السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
27 December 2013
Doa Untuk Suamiku
Dengan menyebut asmaMu ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…
Telah kau berikan aku satu pendamping hidup
Yang sentiasa setia menjaga dan melindungiku..
Berjalan sejajar denganku..
Yang dengan cinta dan sayangnya mampu menghapus segala lara…
Yang segala hidupnya diserahkan untuk menyayangiku….
Yang dengan cintanya pada Mu mampu mengucup hatiku ketika ku berduka..
Ya Allah kumohon Pada Mu…
Kini berilah ia kemudahan dalam melangkah..
Berjuang mencari keredhaan Mu…
Berjuang menjemput Rezeki yang Kau takdirkan untuknya…
Berjuang untukku dengan cintanya pada Mu….
Ya Allah Yang Maha pengabul doa…
Terimalah berjuta doa dan harapku…
Balaslah segala keluhuran dan kesabarannya
Balaslah segala kebaikan juga amarahnya
Dengan CintaMu….
Ya Allah Sang Pemilik Hati….
Sampaikan berjuta sayangku untuknya…
Sampaikan sejuta cintaku padanya…
Dan sampaikan terima kasihku yang sangat untuknya…
Karena telah bersedia menyatu dalam satu rasa…
Dengan segala macam kunci surga yang kau Pilihkan untukku..
Ya Allah sampaikan salamku pada baginda Rasulullah…
Yang telah begitu banyak mengajarkan cinta dan kasih sayang…
Sungguh Engkau Maha Mengetahui segala isi hati…
Maka kabulkanlah doaku…..
Amin ya Rabbal ‘Alamin………
p/s: buat suamiku tercinta...luv u ^,^
p/s: buat suamiku tercinta...luv u ^,^
Rahsia Penyeri Wajah
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang2nya 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.
Untuk menghilangkan stress, perbanyakanlah solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasi dengan Allah SWT dengan zikir dan doa. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlak ku). (HR Ahmad).-
Pengalaman Dapat Anak Pertama
Assalamualaikum n salam Jumaat. Tetiba sejak semalam lagi rajin sangat update blog. Banyak benda nak citer cuma tak tau caner nak mula, ehehee...
Hari ne nak pulak share pengalaman mengandung n bersalin anak-anak Aima sorang demi sorang. Saja je tuk tatapan anak-anak di kemudian hari, sekurang-kurangnya dorang tau cane pengalaman mama dorang ne semasa melahirkan dorang.
Ok Aima mula ngan anak pertama dulu iaitu Kakak. Sebelum pregnant kan Kakak, Aima pernah keguguran, masa tu Aima bunting pelamin tapi sayang baru je 1 bulan dah keguguran. Doktor kata rahim lemah n doktor nasihatkan supaya jangan pregnant dalam masa 3 bulan sebab nak bagi rahim kuat dulu.
Dah rezeki Allah nak bagi baru 2 bulan lepas keguguran Aima disahkan mengandung 2 bulan, Alhamdulillah. 3 bulan pertama mengandung Aima mengalami alahan yang teruk gak la. Masa tu bergilir-gilir tinggal kat rumah mama n kat rumah mertua. Morning sickness tak payah cakaplah, memang teruk. Tak boleh bau tumisan bawang o sos cili, time masak tu punyalah azab rasanya, paksa tutup hidung ngan baju, ahahahaaa..
Sepanjang mengandungkan kakak memang banyak dugaan yang harus di lalui, penuh suka dan duka. Kalau tak tahan iman memang down jadinya. Mana nak menahan rasa ngan kerenah ipar duai, mana hal suami, bila di kenang-kenang, rasa macam tak percaya Aima boleh hadapinya, Alhamdulillah...
Pernah gak time mengandung tu Aima n Mr Hubby terlibat ngan kemalangan kereta nasib baik takde saper yang cedera. Maybe sebab terkejut baby dalam perut sepanjang hari tak bergerak langsung, risau gak jadinya. Nasib baiklah esok harinya baby aktif macam biasa. Perut sepanjang mengandung pun tak lah besar sangat sampaikan orang tak percaya kandungan dah besar. Doktor kata sebab luas kat dalam sebab tu perut tak nampak besar.
Paling Aima suka sepanjang mengandungkan kakak adalah makan nasi ayam, memang feberet. Pernah makan sampai 2 bungkus nasi ayam diam-diam dalam bilik sebab takut Mr Hubby tegur asyik makan nasi ayam je, ahahahaa... Mintak ampun cayang, eheheee...
Dan ada satu kejadian yang memang tak boleh lupa adalah masa kandungan dalam 7-8 bulan, ada 1 malam tu, bilik tidur kami (masa tu tidur kat rumah mertua n masa tu masih rumah papan lagi) ada bunyi cakaran kat dinding. Aima yang dengar dulu, semakin lama semakin panjang lak bunyi cakaran tu, terus bangunkan Mr Hubby. Mana lah tau Aima salah dengar kan. Mr Hubby pun dengar yang sama. Lepas bunyi cakaran, ada lagi bunyi 'kut..kut..kut..' kat halaman rumah dekat bilik kami.
Orang kata bunyi 'kut..kut..kut..' tu bunyi Cik Pon, f bunyi jauh maka dekatlah dia, f dekat ertinya dia jauh (korang faham-fahamkan sendiri ye..) Bunyi tu kadang dekat kadang jauh. Naik meremang tengkuk jadinya. Mr Hubby kata jangan tegur n terus ajak Aima keluar dari bilik. Mr Hubby terus bangukan mak dan pak mertua n bagi tau apa yang kami dengar. Masa tu rumah mertua memang kiri kanan dan belakangnya hutan rimba.
Yang anehnya mak n pak mertua tak dengar langsung bunyi tu dari dalam bilik kami. Tapi Aima n Mr Hubby memang dengar dengan jelas. So pak mertua terus keluar rumah n duduk kat tangga sambil merokok. Pak mertua ne memang berilmu sikit la. Katanya ada yang datang menjenguk, wallahwa'lam..
Bunyi tu pulak hanya hilang setelah azan subuh berkumandang. Aima n Mr Hubby memang tak dapat tidur hingga ke pagi. Masa mandi pagi tu terasa pedih sangat kat belakang badan n perut Aima, rasa pedih kerana luka. Tengok kat cermin memang tak nampak pape. Besok nya baru perasan ada kesan cakaran kat belakang n perut, nasib baik tak jadi pape kat baby.
Saat kandungan pada usia 38 minggu, dah keluar tanda nak melahirkan seperti darah n sakit main-main. so Mr Hubby hantar pi hospital. Bila doktor cek dia kata dah bukak 2cm so kena admit lah jawapnya takut bersalin awal. Masuk hari ketiga tanda-tanda nak melahirkan belum ada lagi dan bukaan pun masih 3cm, alahai lamanya nak tunggu baby keluar...
Hati dah meronta-ronta nak balik, rindu kat bantal busuk, hohohooo... Lagipula macam ada insticnt baby akan keluar lepas balik rumah, ada-ada je kan, ahahahaa... So Aima mintak kebenaran kat doktor tuk balik walaupun Mr Hubby menentang sebab takut bersalin kat rumah, takde nyer ^,^
Doktor pun bagi kebenaran balik tuk 1 malam je, kudukut betoiii. Sempat la tidur peluk bantal busuk walaupun perut dah rasa lain macam. Dari tengah malam hingga ke subuh perut dah memulas-mulas tapi Aima tahan sebab tak nak di hantar awal ke hospital. Dah waktu subuh sebab dah tak tahan sangat n darah pun keluar sikit-sikit barulah bangunkan Mr Hubby mintak hantar hospital. Punyalah kelam kabut Mr Hubby, apa yang di buat semua tak kena, tengok macam dia pulak yang nak beranak, ahahaaa... Belum ada pengalaman lagi kan, maklumlah anak pertama, ehehehee... Dengan mak mertua sekali dia angkut. Aima pun sempat lah col mama n bapa Aima bagi tau dah sakit nak beranak dah.
Akhirnya setelah menanti beberapa jam kat labour room, setelah menahan sakit yang tak dapat di bayangkan ngan kata-kata, keluarlah seorang puteri tepat jam 9.40 pagi. Melihat rupa baby hilang rasa sakit yang di alami. Punyalah hepi Mr Hubby, asyik sengih je, ahahahaa... Mama n bapa Aima lagilah hepi, ini lah cucu perempuan pertama mereka.
Selama berpantang Aima duduk kat rumah mama. Kakak ne kan masa kecik memang kuat nangis, asyik menangis je keje dia, manja sungguh. N kakak adalah cucu kesayangan bapa Aima. Jangan nak marah dia depan bapa Aima, siaplah kena marah balik, ahahahaa... Kaka ne memang manja dan degil orangnya. May be sebab dia tahu dia lambat nak dapat adik kot, tu yang manja lebih-lebih, apa yang dia nak pasti kena tunaikan. Kadang tu timbul rasa bersalah jugak, ye lah dia kan lambat dapat adik, so memang di manjakan dan di mewahkan lah sikit-sikit. Rupanya perangai dia dari kecik terbawak-bawak sampailah beso panjang ne, macam anak orang kaya, fuhhhh.... Geram gak di buatnya tapi salah mama n babah dia jugak, uhuhuuu... Dulu ingatkan dia dah takde adik lagi, lama beno baru dapat adik, tu yang fikir macam tu @,@
Setelah kakak berusia 1 tahun, kami pindah dari rumah mertua tuk hidup sendiri. Kebetulan jugak permohonan Aima tuk tinggal kat rumah kepunyaan syarikat di luluskan cepat, mana tak cepat hari ne mohon beberapa lepas 2 dah dapat kunci, Alhamdulillah... Bermula lah episod hidup berdikari dalam hidup kami.
Dan setelah kakak berusia 4 tahun, lahirlah adik dia.. Setahun lepas tu keluar lagi seroang hero, express kan. ahahaa...
K la cukuplah sampai sini kisah dari mengandung n melahirkan kakak ye, penat weii nak typing.. Insya Allah kat n3 lain citer pulak pasal hero-hero Aima yang lain ye.. Jumpa lagi
Luv u kakak, mmwahhxxxx...
Luv u kakak, mmwahhxxxx...
Petua Minum dari RasulullahSAW
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah s.a.w. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi.
Antara khasiatnya:
- Menghilangkan kahak atau lendir
- Mencuci perut
- Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
- Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
- Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk - Aisyah meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minuman manis dan sejuk." Baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Adab Minum:
- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
- Bacalah " Bismillah".
- Minum dengan 3 nafas.
- Minum dalam keadaan duduk bukan berdiri.
- Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
- Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah".
- Jika tidak ada tempat untuk duduk, diharuskan minum sambil berdiri.
- Jangan terus minum selepas melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
- Jangan minum berlebihan sampai kembung perut.
Subscribe to:
Posts (Atom)