Showing posts with label info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info Kesihatan. Show all posts

02 October 2018

Tumbuhan Herba Untuk Kesihatan



1. Baru Cina
Memperbaiki sistem peredaran darah secara menyeluruh, membantu mencegah dan memperbaiki sumbatan-sumbatan yang berkemungkinan ada pada pembuluh darah.


 2. Buah Makasar:
 Bersifat hemostatik di mana ia boleh menghentikan pendarahan pada saat berlakunya strok. Namun begitu, jika pengubatan hanya berdasarkan pada buah makasar sahaja, hasil yang diperolehi tidak akan mencapai tahap yang maksimum. Penggunaannya perlu dikombinasikan dengan tanaman herba lain yang dapat membantu merawat strok secara menyeluruh.


3. Daun Dewa
Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencairkan bekuan darah yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Ia juga digunakan untuk membaiki aliran darah secara menyeluruh dan berperanan untuk mencegah berlakunya penggumpalan darah dan mencairkan bekuan darah pada pembuluh darah.


4. Pokok Ati-Ati
Bersifat antikaogulan dan mampu mencegah berlakunya penggumpalan darah. Namun penggunaannya perlu dikombinasikan dengan herba lain untuk menghasilkan kesan yang lebih maksimum.


5. Jati Belanda
Berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dan mencegah penimbunan kolesterol di dalam pembuluh darah. Penimbunan kolesterol dalam darah akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan punca berlakunya serangan strok.

 
6. Mengkudu
Menurunkan tekanan darah tinggi ke tahap normal. Ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

 
7. Mahkota Dewa
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan stamina agar pemulihan kesihatan selepas berlakunya serangan strok dapat dilakukan dengan cepat.

8. Pegaga
Membaiki pembuluh darah yang telah rapuh, menurunkan tekanan darah ke tahap normal. Meningkatkan lagi kekuatan dengan pembinaan sel baru yang boleh menguatkan sel pembuluh darah serta mengurangkan tekanan darah.

9. Pulai
Berperanan menurunkan tekanan darah ke tahap normal serta melancarkan aliran darah.

 
10. Sambung Nyawa
Bersifat anti inflamasi, mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar gula dalam darah, melancarkan fungsi ginjal dan diuretik.

11. Hempedu Bumi
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah serta meningkatkan imunisasi bagi penghidap strok.

12. Sembung
Menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.
13. Temu Putih
Mencegah penggumpalan darah, mencairkan bekuan darah, melancarkan sistem aliran darah serta menghentikan pendarahan selepas berlakunya serangan strok.

14. Jintan Hitam
Menjaga kestabilan kolesterol di dalam darah, meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah sehingga dapat mencegah berlakunya penggumpalan di dalam pembuluh darah.


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

24 December 2013

Makanan Yang Dapat Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Assalamualaikum..Terajin pulak hari ne nak update blog, selalunya malas manjang, ehehee..  Ada tak sape-sape yang ada tekanan darah tinggi?  Aima pun ada lah, uhuhuu.. Dulu-dulu ok je, jangan kata tinggi, kurang darah ada lah.  Tapi sejak sakit mata masa trimester akhir pregnant kan Adik.  Masa tu memang tak cukup tidur, time jumpa doktor gynae tu, Ya Allah mencanak naik BP Aima tau pai Doktor pun geleng-geleng kepala, uhuhuuu...

Dan sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi pulak high BP Aima ne.  Pernah sekali tu Aima pitam kat opis, dunia ne terasa gelap je, nasib baik ada kawan yang sempat paut masa nak tumbang tu, kalau tidak dah takde lagi lah puan blog ne, Nauzubillah, uhuhuuu...

BP Aima sekarang ne memang jarang sangat turun dari 140.  Pernah gak naik sampai 160, ngeri gak di buatnya. Doktor kat klinik pun dah cakap kena start makan ubat darah tinggi dah, alamak!!!  Tapi dah memang degil ne kan, degil jugak, ahahaa... Aima makan bila kepala rasa sakit sangat atau bila cek BP tinggi sangat baru tercari-cari mana simpan ubat, ehehee... Bukan apa, bila makan ubat darah tinggi, bukan jadi baik malah semakin pening dan mual hingga ke malam, tu yang malas nak makan ubat.  Ke ubat tu tak ngam kat Aima???

Lagi satu, Aima tak nak lah hidup terus bergantung kat ubat je.  Aima ada gak try mana-mana petua atau tips yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi.  Petua kat bawah ne Aima dapat dari Mr Google gak, mana tau korang nak try..

Selamat mencuba ye ^,^   


1.   Susu Skim
-   Putih susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim – bukan sekadar susu atau skim biasa!


2.   Bayam
-   Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan tekanan darah. Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda! Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan!


3.   Kuaci
-   Kuaci ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan. Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4 cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat! Pastikan anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci mulai sekarang!


4.   Kekacang
-   Penuh nutrisi dan versatil! Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau, masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh! Tambahkan kekacang ke dalam salad atau sup anda. P/s: Ianya menjimatkan!


5.   Ubi Kentang
-   Ubi kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan! Manakala bagi melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium!

6.   Pisang
-   Ramai yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda! Mulakan hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum!

7.   Kacang Soya
-   Satu lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal berseri! Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang!


8.   Coklat Gelap
-   Hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18 minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko. Tapi awas, jangan berlebih-lebihan, kerana coklat juga tinggi kalorinya.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com