1. Baru Cina
Memperbaiki sistem
peredaran darah secara menyeluruh, membantu mencegah dan memperbaiki
sumbatan-sumbatan yang berkemungkinan ada pada pembuluh darah.
2. Buah Makasar:
2. Buah Makasar:
Bersifat
hemostatik di mana ia boleh menghentikan pendarahan pada saat berlakunya strok.
Namun begitu, jika pengubatan hanya berdasarkan pada buah makasar sahaja, hasil
yang diperolehi tidak akan mencapai tahap yang maksimum. Penggunaannya perlu
dikombinasikan dengan tanaman herba lain yang dapat membantu merawat strok
secara menyeluruh.
3. Daun Dewa
Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencairkan bekuan darah yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Ia juga digunakan untuk membaiki aliran darah secara menyeluruh dan berperanan untuk mencegah berlakunya penggumpalan darah dan mencairkan bekuan darah pada pembuluh darah.
4. Pokok Ati-Ati
Bersifat antikaogulan dan mampu mencegah berlakunya penggumpalan darah. Namun penggunaannya perlu dikombinasikan dengan herba lain untuk menghasilkan kesan yang lebih maksimum.
5. Jati Belanda
Berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dan mencegah penimbunan kolesterol di dalam pembuluh darah. Penimbunan kolesterol dalam darah akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan punca berlakunya serangan strok.
6. Mengkudu
Menurunkan tekanan darah tinggi ke tahap normal. Ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Menurunkan tekanan darah tinggi ke tahap normal. Ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
7. Mahkota Dewa
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan stamina agar pemulihan kesihatan selepas berlakunya serangan strok dapat dilakukan dengan cepat.
8. Pegaga
Membaiki pembuluh darah yang telah rapuh, menurunkan tekanan darah ke tahap normal. Meningkatkan lagi kekuatan dengan pembinaan sel baru yang boleh menguatkan sel pembuluh darah serta mengurangkan tekanan darah.

9. Pulai
Berperanan menurunkan tekanan darah ke tahap normal serta melancarkan aliran darah.
Berperanan menurunkan tekanan darah ke tahap normal serta melancarkan aliran darah.
10. Sambung Nyawa
Bersifat anti inflamasi, mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar gula dalam darah, melancarkan fungsi ginjal dan diuretik.
11. Hempedu Bumi
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah serta meningkatkan imunisasi bagi penghidap strok.
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah serta meningkatkan imunisasi bagi penghidap strok.
12. Sembung
Menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.
13. Temu Putih
Mencegah penggumpalan darah, mencairkan bekuan darah, melancarkan sistem aliran darah serta menghentikan pendarahan selepas berlakunya serangan strok.
Mencegah penggumpalan darah, mencairkan bekuan darah, melancarkan sistem aliran darah serta menghentikan pendarahan selepas berlakunya serangan strok.
14. Jintan Hitam
Menjaga kestabilan kolesterol di dalam darah, meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah sehingga dapat mencegah berlakunya penggumpalan di dalam pembuluh darah.
Menjaga kestabilan kolesterol di dalam darah, meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah sehingga dapat mencegah berlakunya penggumpalan di dalam pembuluh darah.
No comments:
Post a Comment