Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

15 April 2010

Salam olz..hari ne kiter citer sal novel plak ey..Aima minat karya2 Sharifah Abu Salem ne bermula pada tahun 2001 melalui majalah Keluarga..masa tu Keluarga menyiarkan petikan dari novel Tak Seindah Mimpi dan disiarkan sebulan sekali (f tak silap, maaf ye..) dan untuk mengetahui lebih lanjut kelanjutan citernya, Aima sanggup beli setiap bulan Majalah Keluarga ne, ya lah kn sambil baca Keluarga sambil baca petikan novel, jimat gitu, ehee..makin dibaca semakin syok plak n rasa tak sabar nak tau penghujungnya..tambah lg novel ne mengisahkan citer keluarga (walaupun ada part yg rasanya tak logik, biasalah kan..)

tapi sygnya majalah Keluarga tak siarkan pai habislah, ermmm.. so paksa lah cari novel Tak Seindah Mimpi ne di kedai2 buku berhampiran..tu pun lama gak baru jumpa cos tokey kedai tu cakap belum order lagi, arghhh…at last kesabaran Aima berbalas, cewahhh..dan sejak dapat novel tersebut, hati ne jadi gundah gulana untuk mengetahui kisah sambungan novel tersebut..

sebaik je tahu Sharifah Abu Salem dah kuarkan sambungan dari novel Tak Seindah Mimpi, tanpa berlengah lagi Aima pun terus redah kedai2 buku n akhirnya dapatlah Tak Semanis Impian..Dan selepas itu muncullah Tiada Lagi Mimpi kesinambungan dari dua novel tadi..kini ke tiga2 novel tersebut dah pun dlm koleksi, alhamdulillah..harap2 selepas ne ada lagilah sambungan Tiada Lagi Mimpi, nak gak tahu apa citer selanjutnyanya..apa2 pun Aima suka sgt novel2 tersebut..leh lah layan jiwang n air mata, eheee… dari mula beli pail ah skng ne memang tak boring walau dibaca bnyk kali, best tau…jom layanzz sinopsis dia..
Sinopsis : TAK SEINDAH MIMPI
Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.
Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan.

Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

Sinopsis : TAK SEMANIS IMPIAN
NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu? “Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?” NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya.

Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain. “Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!” RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana?
Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain.

Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang? “Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!” Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

Sinopsis : TIADA LAGI MIMPI

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif.

Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia? Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan?

Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan? TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...

p/s: harapan Aima semoga ada lagi kesinambungan citer ne nnti..sambung lg ye Kak Sharifah..


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

12 April 2010

Buku Motivasi

salam pagi ahad..hari ne Aima nak share buku-buku yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali. Aima memang minat dengan tulisan2 Abdul Jalil Ali..beliau selalu menulis dalam majalah Keluarga, Midi dan banyak lagi lah..tulisan beliau sungguh santai tetapi penuh dengan pengajaran dan boleh dijadikan panduan hidup..lucu pun ada gak kdng2 terkena batang idung sendiri, eheee....myb ada yang telah baca...kalau tak baca lagi dapatkan di kedai buku berhampiran ey..best tau..sekadar perkongsian cos minda ag blur.. :) Aima dah ada 2 buku beliau, Asam Garam Gula & kopi n Teh Tarik Kurang Manis..buku yg satu ne, Kopi O Tanpa Gula belum masuk koleksi lg..dh bnyk kedai buku Aima cari p msh belum jumpa..ermmm..

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

07 April 2010

Koleksi Cerita Misteri Buku I, II & III



salam..smlm tolong kakak buat projek sklh dia..so kena lah belek2 buku n majalah lama tuk cari pict yg sesuai tuk projek tu..tgh syok membongkar buku2 lama trnampaklah buku misteri yg memuatkan cerita karangan Aima yg prnah tersiar di Media Permata dan telah dibukukan oleh Brunei Press..tak sangka ada bakat gak Aima ne ey, eheee...(msuk tong angkt sndiri) 
Koleksi Cerita Misteri hanya memuatkan karya yg terpilih saja, kira yg best la...Aima menghantar karya2 Aima tak kiralah cerpen, kisah misteri, sajak o luahan hati sejak tahun 1996 lg, sejak zaman anak dara gitu.. Aima memang minat bak krng mengarang ne sejak dari zaman sekolah lg..selain kisah misteri, ada juga cerpen n sajak yg Aima kirimkan..p skng takde g lah cos Aima 'menyamal', ahaaa..bnyk gak yg Aima kirimkan p tak plak dterbitkan, cuma artikel dr luar je..tah lah labi..

ne lah buku2 misteri yg mmuatkan certia krngan Aima dan penulis2 Brunei, ewahhh...
nnti bila ada masa Aima update cerpen n sajak2 Aima ey, insya-allah..
  1. Koleksi Cerita Misteri (2 citer misteri kiter ada kat dalam)
  2. Koleksi Cerita Misteri Siri 2 (1 citer je...heeee...)
  3. Koleksi Cerita Misteri Siri 3 (5 citer kiter msuk buku, yehaaa...)

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

21 March 2010

Andai Itu Takdirnya

yippeeeee....dah dpt pun novel yg di impi2kan sjk smlm..nk tau tajuk novel tu? jeng jeng jenggg, eheeee....wat suspen dulu..nama novel tersebut adalah 'ANDAI ITU TAKDIRNYA' karya Siti Rosmizah terbitan buku PRIMA..novel ne bukan beli p pnjam dr kwn 1 ofis. kbetulan plk awal pagi td kwn tu ada bg tau yg dia ada beli novel baru yg buatkan dia tak dpt tidur slagi tak baca pai habis. bila je dia kasi tunjuk novel tu, terjerit Aima di buatnya. cam nujum mrs grasshoper lak kwn ne kn, cm tau je kiter tgh cari2 buku tu..btw tengkiu nisa (bila ada novel terbaru kasi pinjam lg ek)

so dh dpt pnjam ne tak jadi lah nak beli, sve budget ckt, heeeee..siap je semua urusan keje Aima kat jbtn kerajaan tu n cecah je punggung kat krusi ofis, terus curi2 baca novel sambil mata n tinge jaga2 takut bos lalu depan mata pun tak sedar..tak hbis baca kat ofis, smbung g kat umah..anak2 Aima ne dh faham sgt bila tengok je mama dorang pegang buku tentu tak kacau, bertuah sungguh rasanye..lum abis baca 1/2 buku dah buat kan Aima leleh, sedih beb..

mr hubby keje mlm ne so Aima prepare lah awal2 uniform yg nak pakai n brng2 yg mr hubby nak bwk..mr hubby p keje jam 4..dah siap salam2 ngan mr hubby, terus capai novel n baring kat sofa smbl ready 1 towel tuk lap leleh, ahaaa...tak smpai 1 hari dah pun baca pai abis, memang tinggal semua keje di buatnya, seb bek lah Aima masak awal ptg tadi, f tak tentu anak2 mogok..

btw ksimpulan Aima tentang novel ne, memang best giler lah citer dia. plot yg buat Aima nangis tak hingat (pai kan anak2 asyik tenung2 n berkerut dahi tengok mama dia nangis) citer yg sedih giler. sedih tengok cara suami layan dia. Ego suami dia punye lah tinggi pai cecah awan..kata sayang p dera perasaan isteri, ermmmm.. p kan ada gak part yg Aima rasa tak logik ngan life sbenar tapi novel ni memang tip top...BEST!!! nanti korang baca lah sendiri ey, mata Aima dh merah cam biji saga lak..ne Aima pastekan Sinopsis dia..
ANDAI ITU TAKDIRNYA - Siti Rosmizah
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri. (dari BukuPrima)

p/s: selamat membaca semua n jgn lupa bwk tisue skali...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com