السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

24 December 2013

Makanan Yang Dapat Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Assalamualaikum..Terajin pulak hari ne nak update blog, selalunya malas manjang, ehehee..  Ada tak sape-sape yang ada tekanan darah tinggi?  Aima pun ada lah, uhuhuu.. Dulu-dulu ok je, jangan kata tinggi, kurang darah ada lah.  Tapi sejak sakit mata masa trimester akhir pregnant kan Adik.  Masa tu memang tak cukup tidur, time jumpa doktor gynae tu, Ya Allah mencanak naik BP Aima tau pai Doktor pun geleng-geleng kepala, uhuhuuu...

Dan sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi pulak high BP Aima ne.  Pernah sekali tu Aima pitam kat opis, dunia ne terasa gelap je, nasib baik ada kawan yang sempat paut masa nak tumbang tu, kalau tidak dah takde lagi lah puan blog ne, Nauzubillah, uhuhuuu...

BP Aima sekarang ne memang jarang sangat turun dari 140.  Pernah gak naik sampai 160, ngeri gak di buatnya. Doktor kat klinik pun dah cakap kena start makan ubat darah tinggi dah, alamak!!!  Tapi dah memang degil ne kan, degil jugak, ahahaa... Aima makan bila kepala rasa sakit sangat atau bila cek BP tinggi sangat baru tercari-cari mana simpan ubat, ehehee... Bukan apa, bila makan ubat darah tinggi, bukan jadi baik malah semakin pening dan mual hingga ke malam, tu yang malas nak makan ubat.  Ke ubat tu tak ngam kat Aima???

Lagi satu, Aima tak nak lah hidup terus bergantung kat ubat je.  Aima ada gak try mana-mana petua atau tips yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi.  Petua kat bawah ne Aima dapat dari Mr Google gak, mana tau korang nak try..

Selamat mencuba ye ^,^   


1.   Susu Skim
-   Putih susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim – bukan sekadar susu atau skim biasa!


2.   Bayam
-   Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan tekanan darah. Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda! Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan!


3.   Kuaci
-   Kuaci ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan. Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4 cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat! Pastikan anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci mulai sekarang!


4.   Kekacang
-   Penuh nutrisi dan versatil! Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau, masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh! Tambahkan kekacang ke dalam salad atau sup anda. P/s: Ianya menjimatkan!


5.   Ubi Kentang
-   Ubi kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan! Manakala bagi melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium!

6.   Pisang
-   Ramai yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda! Mulakan hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum!

7.   Kacang Soya
-   Satu lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal berseri! Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang!


8.   Coklat Gelap
-   Hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18 minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko. Tapi awas, jangan berlebih-lebihan, kerana coklat juga tinggi kalorinya.

Persiapan Suami Vs Persiapan Isteri


 
Assalamualaikum n selamat petang semua.. Harap korang semua sihat sentiasa, amin.  Tak terasa seminggu je lagi kiter nak menyambut Tahun Baru 2014.  Cepat je rasanya tahun 2013 berlalu meninggalkan kita.  Rasa macam baru je sibuk beli barang keperluan sekolah anak-anak, sekarang dah sibuk lagi.  Korang dah buat persiapan anak sekolah?  Alhamdulillah Aima dah settle dari bulan November lagi, sebab tak nak kelam kabut n berebut dengan orang yang dapat bonus minggu ini.  Maklumlah kiter ne tak dapat bonus lagi, uhuhuuuu...

Dan ini juga berdasarkan dari pengalaman Aima n Mr Hubby sendiri semasa kakak baru nak masuk Darjah 1.  Masa tu memang tak terfikir nak beli awal, maklumlah anak baru sorang masuk sekolah so beli lewat pun takpe.  Lagi pula nak tunggu bonus Mr Hubby, dapat gak wife dia ne tumpang sekaki beli novel, ngeeee...

Pagi ne dapat bonus, tengah hari terus zoom pi kedai.  Sekali masuk kedai buku, fuhhhhh punya sesak ngan orang. amik kau, ahahahaaa.. So sejak hari tu, tak nak lagi lah beli buku n perkakas sekolah anak-anak last minit, mesti beli awal.  Dapat je senarai buku dari Sekolah terus zoom pi kedai beli buku.  Cuma pakaian sekolah beli lewat sikit tapi tak nak lah tunggu saat orang terima gaji, tak larat I nak berasak-asak, eheheee...

Alamak!!! Out of topic la pulak, lain topic lain n3,  ahahaaa.. 

Aima nak share senario di bawah ne.  Memang ngam sangat ngan kaum wanita kan? Isteri sibuk uruskan anak-anak, mandikan, pakaikan baju n siapkan anak-anak, kecoh sana sini sampai diri sendiri belum siap lagi.  Suami pulak cuma sibuk siapkan diri sendiri.  Dah dia siap, marah pulak isteri belum siap-siap lagi, ayoyoooo... Mana tak darah tinggi..

Tapi di pihak Aima, Alhamdulillah Mr Hubby ada gak tolong siapkan anak-anak. dari anak-anak kecik hinggalah sekarang.  Tq laling, eheheee...

So kepada para suami, bantu-bantulah isteri tu, jangan fikirkan diri sendiri je. Isteri ne dah susah payah n letih tahap apa dah kat rumah, belum lagi bagi wannita yang bekerjaya, leiht giler beb.. Jadi apalah salahnya bantu siapkan anak-anak seperti pakaikan baju ke, sarungkan kasut ke..Bukan anak orang lain, anak ekau jugak, eheheee...  Isteri pun nak jugak ada masa nak siapkan diri, tak lah kelam kabut nak berhias.  Bila isteri cantik, suami jugak yang kena puji, kan kan kan... @,@

Jangan marah ye, nanti lekas tua, eheheee....