السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 April 2010

Shinchan

salam...cuba tengok pict ne..sama cam Shinchan kan? tak tau lah samada budak ne yag lahir dulu dari Shinchan atau kartun Shinchan yang direka dulu..f kartun yang terlebih dulu disiarkan, gaknya ibu budak ne semasa mengandung tiap hari tengok Shinchan sal tu lah anak dia pun ada iras2 Shinchan...heeeee...p cute kan, rasa can gigit je pipi tembam dia..

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama... insyaAllah...

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.

Untuk pengetahuan semua..di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya.Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat.

Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.
Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

p/s: menyayat hati luahan hati ne kan..kisah ne betul2 memberi pengajaran kepada para isteri..berkorbanlah sedikit masa kita untuk suami agar tidak jadi penyesalan di kemudian hari..

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkannya setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Naba ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. Amalkanlah...

‘Subhanallah’ (33 kali)
‘Alhamdulillah’ (33 kali)
‘Allahuakbar’ (33 kali)

Air Asam

Bahan2:
8 biji bawang merah
2 biji tomato
9 biji cili padi
4 biji cili merah/hijau
sedikit belacan – bakar dan tumbuk
garam
gula
air perahan limau kasturi
air asam jawa

Cara2nya:
-hiris halus bawang, tomato, cili padi dan cili merah
-campurkan semua bahan dan adun hingga sebati
-sesuaikan rasa..hidangkan dengan ikan, daging atau ayam bakar

Kenangan Ramadhan 2008

salam..bulan ramadhan 2 tahun yg lalu, adik ipar Aima join bazar ramadhan..so dia offer Aima hantar makanan tuk tambah2 jualan dia..adik ipar Aima ne memang minat biz cmne..p bagus gak kan tuk tmbah2 duit poket..mula2 tu malas gak nak join, tkut tak cukup masa..blk keje jam 2 dh tu nak hantar mknan lagi..p bila2 fikir2 blk cam syok je..so redah je lah..Aima plan nak jual tauhu sumbat, cucur udang n popia..tauhu sumbat n cucur udang Aima buat sendiri..popia plak order dari anty tngl goreng je, mls nak roll, eheee..

1st day pose, awal pagi lg Aima pi pasar borong tuk beli tauhu, taugeh n lobak merah, xcited sgt masa tu..lg pun kne beli awal, tkut habis stok..mklumlah bulan pose biasanya tauhu n taugeh awal2 pagi lg dh habis kne borong oleh penjual 'penyungkaian'..

tengahari Aima n bibik dah stat prepare bahan tuk masakkan, pdhl simple je tp prepare cm nak buat kenduri, ahaaa... myb gak ini pngalaman pertama so xcited sgt lah..pai mr hubby kata 'jgn hot2 roti paun dah la' ahaaa...tepat jam 2 Aima n family dah terpacak kat gerai adik ipar..puan gerai belum pun susun brng, ekikiki...

lepas tolong2 adik ipar susun jualan dia, Aima pun kuarkan lah tauhu sumbat, cucur pisang n popia goreng..dah rezeki gaknya belum pun siap susun tray dah ada yg beli tauhu sumbat n cucur udang, alhamdulillah..pas hantar barang jualan Aima n family pun merayau cari makanan tuk sungkai sambil bawak anak2 jalan..lucu pun ada gak, masakkn sendiri jual tuk orang lain, tuk sungkai sendiri plak beli masakan orang, ahaaaa..n petang tu adik ipar call n bg tau yg jualan Aima hari tu habis, alhamdulillah..dia kata besok kne tambah lagi cos banyak yg booking..syukran..

pose kedua awal pagi Aima dan prepare bahan tuk jualan ptg..disebabkan kiter pun keje so Aima ajar lah bibik camne nak buat, alaa senang je, bibik tinggal bancuh je dah tu goreng, kan senang..seb baik lah bibik ne cekap dan pantas walaupun anak Aima yg kecik masa tu baru 2 tahun lebih..balik keje jam 2 terus zoom hantar jualan pi bazar ramadhan..n sprti smlm alhamdulillah jualan semua habis, lebih awal habis dari semalam..

Aima hantar jualan ne selama 10 hari je, tak sanggup ulang alik stiap hari..ag pun awal pagi dah pi pasar borong n prepare apa yg patut..tkejar2 masa rasanya..dah tu penat keje lum abis dan chow hantar makanan, dh tu kne masak ag kat umah, uhuuuu..sayang tu sayang gak lah p apa blh buatkan..g pun anak2 dah komplen asyik sbuk buat makanan je, kasut n baju raya belum beli lagi, ermmm...dlm beberapa hari tu adik ipar ada gak call n tanya napa tak hantar, dia kata regular customer bnyk kali tanya..Aima cakap f ada rezeki tahun depan buat ag ek, eheee..

alahai panjang plak celoteh kali ne..sesekali ingat kisah lama best gak kan..teringat kenangan tinggal rumah lama, penuh dengan kenangan, uhuuu...sampai di sini lu ey..insya-Allah ada masa nanti Aima citer plak rumah2 yg pernah Aima n family duduki sebelum ne..n nanti Aima share resipi tauhu sumbat yg Aima buat tu ek....jumpa lg..semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya....suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah……Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlenaYa Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkanlah aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
p/s: Untuk yang bergelar dan bakal bergelar isteri...Semoga kita menjadi isteri solehah.. Penyejuk hati sang suami...Dipanjatkan doa pada Illahi.. Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...

Petua : Mengelak Kelesuan Ketika Haid

Orang perempuan yang mengalami masalah kelesuan ketika datangnya haid dapat mengatasinya dengan cara merebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Kemudian biarkan ramuan tadi mendidih. Setelah ramuan tersebut sejuk, tapis dan minum pada waktu pagi..Insya-Allah..
Salam olz..hari ne kiter citer sal novel plak ey..Aima minat karya2 Sharifah Abu Salem ne bermula pada tahun 2001 melalui majalah Keluarga..masa tu Keluarga menyiarkan petikan dari novel Tak Seindah Mimpi dan disiarkan sebulan sekali (f tak silap, maaf ye..) dan untuk mengetahui lebih lanjut kelanjutan citernya, Aima sanggup beli setiap bulan Majalah Keluarga ne, ya lah kn sambil baca Keluarga sambil baca petikan novel, jimat gitu, ehee..makin dibaca semakin syok plak n rasa tak sabar nak tau penghujungnya..tambah lg novel ne mengisahkan citer keluarga (walaupun ada part yg rasanya tak logik, biasalah kan..)

tapi sygnya majalah Keluarga tak siarkan pai habislah, ermmm.. so paksa lah cari novel Tak Seindah Mimpi ne di kedai2 buku berhampiran..tu pun lama gak baru jumpa cos tokey kedai tu cakap belum order lagi, arghhh…at last kesabaran Aima berbalas, cewahhh..dan sejak dapat novel tersebut, hati ne jadi gundah gulana untuk mengetahui kisah sambungan novel tersebut..

sebaik je tahu Sharifah Abu Salem dah kuarkan sambungan dari novel Tak Seindah Mimpi, tanpa berlengah lagi Aima pun terus redah kedai2 buku n akhirnya dapatlah Tak Semanis Impian..Dan selepas itu muncullah Tiada Lagi Mimpi kesinambungan dari dua novel tadi..kini ke tiga2 novel tersebut dah pun dlm koleksi, alhamdulillah..harap2 selepas ne ada lagilah sambungan Tiada Lagi Mimpi, nak gak tahu apa citer selanjutnyanya..apa2 pun Aima suka sgt novel2 tersebut..leh lah layan jiwang n air mata, eheee… dari mula beli pail ah skng ne memang tak boring walau dibaca bnyk kali, best tau…jom layanzz sinopsis dia..
Sinopsis : TAK SEINDAH MIMPI
Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.
Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan.

Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

Sinopsis : TAK SEMANIS IMPIAN
NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu? “Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?” NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya.

Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain. “Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!” RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana?
Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain.

Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang? “Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!” Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

Sinopsis : TIADA LAGI MIMPI

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif.

Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia? Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan?

Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan? TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...

p/s: harapan Aima semoga ada lagi kesinambungan citer ne nnti..sambung lg ye Kak Sharifah..

Penawar Demam Panas

Berubat dengan ayat Al-Quran
Ambil segelas air, kemudian dibacakan ayat berikut:-
1. Bismillahirahmanirrahim - 118 kali
2. Surah Al-Ikhlas (Qulhuallah) - 41 kali
3. Surah Alfatihah - 41 kali
Doa kan agar pesakit sembuh. Air tersebut diberi minum kepada pesakit.InsyaAllah, cepat sembuh..

Kepak Panggang Bawang Putih

Hari ne masak kepak ayam panggang dengan bawang putih untuk lunch..anak2 cakap dh lama mama dorng ne tak masak resepi tu..bukanlah tak nak masak tapi leceh nak tunggu sayap ayam tu masak..ag pun lunch break cuma 1 jam je, ambil anak2 blk sklh pun makan masa gak..pas tu kne masuk ofis blk, ermmm..so tuk tak menghampakan permintaan anak2, Aima pun marinate kepak ayam awal pagi b4 keje, biar bahan dia meresap..dh siap Aima masukkan dlm peti sejuk n dah set time kat my ‘bibik’ tuk panggang ayam tu kai oven..seb baik ada P.A ne kan, senang ckt keje, eheee…..


Bahan2:

1 kg sayap ayam

8 ulas bawang putih

2 inci halia

madu

kicap cair

kicap manis

minyak bijan

garam

sedikit serbuk perasa


Cara2nya:

-gaul kesemua bahan dan perap selama lebih kurang 2-3 jam

-panggang dalam oven hingga masak sambil disapu2kan dengan lebihan perapan tadi menggunakan serai yang di titik

-setelah masak hidangkan dengan sos (kicap yang telah dicampur dengan cili padi dan sedikit air perahan limau kasturi) perrhhhh…sedap makan ngan nasi panas2..org kata kucing mengeow pun tak peduli, heee…

p/s: nanti Aima upload pict dia ey...