السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

22 April 2010

Roti Naan

pernah makan roti naan?? roti ne makanan bangsa India, Pakisatan dan yg seangkatan dengannya..resipi roti naan ne Aima minta dari kawan yang berasal dari India..pnah satu pagi kwn tu makan roti naan tuk bekpes n cicah ngan kuah kari..tengok cam sdap je..ada gak dia offer kwn2 mkn sama tapi masa tu Aima tak makan cos dh biasa bekpes kat umah..p smpat gak mntak resipi dia tuk try bila ada masa nnti..ne dh lama terperap (seb baik tak basi) f ada yg nak try ne Aima sisipkan resipi Roti Naan

Bahan2:
125 gm tepung serbaguna
3 gm yis
1 sudu jintan putih
15 gm gula
8 gm mentega
8 gm minyak masak
1 biji telur
40 ml air suam
50 ml susu suam
sedikit bijan – untuk hiasan
mentega cair – sebagai bahan pengilat

Cara2nya:
-pukul mentega, gula, minyak masak, telur dan jintan putih hingga rata
-masukkan air dan susu, pukul lagi hngga sebati
-masukkan tepung yang telah dicampur yis sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh lembut
-uli dengan tangan dan tutup dengan tuala lembab. rehatkan 10 minit
-setelah doh naik, bahagiakan beberapa bahagian dan bulatkan seperti bebola. rehatkan lagi selama 20 minit
-tekan2kan doh hingga sedikit leper. Sapukan atas doh dengan mentega cair dan taburkan dengan bijan
-bakar selama 20-30 minit pada suhu 180c
-sedap dimakan ngan kuah kari, nyum nyum...

Keistimewaan Dua Ayat Akhir At Taubah

Barangsiapa yg setiap harinya membaca 2 ayat ini sebanyak 7x ulang sesudah solat fardu , maka :

-Jika dia seorg yg lemah, maka akan jadi kuat

-Jika dia seorg yg hina,maka akan jadi mulia

-Jika dia seorg yg kalah ,maka akan segera mendapat pertolongan

-Jika dia seorg yg berkesempitan ,maka akan mendapat kelapangan

-Jika dia seorg yg berhutang ,maka akan segera dpt membayar

-Jika dia seorg yg berada dlm kesusahan ,maka akan hilang kesusahannya

-Jika dia seorg yg sulit dlm penghidupan ,maka akan segera mendapat kelapangan hidup
Salam olz…hari ne adalah hari malas masak serumah =) betul2 malas lah nak masak hari ne..pagi2 je masak ckt tuk bekpes cos cian kat anak2 nak gi skolah..p yg hot nya dh siap masak anak2 kata tak nak bekpes lah, beli je kat sklah, alahai anak aku...pg ne Aima masak meehoon goreng n roti celup telur je, simple mimple..ok lah tuk alas perut..

tuk lunch tapau je..kebetulan plak ada urusan ngan Jbtn Kerajaan so singgah lah skejap ke Bangunan Sumbangsih Mulia yg menyumbang bnyk pilihan makanan n menumbangkan duit poket, berpinar bijik mata tengok pilihan yg ada..f ikut kata hati smua nak di rasa p bila ingat2 badan dah kembang setaman, emmm tk jadi lah..beli je apa yg patot..tak payah lah masak tuk lunch time..dapat gak rehat jap..so Aima tapau soto ayam+hati buyah feberet mr hubby..nasi lemak pusu kesukaan anak2..n cucur udang I likeee…
Ptg plak mr hubby cakap tak payah masak tuk mlm cos nak beli barang cikit, yebedubeduuuu...ag pun mr hubby kata dia penat nak tidur awal mlm ne, emmmm…pelik kn? cam mr hubby plak yg nak masak, eheee..p best gak dpt la gas rehat hari ne..so tapau mee goreng ayam n daging kat resto.. aik!!! baru prasan dari pagi pai mlm asyik mkn mee je kan?? F hari2 mkn mee, tak sanggup mak..
Gaknya hari ne mr hubby nak bg Aima cuti, ahaaa… hari2 camne kan best, dpt lah baring2 awal tengok tv =)..k la olz..jumpa g lain hari ey..salam n nytezzzz…

Kuih Lenggang (Kuih Ketayap)

salam pagi rabu..tntu smua dah tau kuih tradisional ne kan..kat Brunei di panggil Kuih Lenggang, myb sbb diambil nama sempena melenggang adunan tepung semasa proses untuk buat kulit didalam pan (dlm bahasa Brunei 'plinggangan')..myb sal tu lah nama dia Kuih Lenggang, eheee...kuih lenggang ne bnyk di jual di gerai2, tamu, pasar malam dan kedai2 runcit..rasanya manis dan lemak..

Bahan2 Untuk Kulit:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
secubit garam
1 sudu besar air pandan
1 biji telur
sedikit pewarna hijau

Bahan2 Inti:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula
secubit garam
sedikit air

Cara membuat kulit:
-campurkan semua bahan dan pastikan tidak terlalu pekat dan tapis
-panaskan kuali leper (pan non stick) dan sapu minyak bersama daun pandan
-masukkan satu sudu besar adunan tepung dan lenggang2kan (pusing2kan) hingga rata dan menjadi kuih dadar
-angkat dan ketepikan

Cara membuat inti:
-masak gula bersama air dan daun pandan sehingga larut dan pekat
-setelah pekat, masukkan kelapa parut dan secubit garam
-masak hingga kering dan bertukar warna kekuningan
-kemudian bubuh inti di atas kulit tadi dan gulung
-sedia tuk dihidang

Sekaya Labu

sebelum ne Aima ada share bingka labu so hari ne Aima share sekaya labu plak..anak2 suka mkn sekaya ne sbb rasa dia lembut bila di makan..resipi pun simple..senang nak cari bahan2 ne kat rumah..try ey..


Sekaya Labu
Bahan2:
1/2 biji labu kuning
5 biji telur
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
sedikit pewarna kuning


Cara2nya:
-rebus buah labu n lecek hingga lumat
-masukkan labu dan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga halus.
-panaskan kukusan
-alas loyang dengan kertas minyak dan sapu sedikit marjerin
-tuangkan bahan yang di blend tadi ke dalam loyang ukuran
-kukus selama 30 minit atau hingga kuih masak (cucuk dengan garfu, jika tidak ada yang melekat tu tandanya dah masak)
-sejukkan dahulu sebelum dipotong