السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
Showing posts with label Saja-saja. Show all posts
Showing posts with label Saja-saja. Show all posts

15 December 2025

Isnin Lagi

 Salam Isnin Mulai hari isnin dengan salam dan semangat,diharap dapat  menciptakan suasana positif dan produktif yang akan membantu menjalani  minggu dengan sukses Amiinn yra 🤲🏻

Assalamualaikum.  Selamat hari Isnin, hari yang selalu dikaitkan dengan Monday Blues.  Memang blues pun, ahahaa.. Bagi Aima kan Isnin ne hari yang paling liat sekali nak masuk opis.  Hari yang kalau boleh di ubah, nak ubah jadi Ahad semula, punyalah malas nak pi keje.  Bangun tidur subuh tu kan Aima cakap kat diri sendiri, hari ne Isnin ke Ahad, dengan harapan masih lagi hari Ahad😁

Tapi siapalah kita nak merubah hari.  So nak tak nak kena lah jalani.  Bangun dari tidur masih bernafas dan sihat walafiat tu dah bersyukur sangat, Alhamdulillah terima kasih ya Allah masih memberikan diriku umur yang panjang dan badan yang sihat.

 So seperti biasa selesai mengerjakan suruhanNya, kena lah masuk opis kat rumah dulu aka dapur.  Korang tau tak otak ne kadang blank nak masak apa tuk pagi, tengahari dan petang.  Tepu dah otak asyik fikir nak masak apa, nak buat apa, nak uruskan apa.  Dah tak tau nak masak apa kat rumah.  Kalau sebelum ne pagi-pagi Aima tak lah serabut sangat seperti sekarang.  Gerai sebelah rumah Aima ada jual nasi campur dari Isnin hingga Sabtu, so jika malas nak masak sarapan Aima beli je kat gerai kakak sebelah.  Anak-anak pun suka.

Sejak awal bulan ne kakak tu dah pindah gerai dah, maka bermulalah pening kepala mikir nak masak apa setiap pagi.  Kalau korang ada baca blog Aima dari awal tentu korang tahu yang anak-anak Aima memang jenis sarapan dengan nasi dan kuih muih.  Dah jadi kebiasaan dari kecil lagi.  So sorang-sorang bangun je dari tidur, cuci muka, terus masuk dapur tengok apa mama dia ne masak.

Anak-anak yang besar pandai ambik sendiri makanan, letak je atas meja atau dalam periuk tahulah dorang ambik sendiri.  Kecuali yang bungsu dia kena disediakan.  Anak-anak yang lain Aima tak lah risau sangat, kalau yang bungsu ne Aima kena pastikan dia kenyang dulu sebelum Aima pi keje.  Dia takkan makan kalau bukan Aima yang masak.  Misalnya telur dadar kalau kakak atau abang dia yang masak memang dia taknak, mesti mama dia ne yang masak.  Dah dia kenyang, senanglah mama dia ne pi keje.

Korang pasti ingat anak Aima tu mengada kan, ahahaa... Sebenarnya anak bungsu Aima tu anak special, anak calon Syurga, insya Allah.  Di umur 5 tahun dia disahkan ASD oleh doktor pakar.  Nanti ada masa Insya Allah Aima share kisah dia.

Ok lah korang Aima undur diri dulu ok, nak ready balik lunch.  Lunch hour kat office Aima pukul 12 hingga pukul 1.  Dalam masa rehat 1 jam ne memang terkejar-kejar nak masak, kadang-kadang Aima beli je nasi katok atau nasi campur, jika malas nak singgah kita masaklah makanan dalam tin😂.  Tambah lagi kalau lepas tengahari nanti Aima ada urusan keje maka masak cincai sap sap sui jelah janji perut suami dan anak-anak terisi, ahahaaa.. 

Ok korang jumpa lagi nanti.  Assalamualaikum.. 

 Assalamualaikum💕 Selamat Pagi Isnin yang indah🥰 Salam Menjemput Rezeki  yang melimpah ruah dan berkat.😊 Syukur kita adalah antara yang terpilih  untuk terus hidup hari ini. Semoga Allah memberkati tiap langkah kita menuju

 

 


14 October 2025

Post terbaru di tahun 2025

 

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh - nosewisdom

Assalamualaikum. Dah lama tak blogging sampai blog lama pun dah tak ingat email dia.  Maka pada Januari 2021 terpaksalah buat blog baru (https://mama-aima142.blogspot.com).  Disebabkan dah lama tak bukak blog lama yang ne, diri ini masih lagi terasa kaku mayu, masih blur dan yang sewaktu dengannya, ehehee.. Ne pun baru prasan yang semua dah berubah, tu yang jadi tak tahu macamana nak mula😅 takpe kayuh pelan-pelan hokey.

Harap-harap tahun ne otak tak tepu lagi so dapatlah menikmati semula betapa bestnya dapat meluahkan perasaan dalam blog.  Kalau kat social media lain memang susah nak share macam-macam, maklum kiter ne pemalu dan introvert, hahahaaa.. kat sini orang tak kenal secara dekat so senang nak potpet potpet. Insha Allah nanti kiter sambung lagi, tengah memerah idea nak post apa😂.  

21 January 2021

Celoteh Khamis

 

 

Assalamualaikum.  Salam Khamis.  Sekarang cuaca memang tak menentu kan? Bak kata pepatah mendung tak bererti hujan tapi sekarang ne mendung memang sah akan hujan😂 Alhamdulillah hujan membawa rahmat.  Kat sini memang hari-hari hujan.  Sejuk pun lain macam dah sekarang, kalau sebelum ne waktu tidur malam bukak aircond dan kipas tapi sekarang, bukak aircond pun sekejap on sekejap off, sejuk giler.  Waktu siang pun tak bukak aircond, beku beb...  

Cuma time hujan macam ne baju lambat kering.  Jemur kat dalam rumah guna kipas alamat hari ne cuci besok baru kering.  Nak guna dryer kat dobi memang tak reti😜  Malu pulak rasa bila terkebil-kebil tak tahu nak buat apa hahaa..So jalan selamat jemur dalam rumahlah jawapnya.

Lagipun kalau jemur kat luar takde saper yang boleh tolong angkat kalau hujan.  Pagi hingga tengahari memang takde orang kat rumah.  Anak-anak semua sekolah.  Aima sendiri pun keje office hours.  Anak-anak tengahari baru ada kat rumah, itu pun kadang lepas makan, main game terus tidur.  Bestkan jadi budak-budak tak payah nak fikir banyak benda.  Tak penat nak fikir buat itu ini.  Cukup masa makan, mandi, tidur, sekolah, main game, tengok youtube.  Tak payah nak fikir besok nak masak apa, baju dah cuci ke belum, rumah bersepah ke tak, anak-anak ok ke tak bla bla blaa.

Tapi masa Aima kecik-kecik dulu teruja sangat nak jadi dewasa, semua nampak indah, semua macam best je kan? 😝 Semua orang ingat hidup dewasa tu senang, boleh cari duit, boleh cantik-cantik, boleh tolong mak bapak, boleh enjoy, kan kan kan😂😂  Tapi kenyataannya memang tak seindah yang dibayangkan.  Ada onak duri yang harus dilalui, ada liku-liku tajam yang harus ditempuh, ada suka duka yang mesti dihadapi dan asam garam kehidupan yang mesti diharungi.

Alhamdulillah Aima dah lalui pahit manis kehidupan.  Dari setawar-tawar pengalaman, sepahit-pahit dugaan hingga semanis-manis kehidupan dan asam garam perkahwinan.  Alhamdulillah.  Kadang tu tak sangka dapat melaluinya, Allah Maha Adil.  Allah tak akan membebani hambaNya diluar batas kemampuan.  Apa yang perlu ada adalah SABAR dan TAWAKAL.  

Begitu juga dalam hidup berumahtangga memerlukan kesabaran yang tinggi.  Rumahtangga sorang-sorang memang tak sama, ada yang mulus yang tulus, ada yang penuh liku dan onak duri.  Adakalanya tersasar dari landasan, maka cepat-cepatlah sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Alamak panjang pulak entry hari ne.  Maaf ye Aima ne memandai-mandai pulak dalam hal rumahtangga, hahaa.. Sekadar coretan saja key.  Mana yang baik jadikan pedoman yang tak baik buang ke laut dalam😂😂

Ok semua assalamualaikum, jumpa lagi.

08 November 2012

~Wordless Thursday~

 
Kalau orang kata kamu tak cantik, tak hensem, tak comel..kamu jawab balik macam ini :

"Tak pe...biar tak cantik Rupa tapi, cantik Akhlaknya"
"Tak pe..biar tak Hensem tapi, biar hensem Imannya"
"Tak pe..biar Kulit ni gelap, asalkan tak gelap Hatinya"
"Biar tak berseri wajah (Pakai Produk Mahal) asalkan, seri wajah tak lekang dari wuduk"
"Biarlah orang kata tak laku, sebab Allah tak melihat luaran melainkan Iman kita "

Rumah yang terakhir : LAHAD
 Kenderaan yang terakhir : KERANDA
 Pakaian yang terakhir : KAFAN
Harta yang terakhir : AMALAN

20 July 2012

~Warming-up Ramadan~



Salam Jumaat semua.. Malam nanti dah pun masuk bulan Ramadan kan. Tak terasa cepatnya masa berlalu.  Rasa baru je Ramadan lepas Aima masuk Hospital n 3 Ramadan melahirkan anak bungsu, tup tup sekarang dah Ramadan kembali, Alhamdulillah... Harapan Aima semoga tahun ini dapat berpuasa full, doa-doakanlah ye..

Selamat Berpuasa semua, mohon maaf jika ada tersilap text atau ada yang menyinggung perasaan..Maafkan saya ye ~,~


23 June 2012

~So Sweet~

 
Awak: 
Maaf tumpang tanya... Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS YOU dekat mana ya?

Teman istimewa(Saya): 
Awak jalan terus ikut jalan ILAHI... Nampak simpang 3 masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan, kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar persiapkan diri. Haaaaaa tu tandanya awak berada di jalan yang betul, insyaAllah... Semoga selamat sampai....♥

So Sweet kan, eheeee.... 

10 June 2012

~Jika Suami Sayangkan Isteri~

Jika suami sayangkan isteri, isteri gemuk dikatakan seksi

 
Jika suami sayangkan isteri, sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri, cintanya suci hingga ke mati..

eheheeeeeeee............

01 June 2012

~Biarlah Tak Cantik Di Pandang Manusia~

 
Bersyukurlah dengan apa jua pemberian Allah SWT... Aima pun bersyukur sangat dengan apa yang ada. Nak kata cantik tu takde kot, tapi manis tetap ada, uwahahaaaaaa....Walau tak secantik mana tapi ada gak yang senyum sumbing tengok Aima, eheee....Dan f orang tengok tak cantik tapi rasanya bagi mr Hubby cantik kot, ye lah kan f tak ok pada pandangan mata dia takkan lah dia nak cemburu buta, orang tegur n senyum pun dia leh jeles tau?  kuikuikuiiiiiiii......Pape pun Alhamdulillah atas semua kurniaan Allah ke atas diri ini dan walau mamanya tak secantik mana tapi anak-anak kiter tetap cute, encem n gojes tau..Tak caya?  Tak caya sudahhh....eheee.....