Ada pelbagai punca atau penyebab asma. Namun perkhabaran baiknya, asma juga boleh dirawat dengan pelbagai cara yang berbeza.
Tentu saja, penyelesaian terbaik idealnya adalah penyelesaian semulajadi. Dua bahan semulajadi untuk meringankan asma secara berkesan adalah madu dan halia.
Madu untuk Asma
Madu sangat baik untuk asma. Madu membantu mencairkan dan membuang lendir dari sistem pernafasan.
Lendir
yang terkumpul di saluran pernafasan akan menghalang aliran udara
sehingga boleh mencetuskan atau membuat serangan asma semakin memburuk.
Ini adalah beberapa ramuan madu yang baik untuk meringankan asma:
~ Satu sudu teh madu dengan air diminum setiap hari.
~ Satu sudu teh air hangat ditambah satu perempat sudu teh serbuk kunyit diminum dua kali sehari.
~ Satu sudu teh madu dengan setengah sudu teh serbuk kayu manis diminum sekali sehari (baik pagi atau malam).
~ Satu sudu makan madu, satu sudu teh bawang putih tumbuk (jus bawang
putih), dan setengah sudu teh asafetida. Campur semua bahan ini
bersama-sama dan diminum dua kali sehari.
Halia untuk Asma
Halia juga sangat baik untuk asma. Halia boleh menghentikan inflamasi atau keradangan.
Asma berlaku kerana adanya peradangan pada saluran pernafasan.
Ketika dicampur dengan bahan tertentu, halia juga boleh bertindak sebagai ekspektoran.
Ekspektoraan akan membantu menyingkirkan lendir dari sistem pernafasan.
Ini adalah beberapa ramuan halia untuk asma:
~ Satu sudu teh halia dengan satu cawan ramuan fenugreek diminum sekali sehari.
~ Jus halia segar dicampur dengan madu diminum sehari sekali.
~ Sediakan setengah sudu teh halia segar, satu sudu teh biji jinten,
sejemput pala, dan segelas air. Campurkan semua bahan tersebut dan
didihkan. Minum ramuan semasa ia masih hangat.
Keberkesanan Madu dan Halia
Keberkesanan
madu dan halia sebagai ubat asma semulajadi telah terbukti. Namun yang
perlu diingat, asma disebabkan oleh pelbagai faktor yang berbeza.
Itu
sebab, perlu dilakukan ujian ramuan jenis mana yang paling tepat dan
berkesan meringankan asma sesuai keadaan khusus seseorang.
Secara keseluruhan, madu dan halia adalah dua bahan semulajadi berkesan yang boleh ditambah ke ramuan apapun.
Madu
membantu membersihkan sistem pernafasan dari lendir sementara halia
membantu menghentikan radang dan lendir dari saluran pernafasan.
tq 4 sharing
ReplyDelete