السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

26 December 2013

Kasih Ayah

Photo: <3 
Ayah dan ibu mengajar saya tentang erti setia dan kasih sayang tidak bersyarat yang perlu ada dalam keluarga.
Ayah mengajar saya erti sabar dalam kekurangan, menghargai nikmat Allah walau sekecil apapun.
Ayah mengajar saya bahawa impian yang benar itu tidak mustahil dicapai.
Ayah mengajar saya jangan lupa diri kerana semua yang ada itu hanya milik Allah.
Ayah mengajar saya bahawa nasib malang itu bukan untuk ditangisi berhiba-hiba tetapi untuk dijadikan pemangkin bagi mencapai kejayaan yang lebih bermakna.
Ayah dan ibu meyakinkan saya di setiap kesulitan itu pasti ada kesenangan.
Peritnya kehidupan mengajar saya
yang miskin jangan dihina yang kaya usah disanjung, yang berkuasa usah dijulang.
Kisah suka-duka bersama ayah mengingatkan saya jangan biarkan masa berlalu tanpa berbakti pada orang tua, takut nanti tidak sempat melakukannya dan Allah memanggilnya ditengah kelalaian kita.

3 Hari Dalam Kehidupan

 
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti. 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang ketiga..amin..

p/s:  Hargailah hidup ini sebaik-baiknya

Kisah Sedih Pengorbanan Dan Kasih Sayang Seorang Ayah

Assalamualaikum n selamat petang semua.  Aima terbaca artikerl tentang kasih sayang ayah ne dari FB kawan.  Ya Allah menitis air mata  membacanya.  Memang selama ne Aima rapat sangat ngan mama, ngan bapa Aima memang tak berapa rapat sebab bapa Aima ne dari kecik memang garang tapi hati dia baik, lembut, sabar dan penuh kasih sayang.  Cuma karakter dan wajah nya saja yang nampak garang.  Tu yang buatkan Aima n adik beradik lain takut n tak berapa rapat sangat ngan bapa.  Bukan tak nak rapat cuma rasa hormat tu menebal sangat.  Cuma sejak akhir-akhir ini, sejak mama masuk hospital beberapa bulan lepas (sekarang Alhamdulillah mama dah ok) barulah jurang antara anak n bapa sedikit demi sedikit kurang.  Kami dah boleh diskus tentang penyakit mama (mak kepada Aima ye..) dari hati ke hati.  Kami dah berani suarakan pendapat n share pape ngan bapa, Alhamdulillah..

Walaupun bapa Aima ne nampak garang tapi kami tahu hati dia lembut, penuh kasih sayang, penyabar dan tabah.  Marah-marah bapa pun ada sebabnya.  Ye la bapa mana tak sayangkan anak kan.  Bapa marah bukan sebab benci tapi sebab sayangkan anak lah dia marah. Marah-marah sayang.  Marah dia pun sekejap je, tak sampai 1 hari tentu sejuk semula.  

So kepada anak-anak kat luar sana, jagalah ibu dan bapa sebaik-baiknya.  Kerana merekalah kita lahir ke dunia ini.  Tanpa mereka kita tak kan dapat mengecapi hidup sekarang.  Hargailah jasa mereka membesarkan kita sehingga menjadi seorang insan yang berja hari ini.  Mereka tak mengharapkan balasan mahu pun uang ringgit, apa yang mereka nak adalah perhatian dan kasih sayang kita.  Jenguklah ibu bapa sementara mereka masih ada, uhuhuuu...

Kepada bapa Aima, Aima n adik beradik semua sayangkan bapa n mama melebihi segalanya.  Ya Allah peliharalah kedua ibu bapa ku sebaiknya, panjangkan umur mereka, berilah mereka kesihatan yang baik, luaskanlah rezeki mereka. Ya Allah berilah aku rezeki yang luas dan tak putus-putus agar aku dapat berbagi dan menyenangkan dengan kedua orangtuaku.  Ya Allah hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati ku ini.  Hanya Engkau yang tahu betapa sayangnya aku kepada mereka.  Ya Allah lindungilah kedua orang tua Ya Allah..Jauhkanlah mereka dari kesusahan, kepertian, penderitaan dan kesakitan.  Rahmatilah mereka dunia dan akhirat Ya Allah.. Amin yarabbalalamin

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya,” telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja..”

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak “kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? “. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi 
tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya”..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. 

kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan menciumm kamu??

 

Tertunailah Janji


Assalamualaikum n salam Khamis semua.  Dag dig dug tah menanti tahun baru? Apa azam baru korang?  Azam tahun ne dah tertunai? Ek elehhh...Nak tanya orang, azam diri sendiri pun tak abis tertunai la, ntah-ntah azam berpuluh tahun lalu pun lum terlaksana lagi, ahahahaaa....



Ok la, hari ne tunaikan janji tentang sample percuma yang Aima dapat berbulan-bulan lepas ^,^.. Punyalah lama nak tunaikan janji, eheheheee...

Korang pun boleh dapat free sample ne, janji tahan lenguh tangan typing kat form dia.  Mula-mula terima sample pertama tu memang Aima teruja sangat, hepi u...  Start hari tu jadilah 'aku seorang perindu' ahahahaa.. Ada gak sample yang sampai sekarang ne belum ambik lagi kat Pejabat Pos.  Belum ada masa nak jalan ambik. tunggu lah ada masa nanti ye.  Dan ada jugak sample yang Aima request lum dapat lagi, entah dapat ke tidak ^,^

K la makin melalut pulak.  Ini lah dia senarai free sample yang Aima dapat, Aima sertakan link nya sekali ye.  Korang boleh masuk kat link tu tuk dapatkan free sample.  Sebelum ne memang Aima amik gambar satu persatu tapi semua dah hilang bila PC Aima kena Virus, nak ambik gambar baru memang malas giler, ehehheee...Tapi Aima ambik gambar sekali harung je ye, pandai-pandailah korang nak zoom yang mana korang nak tengok @,@


1. Susu Enfagrow A+ stages 3 & Stage 4 dari Mead Johnson..dorang bagi free pembaris lagi..color biru gitu 

2. Susu Friso mum gold dari Friso Gold

3. Poise liners & Poise Pads dari Kimberly-Clark 

4. DermaVeen Moisturising Lotion, Moisturising Cream, Everyday Soap Free Wash pH5.5, Oatmeal Shampoo dari iNova Pharmaceuticals 

5. Makanan Kucing dari Fancy Feast Royale Broths  

6. Cerelac (bijiran Bayi Dengan Susu) dari Nestle 

7. Boots Advantage Card dari Boots 

8. Kitchen Digital Timer dari Dear Nestle  

9. Essentiale Forte N Capsules dari Essentiale  

10. Susu Anmum Materna dari Anmum  

11. Krim Wrinkle Correxion & RM500 Voucher dari Only Beauty