02 February 2012

Pedoman Suami Isteri

Pedoman utk isteri
 
~ Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya.

~ Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga.

~ Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial.
 
~ Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri.

~ Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan.

~ Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah.

~ Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai..

~ Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda
an perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya.

~ Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan
tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya.

~ Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat.

~ Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya .

~ Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami.

~Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda dihati mereka.

~ Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senang dan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga .

~Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai.

~ Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami.

~ Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com