السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

30 March 2010

Tauhu Kukus

Bahan2:
6 keping Tauhu
250gm Udang Segar - dicincang halus
2 biji telur
2 ulas bwg merah
2 ulas bwh putih
2 biji telur
daun bawang
daun sup
daun selasih - jika perlu
5 biji lada padi
3 biji lada merah
garam
gula
daun pisang - di layur terlebih dahulu

Cara-caranya:
- lenyek tauhu hingga hancur
- hiris nipis bwg merah, bwg putih, daun sup, daun bwg, daun selasih, lada padi dan lada merah
- masukkan udang cincang dan bahan hirisan kedalam tauhu, gaul rata
- kemudian campurkan dengan telur, garam dan sedikit gula, aduk hingga sebati
- simpan dlm peti sejuk selama lebih kurang 1 jam
- masukkan adunan tauhu tadi ke dalam daun pisang dan kukus selama 20 minit..

p/s: jika malas nk membungkus menggunakan daun pisang, boleh juga menggunakan loyang dan tutup dengan aluminium foil..kukus seperti biasa.. (adunan tauhu sebelum di bungkus)

My Family

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Petanda Pergerakkan Anggota badan

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai 100%. Wallah wa’lam…

Pergerakan Tubuh & Alamatnya
Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada org akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati
Ubun2 bergerak - berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak - akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak - org yg mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
Telinga bergerak - akan berkelahi.
Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
p/s: sekadar pengetahuan..percaya jangan..semua itu datang dari Allah S.W.T..

How To Use The Surah Al Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
i) Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
ii) Read it with full "khusyuk" Tawakal to Allah
iii) Use it with GOOD "niat" /intentions.

Amalan Untuk Murah Rezeki Dan Dipermudahkan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Hendaklah diamalkan selepas solat Fardhu, terutama sekali selepas solat Suboh dan Asar.

1. Baca Surah Al Fatihah - 3X

2. Baca Surah Al Ikhlas - 3X

3. Baca Surah Al Falaq - 3X

4. Baca Surah An Nas - 3X

5. Baca Surah Al Fatihah - 1X

6. Baca Surah Qursi - 3X

7. Baca Surah Al Fatihah - 1X

8. Selawat Keatas Nabi - 33X atau lebih

9. Berdoa...
YA ALLAH, andainya rezekiku ada di langit turunkanlah, dan andainya ia berada di bumi keluarkanlah, andainya ia berada didalam laut naikkanlah, dan andainya ia jauh maka perdekatkan akan dia dan kalau sedia dekat, permudahkanlah, dan sekiranya sedikit, perbanyakkanlah, dan kalau sedia banyak, maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan kepadanya, dan berilah rezeki akan daku seperti yang ku jangka dan tidak ku jangka, rezeki yang halal, yang baik, limpah mewah lagi diberkati padanya sehinggakan tidak ada seseorang daripada kalangan hamba MU ku perlukan daripadanya, dan jadikanlah kedua tangan ku berada diatas dengan pemberian, dan jangan jadikan kedua tangan ku berada di bawah dengan meminta-minta, sesungguhnya ENGKAU Amat Berkuasa keatas setiap sesuatu.
p/s: jgn lupa try tau..Aima pun dah cuba banyak kali n alhamdulillah rezeki dtg tak terduga..tp jgn lah pula tunggu bulan jatuh ke riba, kena lah berusaha smbl baca doa ne n memohon kepada Allah agar rezeki datang tak putus2 walaupun cikit tuk memenuhi keperluan sehari2..