Assalamualaikum
dan Salam Jumaat. Sihat tak hari ne? Semoga semuanya sihat2 selalu eyy. Sebenarnya nak share kisah Jumaat yang lalu tapi baru ada masa nak post hari ne. Jumaat yang penuh berkat minggu lepas, Aima dapat baby baru tau, baby yang
ke 5 eheheee..
Tapi yang ne bukan
baby yang bernyawa, baby yang pakai enjin, ahahaa... Kereta baru Aima dah keluar
Alhamdulillah. Sebenarnya tak lah teruja sangat dapat kereta
baru sebab kereta yang 1 lagi masih ada bank loan, uhuuu.. Cuma fikir nak bagi
Kakak pakai kereta yang 1 lagi so kena lah beli baru.
Dalam sejarah
hidup Aima dah ada 5 buah kereta yang fully Aima bayar dengan duit sendiri
termasuk Insurance, Road Tax dan maintenance. Ini tak termasuk kereta
yang Mr Hubby beli ey. Yang tu lain kira eheheee... Bukan nak sombong ok
sekadar nak kongsi untuk kenangan untuk anak-anak dan di hari tua nanti. Sekurang-kurangnya
dorang tahu pengorbanan ibu bapa waktu mereka kecil-kceil dulu.
Sebelum beli
kereta yang Aima bayar sendiri, Mr Hubby yang sediakan semuanya, Aima tak
keluar duit pun, semua Mr Hubby yang bayar dan sediakan, terima kasih banyak suamiku, semoga Allah membalas budi baik
mu dengan berjuta kebaikkan, amin..
Ok setelah berkahwin dengan Mr Hubby
tahun 1999 kitorang ada 1 kereta je, kereta yang Mr Hubby pakai dari bujang iaitu
Hyundai Scoupe merah. Masa ne Aima tak pandai driving
lagi. So 1 kereta dah cukup. Masuk ulangtahun perkahwinan yang ketiga dan kakak dah nak masuk sekolah, Aima
pun dah pandai drive so kitorang ingat nak beli 1 lagi agar senang nak hantar
dan ambik kakak.
So terbelilah Daewoo Lanos silver. Kereta ne Aima yang pakai hari-hari dari
rumah-sekolah-ofis. Pada masa tu Mr Hubby masih kerja sebagai anggota
beruniform, memang tak lekat kat rumah. Kadang-kadang malam baru dapat
jumpa. Daewoo ne kitorang guna lebih kurang dalam 3 tahun.
Disebabkan masa tu mak mertua takde kereta so kitorang pun bagi lah mak/pak
mertua pakai.
Kebetulan ada duit lebih so Mr
Hubby beli 1 kereta second hand, kereta lama tapi body masih solid. Mr Hubby beli kereta
Toyota Cressida putih. Kereta ne memang kitorang
pakai lama sampai dia rosak. Aima suka kereta ne sebab dalmnya besar dan
laju beb..Aima kan suka merempit kat jalan eheheee...
Baru 2 tahun pakai kereta Cressida Mr
Hubby terniat pulak nak beli kereta baru yang kecik sebab Hyundai coupe dia tu
selalu buat hal, asyik nak paw duit je, mana tahan nak keluar duit tuk dia
je.
Maka terbelilah Toyota Echo silver, comey lotey. Kereta
ne memang bertahan sampai sekarang. Masa nak beli Echo ne memang ada kenangan tersendiri. Masa ne Aima tengah sarat mengandung anak no. 2. Kereta keluar
dari Agent hujung bulan Julai dan Aima melahirkan anak no, 2 bulan Ogos.
Senang nak kira umur kereta ne kan. Sekarang umur dia dah nak masuk 15
tahun. Bab jaga kereta memang Aima puji Mr Hubby, dia jaga tip top.
Body masih solid molid, enjin pun masih steady lagi. Rosak sikit-sikit tu
adatlah kan tapi masih berjasa sampai sekarang, masih bergetah.
Oh ya lupa nak habaq, kereta Hyundai
Coupe tu Mr Hubby dah let go beberapa bulan setelah Echo keluar. Sayang
giler beb nak lepaskan. Pakai dari bujang, sampai kahwin hingga anak 3, giler tak sayang. Cuma sebab maintenance kereta tu tinggi, insurance saja
dah buat pening kepala so let go je la.
2 tahun kemudian Aima bincang ngan Mr
Hubby nak beli lagi 1. Aima nak yang kecik je, senang cari parking kat
sekolah. Cari punya cari dapatlah Hyundai Atos biru, kecik molek
je. Yang ne memang 100% Aima bayar, kira kereta pertama yang Aima
punya sendiri. Kereta second hand sebab ne je yang termampu ehehee..
Pakai kereta ne tak lama dalam 2
tahun lebih kot sebab rasa tak muat pulak dengan anak 3 orang + bibik. Plan nak
cari yang besar sikit. So kereta ne let go kat adik ipar. Asyik let
go kereta je kan ahahaaa...
Cari punya cari tergoda pulak dengan
si biru ne,
Suzuki Everylandy. Second hand jugak, dah itu je yang Aima
termampu, ehehee... Sebenarnya malas nak beli yang baru sebab Mr Hubby
dah ada kereta baru, wife dia ne mengalah je lah. Takut karang anak tak
cukup susu asyik nak bayar kereta je kan. Dengan kereta ne memang Aima
pakai lama. banyak jasa kereta ne tau, kereta yang membawa rezeki.
Aima pakai kereta ne dalam 5-6 tahun
macam tu. Yang tak bestnya kereta ne kalau rosak memang keluar ratus
ringgit, spare part dia mahal. Jadi let go lagi lah jawapnya. Kali
ne kawan Aima yang beli, nak guna untuk bisnes dia.
Sebelum let go kereta Suzuki
Everylandy, kereta Echo dah habis loan, Mr Hubby planning nak beli
kereta lagi 1, senang nak angkut anak-anak katanya. Anak pun dah dah bertambah 4
orang.
. So kitorang beli la
Suzuki APV grey pulak. Tahun ne
dah masuk 5 tahun kitorang pakai kereta ne.
Kemudian barulah let go Suzuki
Everylandy kat kawan. Menitik airmata kiter tau, sayang sebenarnya nak
lepaskan tapi sebab Mr Hubby dah kata lepas ne beli kereta kecik je tuk kerja
dan hantar ambil anak sekolah sebab dah ada 1 kereta besar tuk jalan-jalan,
sebagai isteri mithali Aima akur je lah.
Survey punya survey terbeli lagi lah
Suzuki Alto hitam, second hand jugak uhuhuu.. Yang ne memang pilihan Mr
Hubby. Dia kata senang nak bawak, spare part senang cari dan insurance
pun tak menyesakkan dada.
Pakai yang ne pun tak lama jugak, adalah dalam
2 tahun lebih. Ini pun gara-gara Mr Hubby asyik kata why not u beli
kereta baru yang baru keluar kotak. Rosak pun bukan dari orang lain, dari
u jugak ehmmmmm itu hint nak suruh let go lagi lah tu..
Aima tau kenapa dia asyik suruh Aima jual kereta
Aima. Nak tahu kenapa? Sebab dia tak berkenan licence plate kereta yang
second hand, dia kalau boleh nak semua kereta sama nombor dengan kereta
dia. Dia kata family number. Sukati lah Aima tak kuasa nak membantah,
takut jadi gaduh lagi.
Kereta yang ne bagi kat sepupu Mr
Hubby yang baru dapat kerja, suruh dia sambung bayar. Mula-mula Aima kata nak jual, nak gak dapat
hasil dari jerih payah bayar keretea bulan-bulan dan isnurance. Tapi dah
tengok sepupu dia tak pulak sampai hati kite wak. Dia pun bukan dari
family yang senang, tambah lagi baru dapat kerja. So lepas gitu-gitu je
lah, ikhlas.
Bermulalah lagi jalan-jalan cari
kereta maka tergodalah dengan si gedik ne pulak, Hyundai i10 maroon. Kebetulan
jugak masa nak beli ne ada promo hujung tahun, harga pun turun giler, kurang $1
je nak $200, murah kan. So beli yang ne je lah. Nombor plate pun tender
nombor kesukaan suami, family number katanya. Hujung tahun nanti genaplah
4 tahun Aima jadi Puan dia. Aima dah warning tak nak dah jual kereta
seperti yang sudah-sudah, rugi banyak beb uhuuu.. Mr Hubby kata ye tak
kan jual punya sebab nombor kesukaan dia emmmm...
Ok sekarang baru sampai masa nak
citer tentang baby baru Aima, dah penat orang baca baru lah nak up citer dia
kan ahahaa...
Nak beli kereta baru ne pun banyak
liku-liku dia jugak, puas gaklah bertekak dengan Mr Hubby sampai bermasam
muka dan tak bertegur sapa, tapi tak lama lah sejam dua je kot. Sebenarnya Aima memang tak nak beli sebab kereta Aima yang maroon
tu kan masih ada loan 3 tahun lagi. Kereta Mr Hubby APV pun berbaki loan
2 tahun lagi. Takkan lah asyik nak habiskan duit tuk bayar kereta
bertahun-tahun, tak sayang duit ke. Lagipun yang kena keluarkan duit bayar Aima jugak, baru nak rasa selesa berbelanja dah takde bibik,
uhuhuu..
Tapi Mr Hubby pandi physco Aima, dia
kata kite kena fikir anak jugak. Kakak dah besar dan boleh ambil lesen
memandu, senang dia nak sambung sekolah nanti. Lagipun Mr Hubby kata kadang dia
rasa penat sangat lepas habis kerja shift malam, dia mengantuk. Balik
Kerja terus hantar kakak. Dia kata jarak rumah dan tempat kerja dia dah
ambik masa 45 minit, dah tu hantar kakak lagi ambik masa 30 minit pergi dan 30
minit balik. Dia kata dia penat sangat, eleehhhhh.
Fikir punya fikir, Aima mintak
petunjuk dari Allah. Setiap kali solat Aima berdoa jika ambik kereta baru
ne di masa akan datang menyusahkan Aima sekeluarga Aima mohon agar permohonan
jual beli dengan pihak Bank ne gagal tapi jika ianya tidak menyusahkan Aima redha
dengan semua ini.
Takdir Allah takde siapa yang dapat
membantah. Jika itu sudah ditetapkan untuk kita maka milik kita lah
akhirnya. Memang tak di sangka semua urusan berjalan dengan lancar. Dan pihak Bank meluluskan dengan cepat jugak.
So Aima pasrah dan redha. Asyik
bertekak pun tak guna jugak, kena fikir penat lelah suami jugak kan.
Kadang terfikir ada gak betulnya cakap Mr Hubby, Kakak dah masuk 2nd
semester. Sekarang ne pun dah macam lipas kudung hantar anak-anak kesana
kemari. Dah Kakak ada lesen nanti dapat gak dia tolong ambil adik dia balik
sekolah. Dapatlah dia tolong hantar adik-adik tusyen atau extra class,
boleh lah rehat sikit.
Dan akhirnya di hari Jumaat yang penuh
berkat ini keluarlah 1 lagi baby yang nak kena tanggung bayaran selama 7
tahun. Takpe sis pasrah sis ikhlas, rezeki Allah kita tak tahu kan.
Manalah tahu selepas ne rezeki datang mencurah-curah tanpa henti, aminn..
Baby baru ne kurang lebih dengan
kereta yang 1, Hyundai Grand i10 putih. Bila di ingat-ingat dari dulu hingga sekarang cuma 3 brand kereta yang kitorang beli, Hyundai,
Toyota dan Suzuki, pusing-pusing 3 jenis tu jugak yang dibeli, macam takde brand
lain ahahaaa...
Kalau ikut plan kereta yang maroon nak bagi Kakak pakai nanti, sekarang ne Kakak masih belajar driving untuk dapatkan lesen. Semoga Kakak cepat dapat lesen dan lulus semua test memandu, amin.
Panjang lagi post kali ne, tengah rajin memang panjang, time sakit M datang memang c&p je la, ahaha.. Ok semua insha Allah panjang umur dan sihat tubuh badan kita jumpa lagi ok..Assalamualaikum, byeee..
~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~