05 October 2018

Petua Untuk “Memagar” Diri Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh berkat semua.  Pagi tadi mood rajin nak godek isi-isi lama dalam FB.  Nak buang mana yang tak bermanfaat dan tak berfaedah langsung.  So terjumpa post yang dah 10 tahun dalam FB yang Aima rasa nak share kat Blog.  Ye lah kan kat FB selalunya kita share je tapi bila dah terletak kat bawahhhhh memang tak lah nak godek balik, kannn..
So Aima share kat sini je lah senang sikit nak cari nanti jika nak di amalkan.  Manalah tahu satu hari nanti berguna tuk sape-sape yang berminat nak buat.  Lagipun amalan ini menggunakan ayat-ayat dalam Al Quran dan sudah di amalkan sejak dahulu lagi, jadi tak lah rasa was-was nak guna.  Jom kita scroll kat bawah..

 Image result for memagar diri
Diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.
 
Waktunya: Selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Image result for ayat kursi
Caranya:
1. Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.


2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4. Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga anda berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5. Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi yang lebuh afdal jika diamalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan anda semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah sahaja pada Allah s.w.t.
Image result for moga diri kita sentiasa dalam jagaan allah


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com