السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

02 February 2012



salam malam jumaat.. boringnya malam ne apa tah lagi Mr Hubby shift malam, alangkah sunyinya. anak2 pun awal lagi dah tido, penat sangat nampaknya.  tinggal kakak je yang masih celik, tak lain tak bukan, bukak FB lah tu, ermmmm.. anak2 zaman sekarang.  tengahari tadi masak yang paling simple, macam kata arwah nenek, pejam mata pun boleh buat, boleh ke nek?? nanti tak pasal2 hangus kuali bila masak pejam mata, ampun nek, eheeee... nak tau Aima masak apa tengahari tadi? cuba teka...uhuuu.. ok f nak tau Aima tadi goreng cornbeef je, ahaaa... tak sempat nak masak apa2.  lunch time ofis kul 12.  pas tu terkejar2 lagi nak ambik abang yang 2 orang tu dari sekolah.  nasib baik kakak, Mr Hubby yang hantar, f tak mau tak cukup tangan pulas stering. dan nasib baiklah anak2 Aima termasuk Mr Hubby f makan tengahari tak lah cerewet sangat, faham kot yang wife n mama dorang ne sibuk ngalahkan Guard, eheee...masa ne pulak makin kita nak kejar makin cepat dia berputar, ermmm
balik keje kul 5, bergegas lagi beli bahan tuk masakan, dari supermerket ke gerai sayur.  lagipun nak masak tuk hantar kat Mr Hubby yang keje shift malam.  kesian gak sebab dia tak sempat nak beli makanan tuk malam ne.  sebagai isteri mithali kenalah berkorban masa sedikit, uhuk2x... 

kat supermartket tadi beli ayam, daging, tulang daging tuk simpan dalam freezer, maklumalah freezer banyak tempat kosong yang nak kena isi. sayur pulak Aima beli terung n kacang bendi.  dah plan nak masak sambal terung n kacang bendi tu nak masuk dalam ikan kari, fuhhhh!!!

so petang tadi Aima masak udang sweet sour, terung sambal n tongkeng goreng.  simple tapi feberet mr Hubby n anak2..kul 5.45 dah buat itu ini, kopek udang, potong sayur dan bersihkan tongkeng.  nasib baiklah anak2 tak merengek mintak itu ini n nasib lah adik main ngan bibik so dapatlah buat keje secepat yang mampu.  Mr Hubby pun col n sms bnyak kali tanya kul brapa nak datang, ne lapar sangat ke, ke rindu nak jumpa Aima, ahakkk2x...
dan alhamdulillah kul 6.45 semua dah siap masak.  lepas mandi, dah siap cantik2 (tekan butang masuk lif, ehee...)  n tengok semua dah ready, terus stat kereta n zoom pi tempat Mr Hubby keje.  Aima jalan ngan abg je sebab abang yang kedua n kakak tak nak ikut.  adik pulak asyik ngekor Aima je ngan walker dia, alahai ciannya anak mama. tapi apa boleh buat Aima tak dapat nak bawak jalan, sebab dah maghrib, lagipun Aima kuar sekejap je, maafkan mama ye sayang, uhuuu...
sampai tempat Mr Hubby keje, tengok Mr Hubby dah tunggu, siannya daling aku.  boring agaknya keje sorang2, kebetulan pulak kawan Mr Hubby tak dapat masuk keje malam ne, ada hal yang tak dapat di elakkan.  so Mr Hubby kata masuklah dulu tunggu sampai dia habis makan baru balik.  manja gak daling aku ne, eheee...  sebagai isteri solehah Aima tunggulah sampai Mr Hubby habis makan sambil citer2 n gurau2.  Mr Hubby makan ngan abang je, Aima f masak sendiri memang tak berapa lalu nak makan, dah kenyang cium bau kot. lepas Isya barulah Aima n abang balik.  sedih lak rasa nak tinggal Mr Hubby ne, uhuuu... tapi apa boleh buat bertugas untuk Negara dan rumahtangga.
ermmm...ngantuk dah rasanya, semalam pun tak lena tido, bukan semalam je, dah bermalam2 macam ne tapi takpe demi anak2 Aima sanggup bersengkang mata hingga sembap muka, eheee... k la olz, sealamt malam, panjang umur jumpa lagi di lain n3.. papai m assalammualaikum.. jangan lupa berselawat n baca doa sebelum tidozzzzzzzzzzzzzz.........

6 Keistimewaan Wanita Kerana Rahimnya


~ Dia bekerja dengan Allah jadi ‘kilang ‘manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
~ Cuti bersalin juga sehingga 105 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang, sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
 
~ Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita  kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

~ Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, keseluruhan kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
 
~ Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
 
 
~ Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA....

Telur Bersalut Daging Kisar


Salam khamis semua. tentu malam ne tenang sikit kan, ye lah besok anak2 tak sekolah so dapatlah awal masuk tido n lewat bangun esok pagi.  tambahan lagi mr hubby keje malam ne, boringlah.  F tak keje dapatlah pi pasar malam n dapatlah escape masak, eheee... Petang tadi Aima try masak telur bersalut daging kisar.  Resipi ne Aima dapat dari majalah Rasa.  Alhamdulillah menjadi jugak resipi ne walaupun kali pertama buat.  Anak2 pun suka sampai tak sempat nak snap gambar.  Anak2 kata sedap, alhamdulillah.  so Aima pinjam lah dulu gambar dari majalah Rasa, nanti f Aima buat lagi sekali Aiam tukar gambar ne ok, eheee...

Bahannya:
Daging kisar secukupnya
4 biji telur rebus (buang kulit)
Tepung gandum
1 biji telur – dipukul ringan
Daun sup – dihiris
Garam
Lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara2nya:
- satukan daging kisar bersama garam, lada sulah dan daun sup
- gaulkan hingga sebati dan bahagikan kepada 4 bahagian
- kemudian salut daging tadi pada telur rebus hingga daging betul2 melekat pada telur
- golek telur bersalut daging pada tepung gandum lalu dicelup dalam telur
- goreng hingga kekuningan

p/s: Untuk sos Aima buat macam ne.  Tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan.  Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.  Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan 2 biji tomato yang di potong dadu.  Perasakan dengan garam dan gula.  masak hingga sedikit pekat.  bolehlah di hidangkan bersama telur tadi..  Selamat mencuba!!!

Pedoman Suami Isteri

Pedoman utk isteri
 
~ Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya.

~ Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga.

~ Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial.
 
~ Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri.

~ Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan.

~ Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah.

~ Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai..

~ Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda
an perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya.

~ Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan
tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya.

~ Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat.

~ Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya .

~ Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami.

~Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda dihati mereka.

~ Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senang dan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga .

~Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai.

~ Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami.

~ Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan.

Pedoman Suami Isteri

Pedoman utk suami
~ Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai.

~ Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar

~ Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun
~ Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati

~ Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan

~ Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak-budakan isteri.

~ Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya.

~ Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

~ Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri.

~ Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda.

~ Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan.

~ Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian.
~ Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan.

~ Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya .

~ Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri.

~ Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami.

~ Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri.

~ Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan.

~ Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan.

~ Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga.

~ Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan.

~ Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi.

~Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya .
~ Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya.

~ Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri.

~ Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka.

Mutiara Kata: 
"Malam itu panjang dan jangan dipendekkan dengan tidur, Siang itu terang dan jangan digelapkan dengan dosa, Hati yang gersang, suburkanlah dengan zikrullah"

Kisah Pedoman Buat Isteri


Kisah bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.  3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." 

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" 

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." 

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." 

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." 

"Puaskah Siti sayangku..?" 

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Penawar Daripada Teh Hijau


 
  Teh merupakan salah satu minuman paling popular di dunia.  Meskipun diminum kosong atau ditambah perisa buah-buahan, hirisan lemon mahupun susu pekat berkrim, ia ternyata mempunyai pesona tersendiri.  Terdapat pelbagai jenis teh dengan pengeluar terbesar didunia ialan negeri China, India, Afrika dan Jepun.  Teh bukan sahaja di datangkan dalam bentuk serbuk kering tetapi kini telah dibuat dalam bentuk uncang.

Asal-Usul:
Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan Camellia senesis.  Ia berasal daripaa Negara China dan seterusnya merebak ke negara Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Asia Timur.  Terkini, teh hijau juga ditanam secara meluas di Negara barat.

Minuman teh hijau ini mula diperkenalkan pada zaman dinasti Song dan dibawa ke Jepun oleh Myoan Eisai, seorang sami.  Di Negara Jepun pula, teh hijau dipanggil teh ‘Ocha’ atau teh Jepun ‘Nihoncha’.
Terkini serbuk teh hijau bukan sahaja digunakan dalam minuman semata-mata.  Ia juga diproses untuk dijadikan serbuk bagi tujuan kulinari.  Terdapat pelbagai masakan yang boleh dimasakkan berasaskan serbuk teh hijau.  Antaranya pencuci mulut seperti aneka kek, pastry dan jeli.
TEH HIJAU/JASMINE
Daunnya berwarna hijau terang dan memiliki aroma yang lembut dan harum serta enak dihidangkan begitu sahaja tanpa perlu ditambah susu atau bahan perisa yang lain.

Cara menyimpan:
Simpan ditempat yang kering selama tempoh setahun sahaja.

Cara menyediakan:
Masukkan satu sudu serbuk teh hijau ke dalam teko dan bancuhkan air panas.  Biarkan selama satu hingga dua minit.  Kacau rata sebelum dituangkan ke dalam gelas.

Khasiat:
Tehe hijau mengandungi khasiat tersendiri.  Antaranya ia dikatakan dapat melindungi payudara daripada serangan kanser.  Menurut kajian penyelidik dari Amerika Syarikat, kerap meminum teh hijau adalah langka bijak bagi mencegah kanser.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Cellular Biochemistry, edisi Julai 2001, kandungan polifenol yang sangat banyak terdapat dalam teh hijaulah yang berperanan penting menghalang kemaraan kanser.  Polifenol termasuk dalam kategori antioksidan yang sangat ampuh.  Ia akan meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kanser tersebut.  Menurut kajian itu lagi, daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol.  Selain berperanan memerangi kanser payudara, ia juga berkhasiat mengurangkan risiko penyakit kanser paru-paru, usus, hati dan pancreas.

Antara khasiat lain teh hijau ialah:
  • Mengawal tekakan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II
  • Membantu mengawal paras gula darah
  • Menguatkan sistem imun
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Menggalakan pembakaran lemak.  Kehilangan lemak yang dilihat pada peminum teh hijau lebih khusus kepada lemak di bahagian viscera iaitu lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindorm metabolic dan diabetes jenis 2.  Tiga komponen utama perawatan yang penting ialah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastric dan pancreas untuk penghadaman.

Semua Tentang Kalsium


-Segelas susu memberikan anak anda 250mg hingga 500mg kalsium untuk tubuh.
-Berikan dua gelas sehari untuk kalsium yang mencukupi.
-Kalsium yang terdapat dalam susu lebih mudah diserap ke dalam tubuh berbanding makanan daripada susu lain.
-Kalsium membantu proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan sebagainya.
-Membina asas tulang yang kuat serta perkembangan gigi dan kuku

Glosari


Babka
Sejenis roti yis manis yang di adun bersama badam, kismis dan kulit oren.
Serbuk Roti
Diperbuat daripada roti yang diparut halus.  Biasanya dijadikan salutan untuk makanan lain terutamanya untuk salutan roti dan pastry.

Focaccia
Roti minyak zaitun Itali agak mendatar dan berbentuk empat segi atau biasanya bulat.  Teksturnya hampir seperti kek tekstur dan mempunyai rasa herba-herba seperti rosmeri atau selasih.  Dihias atasnya dengan buah-buah zaitun.  Di dalamnya di isi dengan kepingan daging dan keju.

Garam Masala
Garam ialah perkataan India yang bermaksud panas.  Perasa yang diperbuat daripada campuran rempah ratus musim sejuk ini dipanggang kering dan dikisar.  Terdapat pelbagai jenis garam masala yang terdiri daripada 12 jenis rempah seperti lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cili kering dan banyak lagi.

Capati
Roti bulat nipis yang berasal dari India.  Secara tradisional dibuat menggunakan tepung gandum tulen.  Ia dimasak di atas kuali leper dengan suhu tinggi.  Dohnya diperbuat daripada adunan tepung, air dan garam.

Kupang
Sejenis kerang-kerangan yang mudah diperolehi dan murah.  Rasanya enak dan biasanya dijadikan hidangan makanan laut.

Jeli
Jeli adalah sejenis pencuci mulut diperbuat daripada gelatin atau jeruk buah seperti jem.  Jeruk buah dibuat dengan memasak buah-buahan bersama gula.

Matzo
Roti rangup tidak beragi yang kering.  Dibakar bagi mengelak penapaian berlaku.  Bahan-bahan biasa termasuk tepung gandum dan air.

‘Bath Bun’
Ada yang mengatakan ia berasal daripada sebuah Bandar di England pada abad ke 18.  Ia merupakan sejenis roti yis buah-buahan, anggur dan kismis yang diselaputi gula.

Banana Split
Sejenis pencuci mulut yang diadun dari beberapa biji pisang yang disusun di dalam mangkuk bujur.  Di atasnya dilitupi dengan aiskrim dan dicurahkan sirap manis, coklat cair dan sebagainya.

Morel
Merupakan cendawan liar yang boleh didapati di sepanjang kepulauan British.  Batangnya berwarna kuning gading dan mempunyai topi berbentuk kon, ia tumbuh di kawasan kering dan berpasir.  Cendawan liar yang mempunyai struktur berongga ini amat dihargai kerana keenakan rasanya