السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

07 April 2010

Ayat2 Al Quran yang boleh di amalkan

hari ne Aima sharekan ayat-ayat Al Quran yg boleh di amalkan untuk kegunaan kita sehari-hari atau bila2 saja..Aima pun slalu amalkan terutama tuk melembutkan hati anak2, agar pandai belajar n tuk elakkan suami isteri bergaduh..Alhamdulillah Aima dah nmpak hasilnya..tp jgn lah kecewa jika lambat berhasil, kenalah amalkan selalu dengan penuh tawakal n tawaduk, disamping berusaha n memohon kepada Nya..sesungguhnya yg baik itu dtgnya dari Allah sw.t...

1. Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh - Surah Al Baqarah ayat 102
2. Anak2 pandai bljr - Surah Al Anbiyaa' ayat 79 3. Anak2 lembut hati/elak panas baran - Surah Al Anbiyaa ayat 69 dan Surah Al Hasyr ayat 22-24 4. Anak2 mls sklh - Surah Toha ayat 1-5
5. Supaya Suami x kawin lain - Surah Toha ayat 39 (mula dari tanda Jim kecil)
6. Ayat pendinding - ayat akhir surah At Taubah
7. Bg anak2 yg suka keluar malam - Surah Ar Ruum Ayat 31 (Baca 33x)
8. Untuk jadi pendinding rumah - Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air dan spray keliling rumah, Insya-Allah...

Biskut Abang

nama biskut ne biskut abang sebab 1st time buat biskut ne abang yg beria2 nak tolong..bukan tolong sgt pun, tolong kacau je resepi ne dapat dari 1 majalah (tak ingat apa nama majalah tu) tapi Aima ubah cikit2 lah..bab buat biskut ne abang suka tolong terap adunan dengan acaun..baru je biskut masuk oven berpuluh kali gak abang tanya bila nak siap..n belum sempat nak sejukkan biskut tu, tengok2 dah kurang separuh, ermmmm…ne Aima kongsikan resipi dia

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan kelapa kering
2 cawan gula aising
2 cawan mentega/marjerin
3 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanilla

Cara2nya:
-pukul mentega dan gula hingga sedikit kembang
-masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata
-kemudian masukkan esen vanilla dan aduk rata
-setelah itu masuklan tepung sesudu demi sesudu di selangi dengan kelapa kering
-uli sehingga menjadi doh
-canaikan doh tadi dan terap dengan acuan (ikut suka)
-susun dalam dulang dan bakar pada suhu 160 c selama 20 minit atau hingga bawah biskut kekuningan

Khasiat Durian

salam..hari ne Aima bincang sal durian lak ey..bila tngok pict durian ne rasa mleleh airliur, ahaaa..Aima mmng suka sgt ngan raja buah ne..longgok le sbnyk mana pn tntu Aima mkn n tapau simpan dlm esbox, ngeee..Aima suka smua jenis durian, mr hubby plak suka durian 'otak nang galah' (toi ke ejaan aku ne...) anak dara Aima plak suka durian kuning, anak teruna plak baru je cium bau durian terus lari masuk bilik..rugi toi dorng ne..
Aima ingat ag time pegnant anak kedua, ngidam nak mkn durian kuning..blum musim plak tu..maka tpaksalah mr hubby tnya2 kat kwn2 dia f ada yg smpan stok durian, tak kiralah fresh o forzen, jnji prmintaan wife dtunaikan (bestnye...) tp syg sorg pun tak simpan, uhuuu..last2 mr hubby belikan durian tahi..walaupun tak menepati selera tp demi liur yg ampir nak menitik, terjah je lah..nsb baik bberapa bulan pas 2 musim durian dr negara jiran..mr hubby pun kirim kat mom in law yg kbetulan pi sana..beli pun tak alang2, 4 ikat skali mr hubby suh beli, ahaaa..pas tu knyang la mkn durian, thnx mr hubby cos dh susah pyh tuk tunaikan pmintaan wife, luv u..tp yg pelik anak kdua Aima tu tak suka durian, dia kata geli cos isinya 'licak'.. so hari ne Aima upload Khasiat Durian yg Aima petik dr Mingguan Wanita..


-Buah durian berupaya membantu mencegah factor penuaan dari luar dan meningkatkan tekanan darah (zat besi)

-Akarnya jika digunkan amat berkhasiat untuk mengatasi masalah bengkak, penyakit kulit dan penyakit kuning

-Kulitnya dapat digunakan sebagi bahan untuk mengelak daripada gigitan nyamuk, mengubati ruam pada kulit dan masalah sembelit

-Kulitnya jika di bakar dan abunya digunakan di dalam ramuan untuk melancarkan haid

-Daun pokok durian boleh digunakan untuk meredakan demam dengan cara menampakan jus daunnya di dahi atau minum air rebusan daunnya

-Buah durian juga mengandungi zat-zat seperti sodium, karbohidrat, serat, protein, kalsium, fosfor, karoten, potassium, zat besi, vitamin c, thiamin, niacin, riboflavin

-Setiap 100gm isinya menganduni 67 gram air, 28.3 gram karbohidrat, 2.5 gram lemak, 2.5 gram protein, 1.4 gram serat serta memiliki nilai tenaga sebesar 520 kj

-Durian juga banyak mengandungi vitamin B1, B2 dan vitamin C serta kalium, kalsium dan fosfor

Tanda -Tanda Kematian Sebelum Kita Meninggal


Tanda 100 hari menjelang meninggal
(sumber dari internet)

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di
sadari oleh mereka yang dikehendakinya..Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak..Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar, seluruh tubuh iatu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar..Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat..Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik
untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa..Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika..
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk
makan..

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti..Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi..Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan Beransur-ansur masuk ke dalam..Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan..

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ahsar keesokan harinya..

Tanda akhir
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum..Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula..

SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK

Forward this email..may ALLAH SWT bless you..
Saling berpesan-pesanlah sesama kita..Semoga kita tetap sadar..hingga pada akhirnya, Amin..
salam smua..u lz ok? Aima pun ok, alhamdulillah..baru je sampai umah pas tunggu sis in law kat labour room..jam 9 lebih tadi my mom call n ajak p hospital, sis in law dh sakit2 pewot..Aima ne bila bab baby ne memang suka apatah lagi baby baru..ne anak buah sebelah Aima yg ke 15 f sebelah mr hubby plak ada 18 orang..fuyoo!!! f buat kenduri tak payah panggil orang tolong, eheee…
tp belum tiba masanya lagi my new niece ne nak kuar..mrs bidan ckp myb besok baru deliver..pas hantar sis in law masuk wad barulah balik umah..tapi kan masa masuk wad tadi Aima teruja sgt tengok new baby yg ada kat wad tu, rasa cam nak peluk tium je, nsb baik baby org f anak buah sendiri mau Aima peluk pai nangis..bila tengok baby terasa plak nak baby sendiri..tapi bila ingat anak2 dah beso, yg bungsu pun dh 4 tahun, dah tak bangun malam tuk buat susu n tukar diaper..malas plak rasanya..takpe lah baby dari adik2 kan ada..tahun ne saja Aima akan terima 3 baby fruit baru, best wooo.. sampai rumah tadi dah pun jam 11pm..anak2 n mr hubby semua dah zZzZzZ…p mata ne plak tak blh lelap..nyamal gaknya..nak berjaga tak sanggup plak tkut sok pagi susah nak bukak bijik mata..nak tak nak kena paksa n ugut la mata ne spaya lelap
k la olz..jumpa lagi nnti ek..camat mlm dunia..byezzzzz…

Kek Mentega Kakak


Bahan2:
2½ cawan tepung gandum } di ayak bersama
2 sudu teh serbuk penaik }
1½ cawan gula halus
1½ cawan mentega
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
8 biji telur

Cara2nya:
- pukul gula dan mentega hingga kembang
- masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata
- kemudian masukkan esen vanilla dan susu pekat
- campurkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata
- sapu tin pembakar dengan sedikit mentega
- masukkan adunan kedalam tin dan bakar pada suhu 180c selama 45 minit

resipi kek yg simple..tak bnyak bahan n cepat dimasak, enak di makan.. :) yg ini kek feberet kakak, satu2nya anak dara Aima..kek ne juga blh dibuatkan base tuk kek besday..tinggal hias tuk deco ikut kreatif masing2..f Aima yg keras tangan ne tak tau la menjadi ke tak, ahaa..

Kuih Sapit

salam..tentu smua org tahu kuih sapit (semperti) kn..f zaman nenek moyang dulu kuih sapit ne cuma ada satu rasa je..tp skng ada mcm2 rasa..ada rasa keladi, rasa pandan, rasa coklet pun ada..tp lidah melayu tetap gak suka yg rasa ori cam nenek buat dulu..nenek Aima dulu org kg ayer, allahyarhamah nenek memang pandai buat kuih tradisi..masak2 pun sedap sama cam masakan my mom kt umah..sedap hingga menjilat tapak tangan =) resipi ne Aima mintak dari anty yg pakar buat kuih muih ne..katanya resipi ne anty dpt dr nenek..kira resipi turun temurun lah..tp org dulu2 tak pakai gram kan??main campak n agak je..so anty ubah lah ikut peredaran masa..tp hasilnya tetap sama..

Bahan2:
600gm tepung gandum } diayak bersama
300gm tepung ubi }
320gm gula pasir
1 biji telur
1½ biji kelapa – ambil santannya
Sedikit garam

Cara2nya:
- pukul telur dan gula hingga sedikit kembang menggunakan mixer
- masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang di ayak tadi sedikit demi sedikit
- pukul hingga sebati.
- kemudian masukkan santan dan garam. Adun hingga rata
- panaskan acuan kuih sapit ke dalam minyak panas.
- tuangkan adunan pada acuan dan terus celupkan kedalam minyak panas dan biarkan hingga adunan kering kekuningan
- setelah masak keluarkan dari acuan kuih dan gulung serta merta.
- simpan dalam bekas dan tutup rapat2
- makin lama disimpan makin sedap rasanya

Khasiat Garam Kasar

- Garam makan atau garam boleh didapati dalam bentuk halus ataupun kasar. Ia merupakan satu mineral dan satu-satunya boleh dimakan oleh manusia
- Secara semula jadi, garam merangkumi bukan hanya natrium klorida, tetapi juga galian seni penting yang lain
- Garam diperlukan oleh semua hidupan untuk meneruskan hidup kerana garam membantu mengawal kandungan air (limbangan cecair) di dalam badan

- Walaupun ia diperlukan di dalam bada, namun berhati-hati agar tidak keterlaluan mengambil garam. Pengambilan garam berlebihan boleh memudaratkan kesihatan termasuk tekanan darah tinggi dan sebagainya.
- Garam juga digunakan sebagai penyedap makanan dan bahan pengawet

Jem Nenas

slmt ptg olz..dalam perjalanan balik pas ambik abang dari sekolah tadi, abang tanya kat Aima, bnyk2 buah yg ada kat dunia ne, buah apa yang pakai ‘tiara’ dan badan dia punya banyak mata?? mula2 tu blurr gak di buatnya, ya lah kan dahlah kat ofis tadi otak berserabut ngan keje, hari plak panas pai sepet bijik mata, jumpa abang terus je tanya soalan yg mesti kena jawap awal tu gak.. tengahari mcm ne malas plak nak fikir mcm2..
so Aima ingat nak kenakan abang ne balik..Aima tanya lah buah tu warna apa dan macamana bentuknya..abang jawab warna kuning n bentuk dia bujur..Aima tanya lagi apa rasa dia..abang cakap rasa dia ada yang manis n ada yang masam..dah 2 Aima tanya lagi 'mama pernah ke masak buah 2?'.. Tau apa yang abang cakap? 'alaaa nda kan mama nda tau kan buah nenas tu mama selalu masak kari n kadang2 masak campur nasi goreng',ahaaaa…so Aima jawab lah nama buah tu buah nenas, eheee… budak2 lah katakan, senang je nak korek jawapan..bila tengok Aima ketawa kekek2 barulah abang prasan yg abang dah terkantoi kasik jawapan kat mama dia. ahaaa..akhirnya abang sendiri yg ketawa bagai nak rak..

bila ingat soalan abang tadi teringat plak experiment Aima minggu lepas. bila tengok nenas dah 3 hari tergolek dlm bakul tak berusik, takut ter expired plak nanti so Aima fikir nak try buat jem nanas lah..sebenarnya resepi ne main agak2 je, tak sangka pulak menjadi dapatlah di sapu kat roti buat bekpes, save cikit budget kan..
JEM NENAS

Bahan2:
1 biji nenas
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula batu
½ sudu the esen vanilla

Cara2nya:
-parut nanas tanpa air dan masak di atas api sehingga keluar jusnya
-masukkan gula pasir dan kacau sebati
-kemudian masukkan gula batu dan esen vanilla
-kacau sehingga kering dan berwarna kekuning2an
-setelah sejuk masukkan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk lebih memekatkan jem tadi

p/s: jgn lupa try ek

Koleksi Cerita Misteri Buku I, II & III



salam..smlm tolong kakak buat projek sklh dia..so kena lah belek2 buku n majalah lama tuk cari pict yg sesuai tuk projek tu..tgh syok membongkar buku2 lama trnampaklah buku misteri yg memuatkan cerita karangan Aima yg prnah tersiar di Media Permata dan telah dibukukan oleh Brunei Press..tak sangka ada bakat gak Aima ne ey, eheee...(msuk tong angkt sndiri) 
Koleksi Cerita Misteri hanya memuatkan karya yg terpilih saja, kira yg best la...Aima menghantar karya2 Aima tak kiralah cerpen, kisah misteri, sajak o luahan hati sejak tahun 1996 lg, sejak zaman anak dara gitu.. Aima memang minat bak krng mengarang ne sejak dari zaman sekolah lg..selain kisah misteri, ada juga cerpen n sajak yg Aima kirimkan..p skng takde g lah cos Aima 'menyamal', ahaaa..bnyk gak yg Aima kirimkan p tak plak dterbitkan, cuma artikel dr luar je..tah lah labi..

ne lah buku2 misteri yg mmuatkan certia krngan Aima dan penulis2 Brunei, ewahhh...
nnti bila ada masa Aima update cerpen n sajak2 Aima ey, insya-allah..
  1. Koleksi Cerita Misteri (2 citer misteri kiter ada kat dalam)
  2. Koleksi Cerita Misteri Siri 2 (1 citer je...heeee...)
  3. Koleksi Cerita Misteri Siri 3 (5 citer kiter msuk buku, yehaaa...)