السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

03 February 2012

Petua Meringankan Asma dengan Madu dan Halia

Ada pelbagai punca atau penyebab asma. Namun perkhabaran baiknya, asma juga boleh dirawat dengan pelbagai cara yang berbeza.
Tentu saja, penyelesaian terbaik idealnya adalah penyelesaian semulajadi. Dua bahan semulajadi untuk meringankan asma secara berkesan adalah madu dan halia.
Madu untuk Asma
Madu sangat baik untuk asma. Madu membantu mencairkan dan membuang lendir dari sistem pernafasan.
Lendir yang terkumpul di saluran pernafasan akan menghalang aliran udara sehingga boleh mencetuskan atau membuat serangan asma semakin memburuk.
Ini adalah beberapa ramuan madu yang baik untuk meringankan asma:
~ Satu sudu teh madu dengan air diminum setiap hari.
~ Satu sudu teh air hangat ditambah satu perempat sudu teh serbuk kunyit diminum dua kali sehari.
~ Satu sudu teh madu dengan setengah sudu teh serbuk kayu manis diminum sekali sehari (baik pagi atau malam).
~ Satu sudu makan madu, satu sudu teh bawang putih tumbuk (jus bawang putih), dan setengah sudu teh asafetida. Campur semua bahan ini bersama-sama dan diminum dua kali sehari.
Halia untuk Asma
Halia juga sangat baik untuk asma. Halia boleh menghentikan inflamasi atau keradangan.
Asma berlaku kerana adanya peradangan pada saluran pernafasan.
Ketika dicampur dengan bahan tertentu, halia juga boleh bertindak sebagai ekspektoran.
Ekspektoraan akan membantu menyingkirkan lendir dari sistem pernafasan.
Ini adalah beberapa ramuan halia untuk asma:
~ Satu sudu teh halia dengan satu cawan ramuan fenugreek diminum sekali sehari.
~ Jus halia segar  dicampur dengan madu diminum sehari sekali.
~ Sediakan setengah sudu teh halia segar, satu sudu teh biji jinten, sejemput pala, dan segelas air. Campurkan semua bahan tersebut dan didihkan. Minum ramuan semasa ia masih hangat.
Keberkesanan Madu dan Halia
Keberkesanan madu dan halia sebagai ubat asma semulajadi telah terbukti. Namun yang perlu diingat, asma disebabkan oleh pelbagai faktor yang berbeza.
Itu sebab, perlu dilakukan ujian ramuan jenis mana yang paling tepat dan berkesan meringankan asma sesuai keadaan khusus seseorang.
Secara keseluruhan, madu dan halia adalah dua bahan semulajadi berkesan yang boleh ditambah ke ramuan apapun.
Madu membantu membersihkan sistem pernafasan dari lendir sementara halia membantu menghentikan radang dan lendir dari saluran pernafasan.

Salmon Makanan Untuk Otak


Jika ada yang belum tahu, salmon merupakan sumber terbaik omega 3 yang dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam tubuh.  Selain baik untuk kolesterol, ikan salmon juga mengandungi vitamin D, selenium dan vitamin B6 yang baik untuk perkembangan otak yang baik, kerana itulah ia digelar makanan untuk otak.

Resipi Aiskrim Vanilla

Bahan-bahan:
150gm susu tepung berkrim
250ml susu sejat
40-60gm gula kaster
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
-Campur semua bahan dan kacau hingga susu larut dan bekukan
-keluarkan dan putar hingga gebu
-bekukan sekali lagi dan kemudian boleh terus dihidang

Dao Dan Amalan Untuk Suami Isteri Yang Menghadapi Krisis Rumahtangga Yang Berat


Bacaan untuk dibuat mandi 

Sebelum memulakan amalan dan doa-doa dibawah. Anda yang dalam keadaan kerunsingan, susah hati, kecewa dan hampir putus asa juga tertekan hingga tidak dapat berfikir dengan jelas dan terang dan bercelaru ataupun disihir, siap air satu baldi penuh lalu baca ayat-ayat yang berikut:

~ Istighfar -3x.
~ Surah Al Ikhlas - 3x
~ Surah Al Falak - 3x
~ Surah An Nas - 3 x.
~ Ayatul Kursi - 10x.
~ Al-Fatihah - 20x. 

(Ditiup pada air dalam baldi tadi setiap kali habis baca setiap satu surah)

Selesai semua bacaaan diatas. Mandi dan juruskan air perlahan diatas kepala sehingga habis. InsyaAllah anda akan rasa amat tenang serta lapang dada. Segala kerunsingan akan hilang dan sekiranya terdapat makhluk halus yang berdamping atau mengikut anda akan lari dari anda. Kadang-kadang ilmu pembenci mengguna sihir iaitu jin berdamping dengan anda tanpa pengetahuan anda menyebabkan suami kadang-kadang tengok muka isteri cukup benci sekali. Perbanyakkan Tawakal padaNya.

p/s: sumber dari tenet.  moga dapat memberi manfaat bagi kita semua...  Aima dah cuba buat dan Alhamdulillah selepas mandi dengan air dari bacaan surah2 tersebut, hati jadi tenang, lapang dan tidur pun lena..

Pengalaman Berharga

Salam jumaat.. Alhamdulillah hari ne genaplah baby boy Aima 'adik' berusia 6 bulan.  Tak terasa pantasnya masa berlari, tup2 dah 6 bulan usia adik.  Dah pandai nakal n kacau barang.  F pakai walker memang tak duduk diam, jalan kesana kemari sambil cari apa je barang yang nak di kacau n masuk ke mulut.  Adik ne paling suka kuar rumah n jalan2.  Masuk je kereta, selang beberapa minit tentu dah zzzzzzzzzzz....agaknya dah jadi kesukaan budak2 tido dalam kereta, eheee...

Memang cepat sungguh putaran dunia ne kan, rasa macam baru je mengandungkan adik, macam baru semalam je melahirkan adik, Syukur Alhamdulillah.  Masih Aima ingat lagi mula2 dapat tau yang Aima mengandung anak yang ke 4, memang tak plan nak dapat anak lagi, maklumlah umo dah 30+ n merancang kuarga pulak tu.  Lepas melahirkan abang yang kedua tu (anak yang ketiga) memang Aima n Mr Hubby plan tak nak tambah bilangan ahli kuarga lagi, sebab tu lah jarak umo abang yang kedua ngan adik ne 5+ tahun, jauhkan..

Agaknya rezeki pindah rumah baru, Alhamdulillah.  1st time dapat tau yang Aima ne 'terberisi' bila asyik demam je dalam bulan Disember 2010, dah tu Mr Hubby asyik muntah2 n ngidam nak makan macam (macam Mr Hubby lak yang mengandung, ahaaa...) Hati lak rasa digaru2 nak urine test, dah cek, terperanjat sokmo dibuatnya, 2 line lah, positif ada baby.  Terus Aima bagi tau Mr Hubby.  Then kata mr Hubby terima je, rezeki Tuhan.  Aima pun rasa teruja gak, ye lah kan dah 5 tahun takde baby.  Asyik pinjam n kacau anak2 buah je, asyik tengok kak ipar n adik ada baby je, sebenarnya teringan gak nak ada baby walaupun hati takut sebab dah lama tak beranak.  Dah terbayang di fikiran, caner nak meneran, caner nak push, aduhaiii... Lagipun orang kata f jarang beranak n umo dah lebih dari 30 memang susah sikit.  Masih Aima ingat sewaktu melahirkan anak kedua yang jaraknya dengan kakak 4+ tahun, memang macam mula2 melahirkan tapi alhamdulillah semuanya selamat.


Aima positifkan minda n terima anugerah Tuhan ne dengan hati yang terbuka n teruja.  Rasa tak sabar sebenaranya nak timang baby lagi, eheee...Dan dah rezeki anak, semasa mengandungkan 'adik' 3 bulan Mr Hubby dapat keje baru.  Sebelum ne Mr Hubby keje dengan pasukan beruniform, kemudian bersara  setelah cukup perkhidmatan dan masuk keje lagi dalam bidang keselamatan yang kedudukan tempat keje tu jauh di daerah yang paling hujung kat Brunei ne.  Masa tu memang Aima kesian sangat ngan Mr Hubby, dari rumah ke tempat keje ambil masa selama 1+ jam, keje lak makan masa 12 jam, terpaksa bersengkang mata.  Dah tu pulak dalam keadaan ngantuk terpaksa lagi drive balik 1+ jam.  Sampai rumah, cuma untuk tido n makan je, dah tu masuk keje balik, kesian kesian kesian.. Cukup 8 bulan keje, Mr Hubby pun menamatkan keje yang ada, terlalu berisiko walaupun gaji yang di terima sangat lumayan.  Daripada terjadi sesuatu yang tidak di ingini berlaku lebih baik mengundurkan diri, rezeki ada di mana2.

Dah rezeki anak2, dalam bulan Mac 2011, Mr Hubby dapat keje dalam sektor keselamatan jugak tapi dengan semi-gomen, Alhamdulillah ku panjatkan pada Mu Ya Allah..  Allah sentiasa mendengar doa hamba Nya yang sabar.  Macam tau2 je kan nak guna duit dah melahirkan nanti, uhuuu...

Sepanjang mengandungkan adik ne bermacam2 dugaan yang Aima lalui.  kena kuatkan semangat dan kuatkan hati.  baru beberapa bulan usia kandungan, Puan Doktor yang scan baby tu kata kedudukan kandungan Aima di bawah dan jika masih tidak berubah terpaksalah dorang refer Aima pi Klinik Gynae.  Aima dah kata 2 anak sebelum ne pun sama macam ne tapi dah kandungan semakin membesar akan naik dengan sendirinya.  Dan alhamdulillah dah scan untuk kali kedua, semasa kandungan berusia 6 bulan, kedudukan kembali normal. 

Di saat usia kandungan 7 bulan, Aima di serang sakit gigi yang teramat sangat sakit tapi tak dapat nak buat apa2 sebab di takuti membahayakan kandungan.  sakit gigi ne pulak datang berkala, time sakit memang nak nangis dibuatnya, habis satu kepala di jelajahnya.  baru je reda sakit gigi sedikit, Aima di uji lagi dengan buasir.  Sakitnya hanya Allah n orang yang pernah merasainya saja yang tau.  Nak kata sembelit tak juga, tiba2 je muncul, bukan 1 pulak tu tapi 5 sekaligus n besar2 pai duduk pun susah.  Malam tak dapat tido, berdenyut2 n rasa pedih.  Jalan pun macam orang bersunat n punggung rasa tonggek je.  Bawak pi private klinik, doktor bagi krim tuk sapu, barulah kurang sikit.  Lama gak Aima menghidap buasir ne, apa yang dapat dibuat hanyalah sabar dan tawakal, uhuuu...

Dah usia kandungan masuk 8+ bulan, mata sebelah kiri pulak buat hal.  Tiba2 je jadi kabur macam di tutupi sesuatu.  Bpi klinik pun doktor kata ada infection sebab tu jadi sakit mata.  Doktor nasihatkan tuk jumpa pakar mata, tapi Aima ne yang degil.  boleh bantah cakap doktor lagi n cakap takpe doktor nanti baiklah sendiri, degil sungguh kan, eheee...
Semasa perjumpaan rutin di klinik ibu mengandung, doktor suruh ultrasound baby sebab katanya tak payah tengok dia tahu yang baby ne besar.  Lagi pun abang2 dia memang lahir besar.  abang kedua lahir 4.29kg.  Doktor kata terpaksa refer ke Klinik Gynae, alahai ne yang malas ne.. Dah lah f buat perjumpaan kat sana ambik masa setengah hari.  Doktor tu kata takut baby makin besar n susah nak melahirkan so doktor gynae akan pantau keadaan Aima n baby dari masa ke semasa.

Perjanjian pertama semuanya berjalan lancar.  Tapi dah perjanjian kedua, ngam pulak masa tu sakit mata Aima datang balik n malamnya tak dapat tido, mata rasa berkunang2 n rasa kabur.  Dari rumah lagi Aima dah rasa something.  Aima kata kat Mr Hubby, takut kena suh admit, then Mr Hubby kata takpelah kan tuk kesihatan jugak, uhuuu...
 Masa cek tekanan darah tu, nurse tengok Aima berulang kali, pelik gak.  Dah tu nurse kata tingginya BP pai dia cek sebanyak 5x, terlalu tinggi n tak turun2.  Dah jumpa doktor n tengok medical sheet tu, geleng2 doktor dibuatnya, ahaaa... Doktor tu sendiri yang cek BP Aima, nak puaskan hati dia kot.  Sebab takut kena charge darah tinggi Aima pun citer lah yang Aima sakit mata n tak dapat tido semalam sebab tu lah Bp tinggi, memandai je kan, ahaaa...Doktor ne tetap tak puas hati n kata 'mesti tahan' alamak!!!  Sebelum tu Doktor refer Aima ke Klinik Mata.  Punyalah sedih kena pi sorang2.   Masa tu Aima memang datang ngan mama n Mr Hubby tetapi di sebabkan Mr Hubby nak amik2 anak2 dari sekolah n mama pulak tentu risau nak masak tuk bapa yang kat umah so Aima kata takpelah Aima boleh pi sorang2, padahal dalam hati sedih beb..
Dah jumpa pakar mata n belek punya belek mata Aima ne, barulah tahu yang mata hitam sebelah kiri Aima ne di selaputi ngan nanah, katanya infection dari kontek lens, padahal dah 1 bulan Aima tak pakai.  Doktor kata lepas lunch time kena datang sini sebab nak amik sample nanah tu, doktor nak kikis kai jarum, alahaiii!!! menggigil satu badan dengar.  Terus col Mr Hubby n citer hal sebenar sambil nangis2.  Sebab risau ngan keadaan Aima, Mr Hubby amik anak2 awal dari waktu pulang sekolah n terus pi Hospital amik Aima n ajak makan dulu.  Time susah hati ne mana selera nak makan.  Dah lah sakit gigi, sakit mata lagi, uhuuu...
Tepat kul 1.30 doktor dah siap tunggu Aima dalam bilik dia ngan jarum n alat2 yang Aima tak reti nak bagi tau.  Doktor tu kata nak amik sample sikit je tapi mesti kikis ngan jarum tuk cukupkan 6 plate.  Punyalah susah hati pai Aima tanya soalan yang tak logik, ahaaa... Doktor tu janji yang dia akan buat sampai Aima tak rasa sakit sikit pun.  Badan jadi seram sejuk sebab ketakutan yang melampau.  Nasib baik Mr Hubby ada kat sebelah tenangkan aima sambil pegang tangan n bahu Aima.Dah cukup 6 plate sample barulah lega. Betulah cakap doktor tu memang tak sakit.  n maybe sebab Aima ne special cikit, uhuk2x, Doktor tu sendiri yang hantar sample nanah tu kat lab. hohooo...

Tapi yang tak bestnya kena masuk ward r, uhuuu.. Doktor tu lak takut2kan Aima kata f tak di rawat dari sekarang takut nanti mata kiri terus tak nampak pape.  Memanglah waktu tu betul2 tak nampak pape, hatta bayang pun tak nampak, semua kelihatan putih.  Nak tak nak kenalah relakan diri admit walaupun hati betul2 tak rela.  Yang paling kelakar doktor Gynae n doktor mata berebutkan Aima, ahaaa.. Sorang kata mesti admit kat wad menunggu bersalin sebab BP tinggi n baby besar, yang doktor mata pulak kata mesti admit ward tuk pesakit mata sebab tak boleh dibiarkan takut jadi buta, nauzubillah.. Last2 terpaksalah doktor Gynae mengalah, padan muka, eheee...
Sejak malam pertama admit tu, setiap 1/2 jam dorang titikan ubat anitbiotik yang dicampur ubat mata
ke mata kiri.  Tengah sedap2 tido pun kena bangunkan tuk titik mata.  F orang lain cuma jumpa 1 doktor je, yang Aima pulak kena jumpa 5 pakar mata n 1 doktor gynae, penat woo... Dah lah doktor gynae kata kena masuk ubat tuk paksa bersalin sebab BP tinggi n takut baby makin besar.   Ya Allah, takutnya.  Sebelum ne dah bermacam2 versi yang Aima dengar caner sakitnya bersalin secara paksa ne.  So Aima mintak tangguh dulu untuk bincang ngan Mr Hubby.  Bincang punya bincang Aima n Mr Hubby pun sepakat tuk minta caesar je.
Dalam masa admit tu, sakit gigi melanda lagi dah tu busair pun mula kuar balik sikit2.  Ya Allah sakitnya pai susah nak citer, tido malam tak lena, makan pun tak lalu.  Hari2 tampal plaster kat pipi dan kepala, uhuuu..  Dah bagi tau kat Doktor tapi tak dapat nak buat pape, ermmmm... sabar je lah.  Dah cukup seminggu tido makan kat wad n dah puas merayu berulang kali tuk mintak balik barulah doktor mata tu kata ok sabtu ne boleh balik, yahoooooo....
Tapi sayangnya angan2 nak balik umah tak kesampaian.  Sedang berkemas2 nak balik datanglah pulak doktor gynae n suh admit ward menunggu bersalin, uwaaaaaaa..... Doktor tu kata kena admit jugak sebab nak tetapkan tarikh nak caesar.

Alamak semakin panjang lak citr Aima ne, eheee... ok lah Aima stop dulu nanti Aima sambung part II ok.

Info Anak

Kurma Untuk Si Kecil Anda
Kurma ternyata tinggi khasitanya kepada kanak-kanak.  Ia mengandungi gula yang mudah diserap dan dicerna hingga memudahkan proses pencernaa.  Selain tinggi serat, kurma juga merupakan pilihan paling baik sebagai antibody tubuh untuk melawan penyakit.  Menurut kajian, kandungan gula dari kurma merupakan nutrisi yang sihat malah mampu meningkatkan sistem pertahanan tubuh pada bayi yang baru lahir.