Teh merupakan
salah satu minuman paling popular di dunia.
Meskipun diminum kosong atau ditambah perisa buah-buahan, hirisan lemon
mahupun susu pekat berkrim, ia ternyata mempunyai pesona tersendiri. Terdapat pelbagai jenis teh dengan pengeluar
terbesar didunia ialan negeri China, India, Afrika dan Jepun. Teh bukan sahaja di datangkan dalam bentuk
serbuk kering tetapi kini telah dibuat dalam bentuk uncang.
Asal-Usul:
Teh hijau berasal
daripada sejenis daun yang dinamakan Camellia senesis. Ia berasal daripaa Negara China dan
seterusnya merebak ke negara Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan dan
Asia Timur. Terkini, teh hijau juga
ditanam secara meluas di Negara barat.
Minuman teh hijau
ini mula diperkenalkan pada zaman dinasti Song dan dibawa ke Jepun oleh Myoan
Eisai, seorang sami. Di Negara Jepun
pula, teh hijau dipanggil teh ‘Ocha’ atau teh Jepun ‘Nihoncha’.
Terkini serbuk teh
hijau bukan sahaja digunakan dalam minuman semata-mata. Ia juga diproses untuk dijadikan serbuk bagi
tujuan kulinari. Terdapat pelbagai
masakan yang boleh dimasakkan berasaskan serbuk teh hijau. Antaranya pencuci mulut seperti aneka kek, pastry
dan jeli.
TEH HIJAU/JASMINE
Daunnya berwarna
hijau terang dan memiliki aroma yang lembut dan harum serta enak dihidangkan begitu
sahaja tanpa perlu ditambah susu atau bahan perisa yang lain.
Cara menyimpan:
Simpan ditempat
yang kering selama tempoh setahun sahaja.
Cara menyediakan:
Masukkan satu sudu
serbuk teh hijau ke dalam teko dan bancuhkan air panas. Biarkan selama satu hingga dua minit. Kacau rata sebelum dituangkan ke dalam gelas.
Khasiat:
Tehe hijau
mengandungi khasiat tersendiri. Antaranya
ia dikatakan dapat melindungi payudara daripada serangan kanser. Menurut kajian penyelidik dari Amerika
Syarikat, kerap meminum teh hijau adalah langka bijak bagi mencegah kanser.
Berdasarkan kajian
yang diterbitkan menerusi Journal of Cellular Biochemistry, edisi Julai 2001,
kandungan polifenol yang sangat banyak terdapat dalam teh hijaulah yang
berperanan penting menghalang kemaraan kanser.
Polifenol termasuk dalam kategori antioksidan yang sangat ampuh. Ia akan meneutralkan radikal bebas yang
menjadi punca kanser tersebut. Menurut kajian
itu lagi, daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan
polifenol. Selain berperanan memerangi
kanser payudara, ia juga berkhasiat mengurangkan risiko penyakit kanser
paru-paru, usus, hati dan pancreas.
Antara khasiat
lain teh hijau ialah:
- Mengawal tekakan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II
- Membantu mengawal paras gula darah
- Menguatkan sistem imun
- Menurunkan paras kolesterol
- Menggalakan pembakaran lemak. Kehilangan lemak yang dilihat pada peminum teh hijau lebih khusus kepada lemak di bahagian viscera iaitu lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindorm metabolic dan diabetes jenis 2. Tiga komponen utama perawatan yang penting ialah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastric dan pancreas untuk penghadaman.
No comments:
Post a Comment