Showing posts with label Info Khasiat. Show all posts
Showing posts with label Info Khasiat. Show all posts

17 January 2019

Khasiat Nenas Batu

Image result for nenas batu
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali .
3. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
4.. Melawaskan kencing.
5.. Membantu melancarkan pembuangan angin.
6.. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
7. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok.
8. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan Buasir.

Cara Menggunakannya:-
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari. Pada minggu yang lain,renam lagi.
5. Buah ini apabila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

02 October 2018

Tumbuhan Herba Untuk Kesihatan



1. Baru Cina
Memperbaiki sistem peredaran darah secara menyeluruh, membantu mencegah dan memperbaiki sumbatan-sumbatan yang berkemungkinan ada pada pembuluh darah.


 2. Buah Makasar:
 Bersifat hemostatik di mana ia boleh menghentikan pendarahan pada saat berlakunya strok. Namun begitu, jika pengubatan hanya berdasarkan pada buah makasar sahaja, hasil yang diperolehi tidak akan mencapai tahap yang maksimum. Penggunaannya perlu dikombinasikan dengan tanaman herba lain yang dapat membantu merawat strok secara menyeluruh.


3. Daun Dewa
Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencairkan bekuan darah yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Ia juga digunakan untuk membaiki aliran darah secara menyeluruh dan berperanan untuk mencegah berlakunya penggumpalan darah dan mencairkan bekuan darah pada pembuluh darah.


4. Pokok Ati-Ati
Bersifat antikaogulan dan mampu mencegah berlakunya penggumpalan darah. Namun penggunaannya perlu dikombinasikan dengan herba lain untuk menghasilkan kesan yang lebih maksimum.


5. Jati Belanda
Berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dan mencegah penimbunan kolesterol di dalam pembuluh darah. Penimbunan kolesterol dalam darah akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan punca berlakunya serangan strok.

 
6. Mengkudu
Menurunkan tekanan darah tinggi ke tahap normal. Ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

 
7. Mahkota Dewa
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan stamina agar pemulihan kesihatan selepas berlakunya serangan strok dapat dilakukan dengan cepat.

8. Pegaga
Membaiki pembuluh darah yang telah rapuh, menurunkan tekanan darah ke tahap normal. Meningkatkan lagi kekuatan dengan pembinaan sel baru yang boleh menguatkan sel pembuluh darah serta mengurangkan tekanan darah.

9. Pulai
Berperanan menurunkan tekanan darah ke tahap normal serta melancarkan aliran darah.

 
10. Sambung Nyawa
Bersifat anti inflamasi, mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar gula dalam darah, melancarkan fungsi ginjal dan diuretik.

11. Hempedu Bumi
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah serta meningkatkan imunisasi bagi penghidap strok.

12. Sembung
Menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.
13. Temu Putih
Mencegah penggumpalan darah, mencairkan bekuan darah, melancarkan sistem aliran darah serta menghentikan pendarahan selepas berlakunya serangan strok.

14. Jintan Hitam
Menjaga kestabilan kolesterol di dalam darah, meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah sehingga dapat mencegah berlakunya penggumpalan di dalam pembuluh darah.


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Mandi Daun Bidara

Image result for daun bidara
Assalamualaikum.  Pernah dengar manfaat daun bidara tak?  Sebelum ne memang Aima tak pernah tahu pun kegunaan daun bidara ne, selalu dengar dan baca tapi tak pernah cuba.  Seperti yang Aima baca mandi daun bidara ini merupakan ubat untuk diri sendiri, wallahwa'lam.
Hingga lah ada satu hari tu kawan Aima share yang dia dah cuba mandi mengunakan daun bidara.  Menurut katanya dia saja-saja nak cuba sebab badan dia asyik sakit, lenguh-lenguh, rasa tegang dan macam-macam lagi lah yang tak baik.  So dia cuba mandi dengan daun bidara ne dan hasilnya katanya dia rasa segar dan badan pun dah tak rasa berat seperti dulu.  
  So Aima pun teringin cuba try test jugak.  Sama macam kawan Aima pun sama jugak badan habis sakit 1 badan, tengkuk rasa berat, asyik mengantuk, kepala rasa sakit, malam tak dapat tidur lena dan asyik nak marah-marah.  Aima pun google cara-caranya (macam yang kat bawah ne).  
So satu hari tu Aima cuba praktikan sebab nak tahu kesannya.  Memang betul cakap orang jika kita hendak mengubati diri sendiri memang susah, ada saja halangan dan rintangan.  kadang dah ready barang nak buat, hati pulak rasa berat.  Baru planning nak buat ada pula halangan lain.  Nak mengubati diri sendiri ini kena hati dan semangat mesti kuat, kena lawan segala kata hati sendiri.
Ini berdasarkan pengalaman Aima sendiri ye, masa mula2 jirus air yang pertama telinga macam berdesing.  Badan terasa sejuk hingga menggigil padahal guna air biasa je tapi dah dibaca dengan ayat Al Quran (Aima baca sendiri dan mandi sendiri).  Kepala terasa amat berat.  Aima kuatkan hati dan teruskan hingga jirusan seterusnya hingga habis.  
Dan Alhamdulillah setelah habis mandi badan terasa ringan dan nyaman.  Kepala pun rasa tenang je.  Tidur malam pun berdengkur, ahahaa..  Tapi tak lah selalu Aima buat, tahu je lah penyakit M selalu datang mengetuk pintu hati ahaha..
So if sape2 yang ada rasa yang tak baik tu cuba amalkan mandi daun bidara, korang akan rasa perbezaannya.  Sekarang ne kan ada macam-macam produk daun bidara di pasaran, kalau malas nak ambil daun bidara korang pakai je gel mandian yang dijual, lagi senang.   Tapi Aima suka yang natural, macam lagi kick rasanya.  Selebihnya kita serahkan pada Allah SWT dan bertawakal sebanyak-banyaknya, Insha Allah dipermudahkan.
Sebenarnya ada bermacam-macam khasiat dan manfaat daun bidara ne, samada dari gangguan syaitan, jin ataupun sihir.  Aima nak terangkan memang tak pandailah.  Nanti korang google sendiri ye...
Image result for mandi daun bidara
Nah korang boleh cuba sendiri kat rumah.  Ini cara Aima sendiri,mungkin tidak sama dengan cara orang lain tapi Alhamdulillah Aima serasi dengan cara begini.  Kalau sudi try la ye.
- Ambil beberapa helai daun bidara (mesti bilangan ganjil) Biasanya Aima guna 7 helai daun
- Masukkan daun bidara ke dalam baldi atau besen yang berisi air dan di ramas-ramas.
- Bacakan Al Fatihah 3x dan Selawat 3x (baca diluar tandas tau) dan niatkan untuk sembuh dan pulih dari segala gangguan.
- Mandi dengan air tersebut sebaiknya di antara waktu Asar dan Maghrib.  Sebelum mandi dengan air tersebut hendaklah mandi seperti biasa dan di akhiri dengan air daun biadar tersebut.
- Biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan dan sebaiknya dilakukan selama 3 hari berturut-turut.  Insha Allah.
Ini pula cara lain yang Aima dapat dari Google.  Boleh try yang ne jugak.
Cara Menggunakan Daun Bidara:
  • Ambil 7,9,11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
  • Ditumbuk dan dihaluskan.
  • Letakkan daun bidara yang telah dihaluskan tadi ke dalam sebuah gelas.
  • Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
  • Membaca al-Fatihah dan Selawat.
  • Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
  • Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
  • Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
Cara Mandi Dengan Daun Bidara:
  • Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
  • Pesakit mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
  • Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
  • Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.
InsyAllah, pesakit akan sembuh dengan kehendak Allah.
 
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com