Assalamualaikum dan salam ceria semua. Semoga semua ceria dan berbahagia selalu hendaknya. Dah sedekahkan Al Fatihah untuk ibu bapa belum? Kalau belum jom sama-sama sedekah Al Fatihah tuk ibubapa kita samada yang masih ada atau yang dah meninggal dunia. Aima pernah terbaca yang Al Fatihah yang kita baca setiap pagi untuk ibubapa kita adalah pembuka rezeki kita, Insha Allah. Jom kita baca sama-sama. Al Fatihah...
Semoga rezeki kita bertambah murah seperti air yang mengalir, seluas langit dan lautan yang Allah ciptakan. Dan mendapat keberkatan dari Allah SWT, ammiin..
Pendapat peribadi Aima kan memang Aima yakin sangat dengan kelebihan sedekah Al Fatihah untuk ibubapa kita tak kira yang masa ada atau yang dah takde. Dulu memang selalu gak lupa eheee tapi sekarang Alhamdulillah sudah menjadi rutin harian. Dan Alhamdulillah juga rezeki sentiasa ada walaupun tak sebanyak mana. Rezeki bagi Aima bukan hanya dari segi wang ringgit, tapi juga ketenangan, kebahagiaan, melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran, melihat suami semakin hari semakin positif dan berubah ke arah kebaikkan juga merupakan rezeki yang amat besar pada Aima, malah dapat boss yang baik juga merupakan satu bonus, susah tau nak dapat boss yang baik dan memahami ne, Alhamdulillah.
Rasulullah SAW pernah bersabda :
"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak
kira masih hidup atau yang telah tiada )"………. nescaya pintu rezekimu akan
terbuka buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
– jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
– Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
– Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
– Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
– Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
– Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
– Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
– Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
– Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
– Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
– Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,
– Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,
– rezeki itu bukan kerana ada sijil sekolah, ijazah dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita
untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua
kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang,
siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)
Caranya :
‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku,
berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki
mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan
lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
Untuk yang sudah meninggal :
“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment