Memang cepat sungguh putaran dunia ne kan, rasa macam baru je mengandungkan adik, macam baru semalam je melahirkan adik, Syukur Alhamdulillah. Masih Aima ingat lagi mula2 dapat tau yang Aima mengandung anak yang ke 4, memang tak plan nak dapat anak lagi, maklumlah umo dah 30+ n merancang kuarga pulak tu. Lepas melahirkan abang yang kedua tu (anak yang ketiga) memang Aima n Mr Hubby plan tak nak tambah bilangan ahli kuarga lagi, sebab tu lah jarak umo abang yang kedua ngan adik ne 5+ tahun, jauhkan..
Agaknya rezeki pindah rumah baru, Alhamdulillah. 1st time dapat tau yang Aima ne 'terberisi' bila asyik demam je dalam bulan Disember 2010, dah tu Mr Hubby asyik muntah2 n ngidam nak makan macam (macam Mr Hubby lak yang mengandung, ahaaa...) Hati lak rasa digaru2 nak urine test, dah cek, terperanjat sokmo dibuatnya, 2 line lah, positif ada baby. Terus Aima bagi tau Mr Hubby. Then kata mr Hubby terima je, rezeki Tuhan. Aima pun rasa teruja gak, ye lah kan dah 5 tahun takde baby. Asyik pinjam n kacau anak2 buah je, asyik tengok kak ipar n adik ada baby je, sebenarnya teringan gak nak ada baby walaupun hati takut sebab dah lama tak beranak. Dah terbayang di fikiran, caner nak meneran, caner nak push, aduhaiii... Lagipun orang kata f jarang beranak n umo dah lebih dari 30 memang susah sikit. Masih Aima ingat sewaktu melahirkan anak kedua yang jaraknya dengan kakak 4+ tahun, memang macam mula2 melahirkan tapi alhamdulillah semuanya selamat.
Aima positifkan minda n terima anugerah Tuhan ne dengan hati yang terbuka n teruja. Rasa tak sabar sebenaranya nak timang baby lagi, eheee...Dan dah rezeki anak, semasa mengandungkan 'adik' 3 bulan Mr Hubby dapat keje baru. Sebelum ne Mr Hubby keje dengan pasukan beruniform, kemudian bersara setelah cukup perkhidmatan dan masuk keje lagi dalam bidang keselamatan yang kedudukan tempat keje tu jauh di daerah yang paling hujung kat Brunei ne. Masa tu memang Aima kesian sangat ngan Mr Hubby, dari rumah ke tempat keje ambil masa selama 1+ jam, keje lak makan masa 12 jam, terpaksa bersengkang mata. Dah tu pulak dalam keadaan ngantuk terpaksa lagi drive balik 1+ jam. Sampai rumah, cuma untuk tido n makan je, dah tu masuk keje balik, kesian kesian kesian.. Cukup 8 bulan keje, Mr Hubby pun menamatkan keje yang ada, terlalu berisiko walaupun gaji yang di terima sangat lumayan. Daripada terjadi sesuatu yang tidak di ingini berlaku lebih baik mengundurkan diri, rezeki ada di mana2.
Dah rezeki anak2, dalam bulan Mac 2011, Mr Hubby dapat keje dalam sektor keselamatan jugak tapi dengan semi-gomen, Alhamdulillah ku panjatkan pada Mu Ya Allah.. Allah sentiasa mendengar doa hamba Nya yang sabar. Macam tau2 je kan nak guna duit dah melahirkan nanti, uhuuu...
Sepanjang mengandungkan adik ne bermacam2 dugaan yang Aima lalui. kena kuatkan semangat dan kuatkan hati. baru beberapa bulan usia kandungan, Puan Doktor yang scan baby tu kata kedudukan kandungan Aima di bawah dan jika masih tidak berubah terpaksalah dorang refer Aima pi Klinik Gynae. Aima dah kata 2 anak sebelum ne pun sama macam ne tapi dah kandungan semakin membesar akan naik dengan sendirinya. Dan alhamdulillah dah scan untuk kali kedua, semasa kandungan berusia 6 bulan, kedudukan kembali normal.
Di saat usia kandungan 7 bulan, Aima di serang sakit gigi yang teramat sangat sakit tapi tak dapat nak buat apa2 sebab di takuti membahayakan kandungan. sakit gigi ne pulak datang berkala, time sakit memang nak nangis dibuatnya, habis satu kepala di jelajahnya. baru je reda sakit gigi sedikit, Aima di uji lagi dengan buasir. Sakitnya hanya Allah n orang yang pernah merasainya saja yang tau. Nak kata sembelit tak juga, tiba2 je muncul, bukan 1 pulak tu tapi 5 sekaligus n besar2 pai duduk pun susah. Malam tak dapat tido, berdenyut2 n rasa pedih. Jalan pun macam orang bersunat n punggung rasa tonggek je. Bawak pi private klinik, doktor bagi krim tuk sapu, barulah kurang sikit. Lama gak Aima menghidap buasir ne, apa yang dapat dibuat hanyalah sabar dan tawakal, uhuuu...
Dah usia kandungan masuk 8+ bulan, mata sebelah kiri pulak buat hal. Tiba2 je jadi kabur macam di tutupi sesuatu. Bpi klinik pun doktor kata ada infection sebab tu jadi sakit mata. Doktor nasihatkan tuk jumpa pakar mata, tapi Aima ne yang degil. boleh bantah cakap doktor lagi n cakap takpe doktor nanti baiklah sendiri, degil sungguh kan, eheee...
Semasa perjumpaan rutin di klinik ibu mengandung, doktor suruh ultrasound baby sebab katanya tak payah tengok dia tahu yang baby ne besar. Lagi pun abang2 dia memang lahir besar. abang kedua lahir 4.29kg. Doktor kata terpaksa refer ke Klinik Gynae, alahai ne yang malas ne.. Dah lah f buat perjumpaan kat sana ambik masa setengah hari. Doktor tu kata takut baby makin besar n susah nak melahirkan so doktor gynae akan pantau keadaan Aima n baby dari masa ke semasa.
Perjanjian pertama semuanya berjalan lancar. Tapi dah perjanjian kedua, ngam pulak masa tu sakit mata Aima datang balik n malamnya tak dapat tido, mata rasa berkunang2 n rasa kabur. Dari rumah lagi Aima dah rasa something. Aima kata kat Mr Hubby, takut kena suh admit, then Mr Hubby kata takpelah kan tuk kesihatan jugak, uhuuu...
Masa cek tekanan darah tu, nurse tengok Aima berulang kali, pelik gak. Dah tu nurse kata tingginya BP pai dia cek sebanyak 5x, terlalu tinggi n tak turun2. Dah jumpa doktor n tengok medical sheet tu, geleng2 doktor dibuatnya, ahaaa... Doktor tu sendiri yang cek BP Aima, nak puaskan hati dia kot. Sebab takut kena charge darah tinggi Aima pun citer lah yang Aima sakit mata n tak dapat tido semalam sebab tu lah Bp tinggi, memandai je kan, ahaaa...Doktor ne tetap tak puas hati n kata 'mesti tahan' alamak!!! Sebelum tu Doktor refer Aima ke Klinik Mata. Punyalah sedih kena pi sorang2. Masa tu Aima memang datang ngan mama n Mr Hubby tetapi di sebabkan Mr Hubby nak amik2 anak2 dari sekolah n mama pulak tentu risau nak masak tuk bapa yang kat umah so Aima kata takpelah Aima boleh pi sorang2, padahal dalam hati sedih beb..
Dah jumpa pakar mata n belek punya belek mata Aima ne, barulah tahu yang mata hitam sebelah kiri Aima ne di selaputi ngan nanah, katanya infection dari kontek lens, padahal dah 1 bulan Aima tak pakai. Doktor kata lepas lunch time kena datang sini sebab nak amik sample nanah tu, doktor nak kikis kai jarum, alahaiii!!! menggigil satu badan dengar. Terus col Mr Hubby n citer hal sebenar sambil nangis2. Sebab risau ngan keadaan Aima, Mr Hubby amik anak2 awal dari waktu pulang sekolah n terus pi Hospital amik Aima n ajak makan dulu. Time susah hati ne mana selera nak makan. Dah lah sakit gigi, sakit mata lagi, uhuuu...
Tepat kul 1.30 doktor dah siap tunggu Aima dalam bilik dia ngan jarum n alat2 yang Aima tak reti nak bagi tau. Doktor tu kata nak amik sample sikit je tapi mesti kikis ngan jarum tuk cukupkan 6 plate. Punyalah susah hati pai Aima tanya soalan yang tak logik, ahaaa... Doktor tu janji yang dia akan buat sampai Aima tak rasa sakit sikit pun. Badan jadi seram sejuk sebab ketakutan yang melampau. Nasib baik Mr Hubby ada kat sebelah tenangkan aima sambil pegang tangan n bahu Aima.Dah cukup 6 plate sample barulah lega. Betulah cakap doktor tu memang tak sakit. n maybe sebab Aima ne special cikit, uhuk2x, Doktor tu sendiri yang hantar sample nanah tu kat lab. hohooo...
Tapi yang tak bestnya kena masuk ward r, uhuuu.. Doktor tu lak takut2kan Aima kata f tak di rawat dari sekarang takut nanti mata kiri terus tak nampak pape. Memanglah waktu tu betul2 tak nampak pape, hatta bayang pun tak nampak, semua kelihatan putih. Nak tak nak kenalah relakan diri admit walaupun hati betul2 tak rela. Yang paling kelakar doktor Gynae n doktor mata berebutkan Aima, ahaaa.. Sorang kata mesti admit kat wad menunggu bersalin sebab BP tinggi n baby besar, yang doktor mata pulak kata mesti admit ward tuk pesakit mata sebab tak boleh dibiarkan takut jadi buta, nauzubillah.. Last2 terpaksalah doktor Gynae mengalah, padan muka, eheee...
Sejak malam pertama admit tu, setiap 1/2 jam dorang titikan ubat anitbiotik yang dicampur ubat mata
ke mata kiri. Tengah sedap2 tido pun kena bangunkan tuk titik mata. F orang lain cuma jumpa 1 doktor je, yang Aima pulak kena jumpa 5 pakar mata n 1 doktor gynae, penat woo... Dah lah doktor gynae kata kena masuk ubat tuk paksa bersalin sebab BP tinggi n takut baby makin besar. Ya Allah, takutnya. Sebelum ne dah bermacam2 versi yang Aima dengar caner sakitnya bersalin secara paksa ne. So Aima mintak tangguh dulu untuk bincang ngan Mr Hubby. Bincang punya bincang Aima n Mr Hubby pun sepakat tuk minta caesar je.
Dalam masa admit tu, sakit gigi melanda lagi dah tu busair pun mula kuar balik sikit2. Ya Allah sakitnya pai susah nak citer, tido malam tak lena, makan pun tak lalu. Hari2 tampal plaster kat pipi dan kepala, uhuuu.. Dah bagi tau kat Doktor tapi tak dapat nak buat pape, ermmmm... sabar je lah. Dah cukup seminggu tido makan kat wad n dah puas merayu berulang kali tuk mintak balik barulah doktor mata tu kata ok sabtu ne boleh balik, yahoooooo....
Tapi sayangnya angan2 nak balik umah tak kesampaian. Sedang berkemas2 nak balik datanglah pulak doktor gynae n suh admit ward menunggu bersalin, uwaaaaaaa..... Doktor tu kata kena admit jugak sebab nak tetapkan tarikh nak caesar.
Alamak semakin panjang lak citr Aima ne, eheee... ok lah Aima stop dulu nanti Aima sambung part II ok.
No comments:
Post a Comment