Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

07 April 2010

Biskut Abang

nama biskut ne biskut abang sebab 1st time buat biskut ne abang yg beria2 nak tolong..bukan tolong sgt pun, tolong kacau je resepi ne dapat dari 1 majalah (tak ingat apa nama majalah tu) tapi Aima ubah cikit2 lah..bab buat biskut ne abang suka tolong terap adunan dengan acaun..baru je biskut masuk oven berpuluh kali gak abang tanya bila nak siap..n belum sempat nak sejukkan biskut tu, tengok2 dah kurang separuh, ermmmm…ne Aima kongsikan resipi dia

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan kelapa kering
2 cawan gula aising
2 cawan mentega/marjerin
3 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanilla

Cara2nya:
-pukul mentega dan gula hingga sedikit kembang
-masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata
-kemudian masukkan esen vanilla dan aduk rata
-setelah itu masuklan tepung sesudu demi sesudu di selangi dengan kelapa kering
-uli sehingga menjadi doh
-canaikan doh tadi dan terap dengan acuan (ikut suka)
-susun dalam dulang dan bakar pada suhu 160 c selama 20 minit atau hingga bawah biskut kekuningan

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com