~ Dia bekerja dengan Allah jadi ‘kilang
‘manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15
hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu
sembahyang terbaik darinya.
~ Cuti bersalin juga sehingga 105 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia
bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang,
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
~ Satu lagi berita gembira untuk wanita,
sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.Lahir saja
bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga.
~ Untuk peringatan semua wanita yang
bersuami, keseluruhan kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
~ Di akhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas
segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya
tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk
syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu
tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
~ Manakala suami pula mempunyai
tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang
lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri
seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA....
No comments:
Post a Comment