Assalamualaikum dan Salam Khamis. Ini kisah dua minggu lepas, lama terperap baru nak update, ehehee.. Anak-anak ada bagi tau nak makan kek coklet lubang-lubang yang macam buat masa Hari Raya, dorang kata dah lama tak makan. So Aima selongkarlah resepi lama dan terjumpa resepi simple ne, memang simple tapi rasa superb. Tapi sayangnya lupa snap gambar, panas-panas lagi dah kena potong. Memang sedap makan panas-panas apatah lagi minum dengan teh tarik kaw kaww, fuhhhh terangkat..
Kalau korang nak cuba boleh try resepi ne. Sorry ye gambar Aima pinjam dari Mr Google, ehehee..
Bahan-Bahanya:-
1 cawan
gula
1 cawan
air panas
1 cawan tepung
gandum
1 cawan
susu pekat
2 sudu teh
soda bikarbonat
4 biji
telur
2 sudu besar mentega
Cara Membuatnya:
Masak gula
dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan
air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan
mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul
telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan
susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan
pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir
sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap
adunan selama lebih kurang 3-4 jam. (Aima perap sejam je)
Bakar
dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam