Menarik! Kegunaan Gel Silika Yang Anda Mungkin Tak Tahu
GEL silika, pasti ramai mengetahui tentang gel yang berada dalam bungkusan kecil ini. Ianya mudah didapati dalam bungkusan barangan yang baharu dibeli seperti kotak kasut, beg, barangan elektronik serta banyak lagi.
Gel silika biasanya terkandung dalam bungkusan kecil. Kebiasaannya, bungkusan kecil mengandungi gel silika dan tertera
perkataan Do Not Eat ini dibuang tanpa diketahui fungsi sebenarnya. Kalau diikutkan entah sudah berapa banyak gel silika yang telah kita
buang sedangkan, bungkusan kecil ini mengandungi banyak kegunaannya yang
tersendiri.Gel silika tidak mengandungi bahan toxic, tetapi
silikon dioksida yang berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan
kadar kelembapan.
Jadi gel silika boleh dimanfaatkan untuk banyak fungsi lain antaranya;
-
Menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh/terendam dalam air
Telefon
bimbit yang terjatuh ke dalam air merupakan igauan ngeri buat sesiapa
sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, gel silika gel mampu mengelak
telefon bimbit terus rosak.
Caranya, letakkan telefon bimbit yang basah
tadi dalam satu bungkusan plastik, kemudian masukkan beberapa bungkusan
gel silika bersamanya.
-
Menjaga alatan mekap
Bagi kaum hawa
khususnya, barangan mekap merupakan alatan asas untuk menjaga
kecantikan. Sekiranya bedak asas menjadi keras ataupun kandungannya
tidak sekata seperti dahulu, letakkan satu bungkus gel silika gel atau
lebih dalam beg mekap anda. Tip ini pasti membantu.
- Menghapuskan
bau hapak pada kasut
Khusus buat mereka yang selalu ke gym. Adakalanya
kasut yang disimpan di dalam beg gym anda dibiarkan selama beberapa hari
setelah menyudahkan sesi work out. Ini pasti akan mendatangkan bau yang
kurang enak. Letakkan dua bungkus atau lebih gel silika dalam beg gym
anda dan ini akan bantu mengurangkan bau hapak kesan peluh.
- Mengekalkan kilat pada barangan perhiasan
Mereka yang gemarkan barangan
silver, pasti sukar untuk mengekalkan warna asalnya. Letakkan gel
silika gel bekas simpanan barangan peribadi (jewellary box) ianya akan
melambatkan proses pudar selain mengembalikan sinaran dan kilat pada
barangan anda.
Selain itu, gel silika gel mempunyai banyak
kegunaan lain. Rajin-rajinlah membaca sekiranya anda ingin mengetahui
fungsi lain pek bungkusan kecil ini. Tetapi harus diingat, ianya
mestilah sentiasa berada jauh daripada kanak-kanak. Jadi selepas
ini, janganlah dibuang gel silika setiap kali menemuinya dalam bungkusan
barangan yang baharu dibeli kerana ia mempunyai fungsinya yang
tersendiri
~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~