Assalamualaikum. Selamat hari Isnin, hari yang selalu dikaitkan dengan Monday Blues. Memang blues pun, ahahaa.. Bagi Aima kan Isnin ne hari yang paling liat sekali nak masuk opis. Hari yang kalau boleh di ubah, nak ubah jadi Ahad semula, punyalah malas nak pi keje. Bangun tidur subuh tu kan Aima cakap kat diri sendiri, hari ne Isnin ke Ahad, dengan harapan masih lagi hari Ahad😁
Tapi siapalah kita nak merubah hari. So nak tak nak kena lah jalani. Bangun dari tidur masih bernafas dan sihat walafiat tu dah bersyukur sangat, Alhamdulillah terima kasih ya Allah masih memberikan diriku umur yang panjang dan badan yang sihat.
So seperti biasa selesai mengerjakan suruhanNya, kena lah masuk opis kat rumah dulu aka dapur. Korang tau tak otak ne kadang blank nak masak apa tuk pagi, tengahari dan petang. Tepu dah otak asyik fikir nak masak apa, nak buat apa, nak uruskan apa. Dah tak tau nak masak apa kat rumah. Kalau sebelum ne pagi-pagi Aima tak lah serabut sangat seperti sekarang. Gerai sebelah rumah Aima ada jual nasi campur dari Isnin hingga Sabtu, so jika malas nak masak sarapan Aima beli je kat gerai kakak sebelah. Anak-anak pun suka.
Sejak awal bulan ne kakak tu dah pindah gerai dah, maka bermulalah pening kepala mikir nak masak apa setiap pagi. Kalau korang ada baca blog Aima dari awal tentu korang tahu yang anak-anak Aima memang jenis sarapan dengan nasi dan kuih muih. Dah jadi kebiasaan dari kecil lagi. So sorang-sorang bangun je dari tidur, cuci muka, terus masuk dapur tengok apa mama dia ne masak.
Anak-anak yang besar pandai ambik sendiri makanan, letak je atas meja atau dalam periuk tahulah dorang ambik sendiri. Kecuali yang bungsu dia kena disediakan. Anak-anak yang lain Aima tak lah risau sangat, kalau yang bungsu ne Aima kena pastikan dia kenyang dulu sebelum Aima pi keje. Dia takkan makan kalau bukan Aima yang masak. Misalnya telur dadar kalau kakak atau abang dia yang masak memang dia taknak, mesti mama dia ne yang masak. Dah dia kenyang, senanglah mama dia ne pi keje.
Korang pasti ingat anak Aima tu mengada kan, ahahaa... Sebenarnya anak bungsu Aima tu anak special, anak calon Syurga, insya Allah. Di umur 5 tahun dia disahkan ASD oleh doktor pakar. Nanti ada masa Insya Allah Aima share kisah dia.
Ok lah korang Aima undur diri dulu ok, nak ready balik lunch. Lunch hour kat office Aima pukul 12 hingga pukul 1. Dalam masa rehat 1 jam ne memang terkejar-kejar nak masak, kadang-kadang Aima beli je nasi katok atau nasi campur, jika malas nak singgah kita masaklah makanan dalam tin😂. Tambah lagi kalau lepas tengahari nanti Aima ada urusan keje maka masak cincai sap sap sui jelah janji perut suami dan anak-anak terisi, ahahaaa..
Ok korang jumpa lagi nanti. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment