Assalamualaikum dan Salam Isnin. Monday blues tak hari ne? Aima buka je monday yang blues hari-hari yang lain pun blues jugak, ahahaa.. Isnin yang sangat memenatkan bagi Aima, Isnin yang membuat Aima terkejar-kejar tak cukup kaki. Hari yang memang tak cukup masa, nak makan pun kadang tak sempat.
Bayangkanlah dari celik biji mata terus prepare bekpes dan bekal untuk Mr Hubby yang kebetulan bulan ini shift pagi setiap hari Isnin. Selesai urusan Mr Hubby kena pulak urus anak-anak yang lain. Semua anak-anak Aima yang hantar sebab Mr Hubby memang tak sempat hantar, sebelum pukul 6 Mr Hubby dan bertolak dari rumah.
Siapkan sarapan untuk anak-anak, arah anak-anak yang 3 orang mandi lagi, nak kemas tempat tidur lagi, fuhhhh.. Anak-anak bujang Aima ne kan if tak dibangunkan memang tak bangun mandilah jawabnya. Adik pulak memang Aima mandikan, dia memang taknak mandi sendiri, manja sangat.
Tapi dalam 4 orang ne Adik lah yang paling awal sarapan, yang lain masih mandi dia dah siap sarapan, Sarapan bagi dia memang penting, takde sarapan menangislah dia, eheheee..
Pukul 7.15 dan keluar rumah. Mula-mula hantar anak no 3 Sekolah Ugama, memang dekat dari rumah tapi anak sekarang mana mahu jalan kaki. Kemudian jalan lagi hantar anak no 2 Sekolah Menengah. Then terus hantar kakak ke Kampus yang jaraknya dari rumah setengah jam itu pun jika tak jem. Lepas hantar kakak rushing lagi hantar adik sekolah, biasanya tepat pukul 8.30 time semua orang dah start belajar dan dah habis 1 subject. Memang ada chance nak jadi Guru Besar, ahahaa...
Mulai tahun ini Adik sekolah sehingga pukul 9.30 sahaja. Tentu korang pelik kan, kejap sangat sekolahnya. Sekolah Ugama pun kurang lebih gak lah, masuk pukul 2 ptg hingga pukul 3 ptg. Adik Sekolah Rendah dalam Tahun 2 dan Sekolah Ugama Darjah Pra. Waktu Darjah Pra Adik sekolah seperti biasa ikut waktu. semua mruid Darjah Pra balik pukul 12, manakala murid-murid dari Tahun 1 - 6 balik pukul 12.30. Kemudian tahun lepas Adik naik Tahun 1 dan balik pukul 12, murid lain balik macam biasa pukul 12.30.
Tapi mulai tahun ini Adik sekolah setiap Isnin-Khamis sahaja dari 7.30-9.30 pagi. Sekolah Ugama pula cuma setiap hari Isnin. Insha Allah nanti Aima share kisah Adik ye, banyak suka duka nya.
Ok kita sambung kisah hari ne, eheheee...Lepas hantar Adik 8.30 terus masuk Office, lewat setengah jam. Kalau kerja tempat lain gerenti dah kena goreng kaw-kaw punya, nasib baik Miss Boss ne penyabar dapat staff macam Aima, Alhamdulillah. Sejam kemudian pukul 9.30 ambil Adik balik sekolah then masuk office balik. Pukul 10.30 keluar lagi ambil anak no 3 pulak balik Sekolah Ugama terus hantar dia balik rumah. Masuk office balik hingga pukul 12.
Sampai rumah duduk sekejap, tak panas pun kerusi, pukul 12.15 terus hantar anak no. 3 Sekolah Menengah, Adik pun angkut sekali. Tunggu lagi anak no 2 balik sekolah hingga pukul 1. Kat Sekolah Menengah ne murid memang diwajibkan sembahyang Fardu Zohor terlebih dahulu baru boleh balik, itu yang keluar smpai dekat pukul 1. Then rushing balik rumah bagi makan Adik, bagi mandi dan sebagainya. 1.30 bawak Adik masuk office jap sebab Kelas dia start pukul 2.
Sebelum pukul 2 keluar lagi hantar Adik, then masuk office. Pukul 3 ambil Adik, masuk office hingga pukul 5. Then zoom terus ke sekolah anak no.3, tunggu hinnga dia keluar 5.40, baru balik rumah, itu pun kalau tak singgah mana-mana beli barang. Nasib baik Kakak Mr Hubby yang ambil sebab Kakak balik pukul 4.30.
Sampai rumah bukak tudung, ganti baju terus siap-siap nak masak tuk malam dan kemas rumah. Ada tokoh ibu mithali tak Aima, uhuhuuuu.. penat giler weiii. Kadang rasa nak nangis tapi dah tanggungjawab kan. Nasib baik hari-hari lain kurang sikit putar sana sini sebab Mr Hubby ada. Aima paling tak suka Mr Hubby shift pagi memang kelam kabut dibuatnya. Rasa nak pitam, rasa nak nangis, huhuuu..
Alamak panjang dah post kali ne. Nanti share blues hari-hari lain pulak ey, ahahaaa... Ok semua panjang umur kita jumpa lagi. Assalamualaikum
If you're trying hard to burn fat then you need to start using this brand new personalized keto plan.
ReplyDeleteTo create this service, licensed nutritionists, fitness trainers, and professional chefs united to produce keto meal plans that are productive, suitable, money-efficient, and delightful.
Since their grand opening in January 2019, hundreds of people have already remodeled their body and health with the benefits a great keto plan can offer.
Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones given by the keto plan.