السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

03 February 2012

Dao Dan Amalan Untuk Suami Isteri Yang Menghadapi Krisis Rumahtangga Yang Berat


Bacaan untuk dibuat mandi 

Sebelum memulakan amalan dan doa-doa dibawah. Anda yang dalam keadaan kerunsingan, susah hati, kecewa dan hampir putus asa juga tertekan hingga tidak dapat berfikir dengan jelas dan terang dan bercelaru ataupun disihir, siap air satu baldi penuh lalu baca ayat-ayat yang berikut:

~ Istighfar -3x.
~ Surah Al Ikhlas - 3x
~ Surah Al Falak - 3x
~ Surah An Nas - 3 x.
~ Ayatul Kursi - 10x.
~ Al-Fatihah - 20x. 

(Ditiup pada air dalam baldi tadi setiap kali habis baca setiap satu surah)

Selesai semua bacaaan diatas. Mandi dan juruskan air perlahan diatas kepala sehingga habis. InsyaAllah anda akan rasa amat tenang serta lapang dada. Segala kerunsingan akan hilang dan sekiranya terdapat makhluk halus yang berdamping atau mengikut anda akan lari dari anda. Kadang-kadang ilmu pembenci mengguna sihir iaitu jin berdamping dengan anda tanpa pengetahuan anda menyebabkan suami kadang-kadang tengok muka isteri cukup benci sekali. Perbanyakkan Tawakal padaNya.

p/s: sumber dari tenet.  moga dapat memberi manfaat bagi kita semua...  Aima dah cuba buat dan Alhamdulillah selepas mandi dengan air dari bacaan surah2 tersebut, hati jadi tenang, lapang dan tidur pun lena..

No comments:

Post a Comment