Salam.. Ahad
kembali lagi. Hari ne merupakan hari
Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dan disebabkan hari Mualidur
Rasul ne jatuh hari Ahad maka esok hari (Isnin) adalah hari kelepasan awam,
dapatlah bercuti panjang dan merehatkan fikiran dan cuti dari bergegas
sekolah-rumah-ofis-rumah-sekolah-rumah-sekolah-ofis-sekolah-rumah, fiuhhhh!!!!!
Dari minggu lepas
lagi dah plan ngan Mr Hubby nak bawak anak2 jalan2 cari makan dan cuci
mata. Kitorang dah plan nak bawak anak2
pi Miri, nak beli barang2 yang dorang nak.
Kul 8 pagi semua dah siap2 n terus zoommm pi Miri, Cuma adik je yang
tinggal ngan bibik kat umah. Aima siap
pesan kat mama kat umah belakang lagi mintak tolong tengok2kan adik kat
umah. Macam Mr Hubby kata Aima ne kuat
‘uri dari dugal’ eheee…
Sebenarnya dah
lama tak pi Miri, rasanya last pi Miri sebelum mengandungkan adik. Ngam pulak cuti 2 hari, apa lagi jalan2 lah jawabnya. Anak2 teruja sangat nak jalan. Anak2 ne bukan apa, dalam fikiran masing2 dah
set apa yang nak dibeli, macamlah mama dia ne tak tau, eheee…
Perjalanan 1+ jam
tak terasa sangat ngan celoteh dan gaduh2 manja anak2. Tau2 je dah sampai border. Punyalah ‘long Q’ kat Pos Kawalan Imigresen
Sungai Tujuh ne. Ye lah time cuti2 ne
ramailah yang amik kesempatan tuk jalan2, macam kiter jugak.
F jalan ngan Mr
Hubby memang tak pi Bandar Miri lah, malas katanya. So round2 lah kat Giant n E-Mart, syok gak
n kopak gak duit, uhuuu… takpelah bukan
selalu kan. Yang paling cerewet sekali
adalah kakak, manakala adik2 dia cool je.
Tak lah nak beli itu ini sangat macam kakak dia, semua nak borong,
ermmm… Terus terang Aima katakan tak
tahu nak beli apa kat Miri ne, paling2 pun beli barang anak2 je. Aima n Mr Hubby Cuma beli sandal. Selebihnya beli buah2an, sudah tentulah beli
durian, tak kan miss punya, eheee…
Duit yang tukar
tadi pun tak habis lagi, so Aima kata apa kata kita pi Limbang besok, sekurang2nya
Aima tahu apa nak beli kat sana, biasalah pompuan ne kan tentu fikir tuk beli
barang dapur je. So pukul 3 bila anak2
dah merengek nak balik, komplen penat lah, ngantuk lah, boring lah, apa lagi
balik Brunei lah jawabnya, selamat sikit duit, eheee… Pukul 5 baru sampai
rumah, penat sangat. Tengok adik pun
macam tertunggu2 mama dia ne balik.
Nampak je Aima terus mintak dokong.
Cian anak mama, tentu rindu mama kan, uhuu…
Kakak n abang2
semua dah buat muka seposen, penat lah tu.
Lepas mandi, Aima suh mereka makan n pas tu terus masuk
tidozzzzzzzzzzz…. Aima pun amik la masa yang ada tuk update blog ne, saja je
tuk kenangan, eheee…
Ok la olz. Aima
pun dah ngantuk sangat ne, besok plan nak sambung jalan2 lagi pi Limbang tuk
habiskan balance duit ari ne. Kena
bangun awal sikit sebab nak buat kuih tempahan adik. Mr hubby pun dah kata tengah hari baru
bertolak dari rumah, Mr Hubby ada agenda ngan kawan2 dia. Tek ur time my lalenx. Sementara tunggu Mr Hubby balik kan Aima
boleh buat kuih tempahan n masak tuk anak2.
Kuih pun kena siap sebelum tengah hari, kenalah sediakan awal2.
Uwarghhhhhh!!! Ngantuknyeeeeeeee…. Selamat malam semua, assalammualaikum..
Insya Allah jumpa lagi di kesempatan lain, bubye…
No comments:
Post a Comment