السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

24 January 2019

Kek Sarang

Assalamualaikum dan Salam Khamis.  Ini kisah dua minggu lepas, lama terperap baru nak update, ehehee..  Anak-anak ada bagi tau nak makan kek coklet lubang-lubang yang macam buat masa Hari Raya, dorang kata dah lama tak makan.  So Aima selongkarlah resepi lama dan terjumpa resepi simple ne, memang simple tapi rasa superb.  Tapi sayangnya lupa snap gambar, panas-panas lagi dah kena potong.  Memang sedap makan panas-panas apatah lagi minum dengan teh tarik kaw kaww, fuhhhh terangkat..

Kalau korang nak cuba boleh try resepi ne.  Sorry ye gambar Aima pinjam dari Mr Google, ehehee..


Image result for kek sarang semut
Bahan-Bahanya:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega
Cara Membuatnya:
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. (Aima perap sejam je)
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam

    1 comment:

    1. According to Stanford Medical, It's indeed the one and ONLY reason women in this country live 10 years more and weigh on average 19 KG less than us.

      (By the way, it is not related to genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to do with "HOW" they eat.)

      P.S, I said "HOW", and not "WHAT"...

      TAP this link to uncover if this quick quiz can help you release your real weight loss potential

      ReplyDelete