السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

03 July 2012

~6 Sikap Isteri Yang Tidak DisukaiSuami~

~ Isteri yang tidak tahu membuat keputusan ~
Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya.

Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.

~ Isteri yang selalu mengomel / berleter ~
Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain.

Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain.
Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras.

Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.


~ Isteri diktator ~
Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya.

Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi.

Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadiseorang yang tidak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.

~ Isteri yang suka campur tangan ~
Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pajabat atau majikannya dan manimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain.

~ Isteri yang boros ~
Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya.

Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit.

Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidak lagi mempunyai kesempatan-kesempatanuntuk memajukan dirinya.

https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQhqucJHbLUP7WG8KXsJ58AinYZ0gGugTOp8qby7tr741lOtQwE
~ Isteri sosial ~
Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.

Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu sosial itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu. Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhan yang menyedihkan.


~The Pious Student - Versi Melayu~




Ini pulak 'The Pious Student' versi melayu... saja je nak buat 2 versi, eheee... enjoyzzzz
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
 


~The Pious Student~




 
Hari ne Aima nak share sebuah Komik yang  di adaptasi dari kisah benar yang mengisahkan seorang lelaki muslim yang sangat cintakan Allah... Subahanallah
 

~,~ Semoga Terhibur ^_^


 
 
 
Salam Selasa. Pejam celik kelip kelip dah Selasa lagi, lajunya jam berputar kan. Opss!! Terlupa lak nak tanya, 'korang sehat tak?' Aima doakan semoga korang sihat selalu n sentiasa dalam perlindungan Allah SWT, Amin.. Aima n keluarga Alhamdulillah sihat (aik!! ada orang tanya ke?? ahahaaaa....) Hari ne memang cerah n ceria, rasa tenang dari semalam, ahahaa...

Cuma tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi kita nak masuk bulan Ramadhan yang penuh berkat.  Rasa macam belum lama menyambut Hari Raya, kini dah nak Hari Raya balik, Alhamdulillah..  Caner ngan persediaan Hari Raya korang, dah sedia? Dah tempah baju raya? Berpa pasang buat tahun ne? Tentu vogue kan.. Tentu cantik n berpasang-pasang kan? Aima tahun ne buat 2 pasang je.  Anak-anak nak warna marron n grey.  Last year cuma buat sepasang sebab Aima tau tentu tak pi mana-mana lah, kan hari ketiga Ramadhan Aima melahirkan anak ke empat, czer lak tu, so canerlah nak jalan-jalan kan.  Lagipula dari pertama Syawal lagi Mr Hubby dah kerja, shift pagi lak tu, kesian anak-anak tak dapat jalan sana sini.  Nasib baiklah rumah nenek dorang dekat, ala belakang rumah je, eheee...

Lagipun memang takde mood nak beraya tahun lepas, mana belum habis pantang lagi, baby pun baru je umur 1 bulan.  Persiapan pun ala kaar je. Tang badan memang lah kurus, cewahhh...ahaaaa...Betoi la, memang Aima kurus giler tahun lepas, Mr Hubby kata slim macam masa bujang dulu, uhukkk!!! Tapi malangnya cuma slim dalam 2-3 bulan je lah pas tu kembang setaman balik, ermmmm...Takpe lah kan dah badan susah nak turun, uhuuu...

Tahun ne memang Aima berazam nak kuruskan sikit, nak gak bergaya time raya kan, tambah lagi tahun ne Mr Hubby kata nak balas dendam raya tahun lepas, bolehlah bawak anak jumpa sedara mara yang jarang jumpa sebab sibuk ngan hal masing-masing.

Tahun ne jugak Aima dah plan nak ubah suasana rumah tamu, bukanlah nak ubah rumah tamu jadi besar, tapi nak ubah serba sikit barang yang ada tu.  Nak tukar langsir sebab dari pindah rumah yang sekarang ne Aima cuma guna langsir yang lama je, tak nak lah membazir kan sebab langsir tu masih elok lagi.  Tapi Alhamdulillah tahun ne ada rezeki lebih sikit tu yang nak tukar langsir baru yang boleh match ngan cat dinding n sofa, Inysa Allah.

Alahaii.... Awalnya citer sal raya kan, padahal puasa pun belum, ahahaaaa... Tahun lepas memang 1 bulan penuh Aima tak puasa.  Aima dah cze hari ketiga Ramadhan, memang 1st n 2nd Ramadhan tu Aima tak dapat puasa sebab makan ubat tuk kontrol tekanan darah tinggi n dah admit dalam wad pun (ada dalam N3 sebelum ne)  Last year tu memang Allah bagi Aima cuti penuh tak puasa, so itu tandanya hutang puasa Aima banyak sangat tau, takpe lah Allah bagi kelonggaran tuk bayar sedikit demi sedikit dan Insya Allah akan Aima langsaikan sebelum Puasa tahun 2012 ini.

Korang dah plan tahun ne nak buat kuih raya ke atau nak beli kuih tunjuk?? Aima pulak plan nak buat kek sikit macam tahun-tahun sebelumnya dan yang selebihnya tu beli kuih tunjuk je lah.  ye lah Aima ne manalah pandai sangat nak buat kek, nanti tak pasal-pasal sakit lak perut orang makan.  Setakat buat yang senang tu ok lah, f yang main roll tu, mintak ampun mintak maaf lah ye, memang tak reti nak buat xoxo...

F ada sesape yang buat kuih tu n ada lebih-lebih tu hulurlah sikit kat Aima k, eheee....bubyee olz, Aima nak buat keje lu takut Miss Boss tetiba je muncul depan partition ne, tau curi-curi update blog nayalah jawapnya, takut lak Miss Boss bagi bonus 1 tahun gaji, uhuuu... 
Assalammualikum...