السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

22 April 2010

Kuih Lenggang (Kuih Ketayap)

salam pagi rabu..tntu smua dah tau kuih tradisional ne kan..kat Brunei di panggil Kuih Lenggang, myb sbb diambil nama sempena melenggang adunan tepung semasa proses untuk buat kulit didalam pan (dlm bahasa Brunei 'plinggangan')..myb sal tu lah nama dia Kuih Lenggang, eheee...kuih lenggang ne bnyk di jual di gerai2, tamu, pasar malam dan kedai2 runcit..rasanya manis dan lemak..

Bahan2 Untuk Kulit:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
secubit garam
1 sudu besar air pandan
1 biji telur
sedikit pewarna hijau

Bahan2 Inti:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula
secubit garam
sedikit air

Cara membuat kulit:
-campurkan semua bahan dan pastikan tidak terlalu pekat dan tapis
-panaskan kuali leper (pan non stick) dan sapu minyak bersama daun pandan
-masukkan satu sudu besar adunan tepung dan lenggang2kan (pusing2kan) hingga rata dan menjadi kuih dadar
-angkat dan ketepikan

Cara membuat inti:
-masak gula bersama air dan daun pandan sehingga larut dan pekat
-setelah pekat, masukkan kelapa parut dan secubit garam
-masak hingga kering dan bertukar warna kekuningan
-kemudian bubuh inti di atas kulit tadi dan gulung
-sedia tuk dihidang

No comments:

Post a Comment