السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 February 2012

Probiotik Untuk Alergi

 
Adakalanya si kecil mudah alah dengan makanan yang tidak pernah dijamahnya.  Kesannya mereka akan sakit perut dan ada juga yang demam dan muntah-muntah.  Selain berjumpa doktor sesegera yang mungkin, bertindak awal mampu menyelamatkan segalanya.  Langkah terbaik adalah memberikan susu kultur yang mengandungi probiotik yang sihat utnuk tubuh.

Pilih susu kultur seperti vitagen dan yogurt asli untuk meneutralkan masalah dalaman usus.  Contoh probiotik yang baik adalah Bifidus, terkandung di dalam susu.  Kanak-kanak yang mengalami alahan mempunyai kandungan Bifidus yang rendah di dalam system percernaan mereka.  Bifidus mempunyai kesan positif daya ketahanan badan dalam melawan penyakit dan alergi, kerana itulah ia disarankan untuk mereka.