السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

04 May 2012

~Kecuaian Sesaat Boleh Membawa Padah~

Salam Jumaat olz.. Aima doakan korang semua sihat hendaknya.  Cuma Puan Blog ne je yang lum berapa sihat.  Tadi ada kawan yang bagi tengok dan baca kisah bayi yang kepalanya tersepit di tempat tidur.. Subahanallah.. Ngeri Aima tengok.  Tak dapat nak dibayangkan betapa sakitnya bayi kecil ini dan dapat di bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa bayi ne kan.  Sedih Aima tengok.  Rasa takut pulak bila fikirkan adik yang masih kecil dan anak-anak yang kat rumah tu.  Ya Allah lindungilah anak-anak ku dari semua perkara yang tidak di ingini..Aminn..

Memang semua ne sudah suratan dari ilahi tapi kita sebagai boleh berusaha untuk mengelaknya...
Bak kata peribahasa, 'beringat-ingat sebelum terkena..'
Nauzubillah