Di hari yang bermakna bagi diri Aima ne ingin jugak rasanya share
beberapa kenangan dan rentetan peristiwa sepanjang usia Aima, sekadar
untuk tatapan di masa akan datang, sekurang-kurang ada jugak la kenangan
pahit manis kehidupan.
9 Oktober hari Aima di lahirkan di dunia ini. Menurut kata mama, Aima
di lahirkan di rumah dengan penuh kesakitan dan disambut oleh bidan.
Masa tu Aima dah selamat keluar tetapi tebuni masih lagi tersekat dalam
perut mama. Memakan masa dalam setengah jam jugak lah baru tebuni dapat
di kelurkan dengan selamat. Ampunkan Aima mama.
Aima bersekolah pada usia 5 tahun dan Alhamdulillah merupakan antara
pelajar terpandai waktu itu. Masa Darjah 1 prestasi pelajaran Aima dan
ada sorang lagi kawan amat memberangsangkan, maka Aima dan kawan
tersebut dinaikkan kelas (jumping class) dalam tahun itu jugak. Ini
bermakna Aima dan kawan bersekolah selama setengah tahun sahaja dalam
Darjah 1, terus dinaikkan ke Darjah 2 dalam tahun yang sama.
So Aima dan kawan kena struggle untuk menjalani peperiksaan Darjah 2
hanya dengan belajar setengah tahun mata pelajaran Darjah 2. Dan
Alhamdulillah Aima lulus dengan cemerlang. Boleh dikatakan sejarah
sekolah jugaklah sebab sebelum dan selepas itu tidak ada lagi murid yang
jumping class seperti Aima dan sorang kawan tu.
Bukan nak bangga diri okey, ini sekadar perkongsian sahaja. Bab
pelajaran Alhamdulillah Aima menjadi kebanggaan keluraga. Sewaktu
Sekolah Ugama juga boleh dikatakan setiap tahun dari Darjah 1 hingga
Darjah 6 Aima mendapat no 1 dan setiap tahun mendapat hadiah murid
cemerlang. Cuma sayangnya waktu dulu takde lah seperti hari ini, takde
sesi bergambar ataupun piala dan sijil, cuma diberi hadiah berupa buku
dan alat tulis saja. Jika dulu diberi piala dan sijil, fuhh memang
banyak yang Aima dapat.
Tapi ada jugak lah dapat no 2 dalam peperiksaan bulanan cuma jarang.
Boleh dikatakan juga Aima salah seorang murid yang menjadi kesayangan
seorang guru yang dikatakan sangat garang dengan murid. Guru yang
sangat digeruni murid yang lain termasuk Aima sendiri. Sebenarnya guru
tu suka Aima sebab Aima satu-satunya murid yang lancar membaca Al Quran
dengan tajuid yang betul, Alhamdulillah. Cuma Aima yang selalu dalam
ketakutan sebab setiap kali belajar Al Quran tentu nama Aima yang
disebut dulu, uhuuu...
Di saat orang lain menduduki peperiksaan Darjah 6 di Sekolah Rendah,
dulu di panggil PCE dan kini PSR, Aima murid satu-satunya yang menduduki
peperiksaan tersebut tanpa IC, muda lagi kot masa tu baru berumur 11
tahun.
Lepas habis Sekolah Rendah Aima berpindah ke Sekolah Menengah yang jauh
dari rumah hinggalah ke Tingkatan 3. Alhamdulillah semua lulus dengan
cemerlang. Tingkatan 4 hingga 5 Aima berpindah lagi ke sekolah yang
menempatkan semuanya pelajar perempuan sahaja dan mengambil peperiksaan O
Level disana.
Sementara menunggu keputusan O Level Aima kerja dengan 1 company sebagai
Kerani dengan gaji permulaan $400. Ingatkan kerja sekejap je sebab nak
sambung study, tapi kuasa Allah siapa yang dapat menidakkan ye tak.
Dari cuma suka-suka kerja timbul pulak rasa enjoy dan happy dengan
kerja. Dapat jugaklah bagi mama dan bapa sorang $100 setiap bulan.
Dan ingatkan kerja kat company ne sekejap saja, ada jugak niat nak
merasa kerja di company lain, rupanya perancangan Allah lebih baik untuk
diri ini. Kalau nak tahu company tempat Aima kerja sekarang ne
merupakan company yang mula-mula Aima kerja lepas habis sekolah, company
yang sama.. Eh faham tak? ahahaa...tak terasa dan nak masuk jubli perak
Aima kerja 1 company. Dari kerani biasa hingga menjawat jawatan
sekarang ini, Alhamdulillah. Orang kata dari bujang sampai kahwin
sampai lah beranak pinak masih kekal ngan 1 company. Ini tandanya boss
dia baik sebab tu sayang nak tinggal hehee..
Di usia 20 tahun Aima bertunang ngan seorang lelaki yang pada mulanya
hanya kenal melalui telefon saja, gara-gara dia salah dail nombor
telefon.. ekelehhh propa je tu, ingat orang tak tahu nak ngorat kite,
ahahaa...gurau okey. Kitorang tunang selama 2 tahun, lama kan? Banyak
suka duka dalam pertunangan sampai ada 1 masa tu nak putus tunang, tapi
kalau dah jodoh tak lari kemana.
Usia 22 tahun Aima dengan Si Dia berkahwin. Acara besar-besaran
jugaklah. Maklumlah Aima anak perempuan pertama dalam keluarga yang
berkahwin, Aima ada 2 orang abang, yang masa tu sorang dah kahwin dan
sorang lagi belum, sah-sah kite langkah bendul kan, ehehee.. Manakala
sebelah suami lagi lah besar-besaran, maklum saja lah anak lelaki
satu-satunya.
Di usia 23 tahun Aima melahirkan anak pertama seorang puteri, sekarang
dah berumur 18 tahun dan masih further study lagi. Dia lah satu-satunya
anak perempuan Aima, anak tunggal yang manja dan kakak yang garang ngan
adik-adik.
Selepas kahwin Aima n Mr Hubby tinggal dengan family kedua belah pihak.
Ketika usia anak sulung (Kakak) 1 tahun kami berpindah ke Staff
Quarters yang disediakn oleh Pihak Syarikat Aima kerja iaitu sebuah
banglo. Bermulalah kehidupan kami membina hidup berkeluarga di sana.
Dari rumah tak banyak isi hingga lah berisi-isi. Dari anak 1 hinggalah
anak 3. Dari cuma ada sebuah kereta hinggalah ada 2 buah kereta,
Alhamdulillah.
Kemudian ketika anak ketiga berusia 2 tahun kami berpindah pulak ke
Quarters anggota beruniform suami bertugas iaitu rumah teres 2 tingkat,
Alhamdulillah. Tapi duduk sana dalam 2 tahun saja. Mr Hubby dah nak
pencen muda, lalu Mr Hubby membina sebuah rumah untuk kami anak beranak
berdekatan dengan rumah ibu bapa Aima, woohoooo ehehee...
Di usia Aima 33 tahun dan Mr Hubby 34 tahun kami dah ada rumah sendiri
yang dibina dengan hasil jerih payah kerja tapi lebih banyak suami yang
keluarkan duit. Mr Hubby rela buang semua rasa nak enjoy dengan duit
baksis yang dia ada selama kerja sebagai anggota beruniform demi hendak
mendirikan sebuah rumah untuk isteri dan anak-anak. Terima kasih suami
semoga Allah membalas jasamu dengan berjuta kebaikkan dunia dan akhirat,
aamiin. Syukur Alhamdulillah ya Allah. Dan setelah setahun lebih
tinggal di rumah tersebut kami dikurniakan seorang lagi putera kini dah
berusia 7 tahun, dialah anak bungsu Aima. Alhamdulillah rezeki Allah.
Dan 3 tahun lepas Aima dan Mr Hubby mendapat lagi sebuah rumah teres 2
tingkat yang dibayar ansur setiap bulan. Mengikut perancangan rumah
tersebut untuk anak-anak di kemudian hari, Insha Allah. Orang kata
bersusah-susah dahulu bersenang kemudian. Semoga anak-anak di kemudian
hari menghargai apa yang kami tinggalkan untuk dorang, aamiin.
Sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak
pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak
liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk
mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari
bahtera kehidupan di masa hadapan, aamiin..
Ya Allah terima kasih di atas kebahagiaan ini. Ku mohon panjangkan
umurku Ya Allah agar aku dapat membesarkan anak-anaku dengan baik. Agar
aku dapat berbakti kepada bapa dan kedua mertua ku. Beri aku peluang
Ya Allah utnuk melihat anak-anak ku membesar dan berjaya dunia akhirat.
Murahkan lah rezeki ku seperti air zamzam yang mengalir tanpa henti, berikan aku rezeki
seluas lautan dan langit yang Kau ciptakan, kurniakan aku rezeki yang
berkat yang banyaknya dapat di agihkan dan sedikitnya cukup agar aku
dapat berbagi dengan keluarga dan orang yang memerlukan.
Jauhkan aku dari segala penyakit, fitnah, hasad dengki dan apa jua
perkara yang tidak baik Ya Allah. Berilah aku kesihatan yang baik agar
aku dapat menjalani ibadah pada Mu dengan tenang. Ampunkan dosa-dosa ku
Ya Allah. Dan di hari lahir ku ini ku memohon kepada Mu Ya Allah agar
aku diberi peluang untuk membesarkan anak-anakku dengan tangan ku
sendiri. Aku ingin menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk
keluargaku.
Jika di izinkan aku hendak bekerjaya dari rumah dengan pendapatan yang lebih tinggi agar aku dapat membahagikan masa untuk suami dan anak-anak. Agar aku dapat melihat pembesaran anak-anak ku, agar anak-anak ku merasa selalu dekat dengan ku.
Agar aku dapat menjadi anak yang selalu berbakti pada bapa ku dan menjadi isteri yang selalu ada di sisi suami. Semoga kau makbulkan doa-doa ku Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu ku bermohon dan berserah, terima kasih atas segalanya Ya Allah, Alhamdulillah..
Jika di izinkan aku hendak bekerjaya dari rumah dengan pendapatan yang lebih tinggi agar aku dapat membahagikan masa untuk suami dan anak-anak. Agar aku dapat melihat pembesaran anak-anak ku, agar anak-anak ku merasa selalu dekat dengan ku.
Agar aku dapat menjadi anak yang selalu berbakti pada bapa ku dan menjadi isteri yang selalu ada di sisi suami. Semoga kau makbulkan doa-doa ku Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu ku bermohon dan berserah, terima kasih atas segalanya Ya Allah, Alhamdulillah..
Terima kasih juga pada sesiapa yang sudi singgah dan membaca blog ini,
moga korang dimurahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat.. aminn..
No comments:
Post a Comment