السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

27 April 2010

isnin datang lagi..tak sangka pantas sungguh hari berlalu..besar sungguh kuasa Allah..syukur Alhamdulillah msh dipanjangkan umur tuk menatap wajah insan2 tersayang..smlm tak dapat tidur nyenyak, tak tahulah nape..rasa cam lama je nak tunggu pagi..cam org angau pun ada..ntahlah labu..

so jam 5.30am Aima dah pun terpacak kat dapur n cari2 apa yg nak dimasak pepagi ne..ag pun smlm lupa nak panggang buah badam yg kawan mintak tolong panggangkan..memang manja kwn Aima sorang ne..tp takpelah skurang2nya dia puji hasil tangan ne f bab pangang memanggang sedap, iye lah 2, eheee..
apa yg korang masak hari ne?emmmm masak lagi yg ditanya, ptot lah baju smua dah cam sarung tibadak =) mcm mana lah nak kurus f hari2 asyik fikir masak n makan..f tak masak tak ada plak nak di makan..cian plak kat mr hubby n anak2..nnti tak pasai2 mogok hubby n anak2, haruuu…tuk bekpes Aima masak mee goreng ngan paru goreng (balance hari 2) n tak lupa jugak telur ½ masak tuk mr hubby..hari2 mesti ada telur ½ cook ne, tak boring ke cik abg?
Aima masuk keja awal hari ne, jam 8 dah terpacak depan ofis (ofis hour mmang jam 8 pun, ahaaaa…) datang awal ne bukan apa, saja je nak ceriakan hari isnin..cos biasa org kata black monday, bukan monday yg black p minda yg blank =) kebetulan plak keje banyak hari ne..ingat ahad kemarin nak siapkan keje yg bertimbun..ia2 je bawak smua paper n doc’s balik rumah p hampeh 1 pun tak terusik, malas tahap otromen..so kena lah datang awal (awal ke???) nasib baik deadline lama lagi..
disebabkan dari pagi dah penat wat keje so masak simple je tuk lunch..ayam kari, telur sweet sour n telur masin..ermmm ayam ayam telur telur..tak boring ke anak2 aku ne mkn ayam n telur..mama dorng yg masak ne plak rasa boring..ermmm takpelah anak2 baru nak membeso..Aima n mr hubby mkn telur masin pun dah cukup..mr hubby cakap tekak dah tak lalu nak mkn ayam hari2..aik! cam majok je hubby aku ne, eheee…takpe lah sekali sekala tukar selera apa salahnya kan =)

Pizza

salam...pandai buat pizza tak? susah kan nk buat roti dia..p ada cara yg senang nak buat pizza ne..Aima pun slalu buat tuk famili..mr hubby suka sangat ngn home made pizza..pandai save budget kn, eheee...anak2 tak suka cos dorng kata tak cheezy cam kat Pizza Hut..ye lah nak oii, caner nak sama, kan mama korang ne bkan tkng masak, emmmm...skdr masak tuk kenyangkn perut sndiri ok lah =) Aima upload pizza yg biasa Aima buat kat umah ey..senang je buat yg penting ada roti pizza..


Pizza Tuna Aima
Bahan2:
roti pizza (ada jual kat supasave)
tuna
mayonis
tomato biji
cili merah
cendawan butang
mozzarella cheese - diparut
sos cili
sos tomato

Cara2nya:
-satukan tuna dan mayonis di dalam mangkuk dan aduk rata
-panaskan roti pizza kedalam micro selama 2 minit
-kemudian sapukan sedikit sos cili dan sos tomato di atas roti roti pizza
-ratakan tuna tadi di atas roti pizza
-susunkan tomato, cendawan dan cili merah ikut suka
-taburkan keju yang diparut di atas pizza
-bakar selama 5 minit atau hingga keju cair

Pizza Ayam Madu Aima
Bahan2:
roti pizza (ada jual kat supasave)
dada ayam - dicincang
2 ulas bawang putih
mayonis
tomato biji
cili merah
cendawan butang
keju keping secukupnya - hiris panjang
sos cili
sos tomato
sedikit bijan
sedikit madu

Cara2nya:
-tumis bawang putih dengan sdikit minyak hingga naik bau
-masukkan ayam dan masak hingga kering
-setelah ayam masak masukkan sedikit madu dan gaul rata, ketepikan
-panaskan roti pizza kedalam micro selama 2 minit
-kemudian sapukan sedikit sos cili dan sos tomato di atas roti roti pizza
-ratakan inti ayam tadi di atas roti pizza
-susunkan tomato, cendawan dan cili merah ikut suka
-taburkan bijan di atas pizza
-susukan cheese yang dipotong panjang di atas pizza
-bakar selama 5 minit atau hingga keju cair