Assalamualaikum n selamat petang semua. Aima terbaca artikerl tentang kasih sayang ayah ne dari FB kawan. Ya Allah menitis air mata membacanya. Memang selama ne Aima rapat sangat ngan mama, ngan bapa Aima memang tak berapa rapat sebab bapa Aima ne dari kecik memang garang tapi hati dia baik, lembut, sabar dan penuh kasih sayang. Cuma karakter dan wajah nya saja yang nampak garang. Tu yang buatkan Aima n adik beradik lain takut n tak berapa rapat sangat ngan bapa. Bukan tak nak rapat cuma rasa hormat tu menebal sangat. Cuma sejak akhir-akhir ini, sejak mama masuk hospital beberapa bulan lepas (sekarang Alhamdulillah mama dah ok) barulah jurang antara anak n bapa sedikit demi sedikit kurang. Kami dah boleh diskus tentang penyakit mama (mak kepada Aima ye..) dari hati ke hati. Kami dah berani suarakan pendapat n share pape ngan bapa, Alhamdulillah..
Walaupun bapa Aima ne nampak garang tapi kami tahu hati dia lembut, penuh kasih sayang, penyabar dan tabah. Marah-marah bapa pun ada sebabnya. Ye la bapa mana tak sayangkan anak kan. Bapa marah bukan sebab benci tapi sebab sayangkan anak lah dia marah. Marah-marah sayang. Marah dia pun sekejap je, tak sampai 1 hari tentu sejuk semula.
So kepada anak-anak kat luar sana, jagalah ibu dan bapa sebaik-baiknya. Kerana merekalah kita lahir ke dunia ini. Tanpa mereka kita tak kan dapat mengecapi hidup sekarang. Hargailah jasa mereka membesarkan kita sehingga menjadi seorang insan yang berja hari ini. Mereka tak mengharapkan balasan mahu pun uang ringgit, apa yang mereka nak adalah perhatian dan kasih sayang kita. Jenguklah ibu bapa sementara mereka masih ada, uhuhuuu...
Kepada bapa Aima, Aima n adik beradik semua sayangkan bapa n mama melebihi segalanya. Ya Allah peliharalah kedua ibu bapa ku sebaiknya, panjangkan umur mereka, berilah mereka kesihatan yang baik, luaskanlah rezeki mereka. Ya Allah berilah aku rezeki yang luas dan tak putus-putus agar aku dapat berbagi dan menyenangkan dengan kedua orangtuaku. Ya Allah hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati ku ini. Hanya Engkau yang tahu betapa sayangnya aku kepada mereka. Ya Allah lindungilah kedua orang tua Ya Allah..Jauhkanlah mereka dari kesusahan, kepertian, penderitaan dan kesakitan. Rahmatilah mereka dunia dan akhirat Ya Allah.. Amin yarabbalalamin
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap
hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk
menelefon kita? ayah selalu tanya,” telefon lah anak kita tu tanya dia
macam mana kerja..”
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah
kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih
ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak “kan ayah dah kata
jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? “.
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan
tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin
menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat
berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka
kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu
kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah
hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu
berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan
untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam
buat tak tau tapi
tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat
ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk
mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan
akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan
kita..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya
Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri
kecilku yg manis bersama pasangannya”..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama
cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih
dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar?
masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia?
percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu
lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin
melebihi kerinduan ibu dekat kita..
kita cium pipi ibu, ayah hanya
tersenyum melihat.. tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil
terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita
berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan
menciumm kamu??