Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

05 October 2018

Petua Untuk “Memagar” Diri Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh berkat semua.  Pagi tadi mood rajin nak godek isi-isi lama dalam FB.  Nak buang mana yang tak bermanfaat dan tak berfaedah langsung.  So terjumpa post yang dah 10 tahun dalam FB yang Aima rasa nak share kat Blog.  Ye lah kan kat FB selalunya kita share je tapi bila dah terletak kat bawahhhhh memang tak lah nak godek balik, kannn..
So Aima share kat sini je lah senang sikit nak cari nanti jika nak di amalkan.  Manalah tahu satu hari nanti berguna tuk sape-sape yang berminat nak buat.  Lagipun amalan ini menggunakan ayat-ayat dalam Al Quran dan sudah di amalkan sejak dahulu lagi, jadi tak lah rasa was-was nak guna.  Jom kita scroll kat bawah..

 Image result for memagar diri
Diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.
 
Waktunya: Selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Image result for ayat kursi
Caranya:
1. Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.


2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4. Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga anda berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5. Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi yang lebuh afdal jika diamalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan anda semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah sahaja pada Allah s.w.t.
Image result for moga diri kita sentiasa dalam jagaan allah


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

22 October 2013

Kisah Selawat Nabi Muhammad SAW


Anda Pasti meneteskan air mata mendengar berita ini. Terutama permohonan Malaikat Isrofil kepada Allah SWT.  Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
 
Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum
dari telagamu.”

Berkata pula Isrofil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku TIDAK AKAN mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu (yang
bershalawat).”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembut nya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

08 June 2012

~7 Sunnag Rasulullah SAW~



Amalkan. InshaAllah pahala berganda.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

07 June 2012

~Basahkanlah Bibir Mu Dengan Zikrullah~


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

~Petua Agar Anak Pintar~

Amalkanlah:

~ Baca YA LATIF 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur.

~ Baca surah al-Fatihah 1 kali

~ Baca Alam Nasrah 1 kali

 
~ Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti ibunya. Contohnya memberi nasihat dan lain-lain lagi.

 
~ Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak anda

Insya Allah...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

30 May 2012

~Amalan Sebelum Tidur~

Assalammualaikum n selamat malam semua.. Malam ne bolehlah lewat tido sikit sebab besok public holiday, Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.  So bolehlah layan citer TV sambil tunggu Mr Hubby balik keje malam ne.  Anak-anak pun lum tido lagi, asyik gaduh je, ermmm...

K la malam ne Aima nak share satu amalan sunat yang memang patut kita amalkan sebelum tido..Jadi takdelah nak ngigau bagai..Marilah kita sama-sama amalkan ek..Aima pun Alhamdulillah dan amalkannya sejak zaman anak dara lagi, sekarang ne dah jadi mak kepada anak dara dah, uhuuuu....

Jom layanzzzz....

Amalan Sebelum Tidur

~ Berwudhuk sebelum tidur 

~ Membaca Al-fatihah

~ Membaca Ayat Qursi

~ Membaca Surah Al Ikhlas

 ~ Membaca Surah Al Falaq
~ Membaca Surah An-Nas)

~ Mengucap 2 Kalimah Syahadat

~ Membaca Doa Sebelum Tidur

~ Pejamkan mata dan membaca istighfar di dalam hati sehingga terlelap.

Selamat Malam...Tido yang lena ek n jangan lupa basuh kaki n berus gigi dulu =)


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

13 February 2012

Melembutkan Hati Anak Dan Suami



Ada satu cara yang mudah untuk kita amalkan bagi melembutkan hati anak dan suami.  Jika suami panasa baran atau anak-anak degil, janganlah kita juga ikut degil dan panas baran sama, hadapilah dengan tenang walaupun hati kita panas membara.  Kita disarankan agar berusaha mengikut cara yang betul, tak perlu nak berjampi sasma sini, cukuplah dengan wirid dan selawat sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Caranya, mudah saja. Ketika membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W. sebanyak 7 kali (atau lebih dengan bilangan yang ganjil).
Kemudian berdoalah…

"Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, maka Kau lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi."

Cubalah amalkan cara i ni (dengan istiqamah). InsyaAllah, berkesan. Yakinlah bahawa ALLAH pasti akan mendengar dan memperkanankan doa kita, Insya Allah.

Selain itu boleh juga mengamalkan zikir asmaul husna ; “Yaa Latiff” (Yang Maha Lembut) sebanyak 7x, kemudian sambung ~ Allahu LATHIIFUN bi'ibadihi yarzuqu man yasyaa'u wahuwal qowiyyul 'aziiz ~  bolehlah hembus ke ubun-ubun anak-anak dan suami atau baca dan hembus perlahan-lahan ketika suami ada berdekatan dengan kita, Insya Allah lembutlah hatinya..


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com