib baik dekat, cuma beberapa langkah je jaraknya, ehehee..
Setiap pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah, Aima terus ke rumah mama untuk tukarkan pampers dan membersihkan badan mama sebab mama tak dapat banyak bergerak, kena pakaikan pampers, berak kencing semua dalam pampers. So tugas Aima setiap pagi adalah tukarkan pampers dan siapkan berus gigi tuk mama serta buatkan susu.
Malam pula bapa yang akan menjaga mama termasuklah menukarkan pampers dan melap badan mama. Jika hendak di fikirkan memang bertuah mama dapat suami seperti bapa, tak geli langsung nak cuci kencing berak mama. Bapa jaga mama dengan penuh kasih sayang, Alhamdulillah.
Dalam ramai anak-anak mama adik Aima yang bungsu yang paling banyak berjasa dan berkorban tuk jaga mama. Dia korban zaman bujangnya dengan menjaga mama di hospital dan di rumah. Padahal dia dah nak kawin pun. Pernah mama kata dah adik kawin nanti sapa la yg jaga mama. Ya Allah menitik airmata Aima dengar. So Aima kata mama tak payah fikir banyak k, Aima kan ada, Aima sentiasa ada untuk mama :(
Sorry ye nanti Aima sambung lagi, tak sanggup nak teruskan..
No comments:
Post a Comment