Assalamualaikum. Salam Khamis. Sekarang cuaca memang tak menentu kan? Bak kata pepatah mendung tak bererti hujan tapi sekarang ne mendung memang sah akan hujan😂 Alhamdulillah hujan membawa rahmat. Kat sini memang hari-hari hujan. Sejuk pun lain macam dah sekarang, kalau sebelum ne waktu tidur malam bukak aircond dan kipas tapi sekarang, bukak aircond pun sekejap on sekejap off, sejuk giler. Waktu siang pun tak bukak aircond, beku beb...
Cuma time hujan macam ne baju lambat kering. Jemur kat dalam rumah guna kipas alamat hari ne cuci besok baru kering. Nak guna dryer kat dobi memang tak reti😜 Malu pulak rasa bila terkebil-kebil tak tahu nak buat apa hahaa..So jalan selamat jemur dalam rumahlah jawapnya.
Lagipun kalau jemur kat luar takde saper yang boleh tolong angkat kalau hujan. Pagi hingga tengahari memang takde orang kat rumah. Anak-anak semua sekolah. Aima sendiri pun keje office hours. Anak-anak tengahari baru ada kat rumah, itu pun kadang lepas makan, main game terus tidur. Bestkan jadi budak-budak tak payah nak fikir banyak benda. Tak penat nak fikir buat itu ini. Cukup masa makan, mandi, tidur, sekolah, main game, tengok youtube. Tak payah nak fikir besok nak masak apa, baju dah cuci ke belum, rumah bersepah ke tak, anak-anak ok ke tak bla bla blaa.
Tapi masa Aima kecik-kecik dulu teruja sangat nak jadi dewasa, semua nampak indah, semua macam best je kan? 😝 Semua orang ingat hidup dewasa tu senang, boleh cari duit, boleh cantik-cantik, boleh tolong mak bapak, boleh enjoy, kan kan kan😂😂 Tapi kenyataannya memang tak seindah yang dibayangkan. Ada onak duri yang harus dilalui, ada liku-liku tajam yang harus ditempuh, ada suka duka yang mesti dihadapi dan asam garam kehidupan yang mesti diharungi.
Alhamdulillah Aima dah lalui pahit manis kehidupan. Dari setawar-tawar pengalaman, sepahit-pahit dugaan hingga semanis-manis kehidupan dan asam garam perkahwinan. Alhamdulillah. Kadang tu tak sangka dapat melaluinya, Allah Maha Adil. Allah tak akan membebani hambaNya diluar batas kemampuan. Apa yang perlu ada adalah SABAR dan TAWAKAL.
Begitu juga dalam hidup berumahtangga memerlukan kesabaran yang tinggi. Rumahtangga sorang-sorang memang tak sama, ada yang mulus yang tulus, ada yang penuh liku dan onak duri. Adakalanya tersasar dari landasan, maka cepat-cepatlah sedar dan kembali ke pangkal jalan.
Alamak panjang pulak entry hari ne. Maaf ye Aima ne memandai-mandai pulak dalam hal rumahtangga, hahaa.. Sekadar coretan saja key. Mana yang baik jadikan pedoman yang tak baik buang ke laut dalam😂😂
Ok semua assalamualaikum, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment