السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

20 August 2012

~SeLaMaT HaRi RaYa~

 
Selamat Hari Raya olz.. F kat negara lain dah pun menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam tapi kat Brunei baru hari ini bermulanya Hari Raya pertama..Lambat sehari dari negara lain.  Takpelah kan ada gak masa tuk membuat persiapan raya yang tak reti nak habis-habis tu, selagi tak raya selagi tu lah tak habis nak pi kedai nak beli itu ini, eheheee...

Semalam Aima tido lewat nak siapkan tempahan kawan.  Nasib baik rumah dah ready bersusun rapi sejak hari Jumaat lagi, Alhamdulillah.  N semalam Aima dah pun susun kuih muih dalam bekas raya, semangat gitu, ahahaaaa....

Sementara anak-anak dah tido Aima n bibik amik la kesempatan yang ada tuk siapkan bahan-bahan tuk di masak pagi ini f tak ready awal-awal gerenti kelam kabut =) So seawal 3 pagi Aima n bibik dah bangun n bermulalah acara masak memasak.

Kawan Aima tu oder mee goreng 2 masakan, daging rendang, ayam 2 masakan, 3 jenis biskut, 2 jenis kek, 2 jenis makanan bergoreng n 1 kuih melayu.  Insya Allah nanti Aima share apa yang Aima masak tuk kawan Aima tuk ek..

Sekarang Aima nak mintak diri dulu nak sambung acara perang kuali ngan bibik, eheheee....

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, mohon Maaf Zahir & Batin