Salam khamis semua. tentu malam ne tenang sikit kan, ye lah besok anak2 tak sekolah so dapatlah awal masuk tido n lewat bangun esok pagi. tambahan lagi mr hubby keje malam ne, boringlah. F tak keje dapatlah pi pasar malam n dapatlah escape masak, eheee... Petang tadi Aima try masak telur bersalut daging kisar. Resipi ne Aima dapat dari majalah Rasa. Alhamdulillah menjadi jugak resipi ne walaupun kali pertama buat. Anak2 pun suka sampai tak sempat nak snap gambar. Anak2 kata sedap, alhamdulillah. so Aima pinjam lah dulu gambar dari majalah Rasa, nanti f Aima buat lagi sekali Aiam tukar gambar ne ok, eheee...
Bahannya:
Daging kisar secukupnya
4 biji telur rebus (buang kulit)
Tepung gandum
1 biji telur – dipukul ringan
Daun sup – dihiris
Garam
Lada sulah
Minyak untuk menggoreng
Cara2nya:
- satukan daging kisar bersama garam, lada sulah dan daun
sup
- gaulkan hingga sebati dan bahagikan kepada 4 bahagian
- kemudian salut daging tadi pada telur rebus hingga daging betul2 melekat pada telur
- golek telur bersalut daging pada tepung gandum lalu
dicelup dalam telur
- goreng hingga kekuningan
p/s: Untuk sos Aima buat macam ne. Tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan 2 biji tomato yang di potong dadu. Perasakan dengan garam dan gula. masak hingga sedikit pekat. bolehlah di hidangkan bersama telur tadi.. Selamat mencuba!!!